CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8648|Reply: 45

[Jenayah] Mengalami Pendarahan Teruk, Menyesal Bawak Anak Berkhatan Cara Tradisional! - "Tok mudim akan jahit tanpa bius… Allah meraung budak-budak"

[Copy link]
Post time 28-1-2025 08:33 AM | Show all posts |Read mode


Baru-baru ini, seorang ibu telah berkongsi pengalaman yang traumatik yang dialami oleh anaknya sebaik menjalani kaedah berkhatan secara tradisional pada 19 Januari yang lalu.

Pada mulanya, wanita itu bercadang membawa anaknya ke klinik seperti abangnya dahulu, tetapi kanak-kanak itu memilih untuk merasai pengalaman berkhatan secara tradisional bersama rakan-rakan yang lain.

Namun begitu, kaedah tersebut tidak menyertakan bius seperti yang moden dan menggunakan kaedah tradisional yang menyakitkan.

“Selepas potong tok mudim ada letak macam ubat ke apa tak tahu tapi warna coklat macam daun pun ye tanah liat pun ye.

“Tapi tak pasti. Kemudian bawah tu diletak tisu. Pastu angkat anak-anak ni letak di toto masing-masing dan alaskan surat khabar tunggu sampai kering.

“Allah je tahu keadaan masa tu. Ada tiga, empat budak yang berdarah, pembantu akan angkat dan tok mudim akan jahit tanpa bius… Allah meraung budak-budak. Umi tak sanggup dengar. Ada ibu bapa sampai tutup telinga,” kongsinya.

Selepas prosedur itu, difahamkan anaknya mengalami pendarahan serius yang secara berterusan walaupun sudah diberikan rawatan asas oleh pembantu tok mudim.

Memandangkan keadaan semakin teruk, wanita tersebut mengambjl keputusan membawa anaknya ke klinik, namun kesakitan yang dialami memaksa mereka dirujuk ke hospital besar di Pulau Pinang.

“Doktor di hospital sangat lembut dan mengambil langkah berhati-hati. Anak saya perlu menjalani pembedahan untuk menjahit semula luka yang tidak sempurna dan membuang darah beku. Walaupun proses itu menakutkan, saya bersyukur semuanya berjalan lancar,” katanya lagi.

Selepas pembedahan, wanita itu meluahkan kebimbangannya kerana anaknya mengalami penurunan oksigen sehingga perlu bantuan mesin, namun tidak lama kemudian anaknya kembali stabil.

Kejayaan doktor pakar di hospital membantu adik ini mendapatkan rawatan sewajarnya telah membuahkan hasil apabila lukanya semakin sembuh dan tidak berair seperti sebelum ini.

Lantas trauma dengan kejadian tersebut, wanita itu menasihati orang ramai untuk mengambil kaedah berkhatan secara moden berbanding tradisional kerana sedar betapa peritnya yang dialami oleh anak yang berkhatan tanpa bius apatah lagi berpotensi mendapat kompilasi sebegini jika tidak dilakukan dengan cermat.

Perkongsian ibu terbabit langsung menjadi perhatian dan mula mengambil cakna perkara berkenaan kerana tidak mahu dialami oleh anak mereka juga.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-1-2025 10:30 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2025 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Bius tu perlu. Moga cpt sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2025 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Terpaling tradisional..terpaling alami kann..haa amik
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2025 10:54 AM | Show all posts
kan ke cara tradisional xde jahit2, potong pastu balut terus,
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2025 10:55 AM | Show all posts
kan dah moden. awat nak seksa diri. mangkuk btl la. yg bius pun sakit. ni kan tak bius
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2025 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2025 01:05 PM | Show all posts
tradisional dulu dulu
budak2 kena mandi / berendam sampai kecut
bebird dorang punturut kecut sebab kesejukan
bila sejuk akan rasa kebas2
dan kulit pun lembut
masa ni lah tok mudim potong

teringat masa my onbly brother berkhatan pukuhan tahun lampau
siap berpakaian songket
dijulang atas bahu
hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2025 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Nyanyo kok budak2.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2025 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka sebab B O D O H!

Kau ingat akak nak kesiyaaaannnnn????
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2025 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 28-1-2025 05:05 AM
tradisional dulu dulu
budak2 kena mandi / berendam sampai kecut
bebird dorang punturut kecut sebab k ...

Pppeerghhhh boleh tahan kena mutilate hidop2 yach.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2025 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Tolong tunjuk muka mak bapak BODOH ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2025 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by TravellingBear at 28-1-2025 01:32 PM

Bius inject penis  kat klinik pun dah out of date lama dah…. Anak sedara yg skrg umur 30+ sunat GA kat OT

Edited: masa dia umur 10 tahun dulu. Bukan sunat masa umur 30+ baru nak sunat
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2025 02:04 PM | Show all posts
yo'oo jelar budak tu sendiri yang nak

ni mesti parents perangai nak bragging right je ni

nanti senang nak berlagak, anak dia haritu sunat tok mudim kampung je, takyah doktor-doktor ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2025 02:09 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 28-1-2025 01:17 PM
Pppeerghhhh boleh tahan kena mutilate hidop2 yach.

zaman zaman dulu 40+ tahun nan lampaurasanya berkhatan mmg dengan tok mudim

especially utk orang2 kampung

mcm my son
dia khatan di HUKM
masa doktor cabut gigi2 dia (bius penuh)
masa tu umur dia dlm 4 tahun rasanya
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2025 04:30 PM | Show all posts
mesti antivaks ni. semua nak alami. dulu takde bius depa sepit pakai penyepit. sakit rasa tersepit lagi kau dari kena potong tu.lepas tu depa tak jahit depa balut je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2025 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
melekaifc replied at 28-1-2025 04:30 PM
mesti antivaks ni. semua nak alami. dulu takde bius depa sepit pakai penyepit. sakit rasa tersepit l ...

Khen .iols pun suspek geng detox detox terpaling alami ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2025 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Bc pun mokcik seghiyau...bab sunat ni...kalau boleh mokcik nk ank tu kena bius separuh badan..haha...

Cian adik ni...mesti trauma

Kalau ank autism...special needs...mmg kena bius satu bdn kan..ni sepupu yg ada ank autism yg ckp
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2025 04:55 PM | Show all posts
kak oiii
anak sy yg bius pun boleh melalak
sbb bius tak jalan lagi, doktor dah kerat
nasib la yg tu last anak lelaki
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2025 05:03 PM | Show all posts
yg jenis sunat laser tu pulak camner yer? sakit jugak ker?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 07:57 AM GMT+8 , Processed in 0.418817 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list