CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7367|Reply: 2

Warga asing mabuk merangkak tengah jalan sampai jalan sesak

[Copy link]
Post time 28-1-2025 08:46 AM | Show all posts |Read mode



BANGKOK – Seorang lelaki asing merangkak dalam keadaan mabuk di tengah jalan di Bangkok, menyebabkan lalu lintas mengalami kesesakan teruk, lapor laman berita Thaiger.


Kejadian berlaku di daerah Wang Thong Lang pada waktu pagi ketika orang ramai menuju ke tempat kerja.


Sebuah laman Facebook, Jmoi v+ yang berkongsikan video kejadian berkata, dua lelaki tempatan cuba membawa lelaki tersebut beredar dari tengah jalan, namun mereka ditolak.


Ia menyebabkan dua lelaki itu terpaksa mengheret warga asing tersebut dengan menarik kolar bajunya.


Pada pengakhiran video, sekumpulan lelaki tempatan dilihat mengiringi warga asing itu menaiki sebuah trak pikap polis.


Tidak dinyatakan sama ada lelaki warga asing itu dikenakan sebarang dakwaan undang-undang kerana mengganggu ketenteraman awam. – AGENSI  


Sumber– KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2025 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Mabuk sehingga sesak jalan kira ok lah tu. Jgn mabuk kemudian pandu kereta atas jalan lepastu ko langgar pengguna jalanraya. Itu lagi aniaya. Lebih aniya lg tak undang2 nak sabit atas ko. Just bayar and berambus mcmtu je!
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2025 11:24 PM | Show all posts
Kalau di Thailand sebut warga asing means omputih la. Kalau di Malaysia warga asing kalau tak indon, bangla, rohingya, nepal, tak pun negro.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.402148 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list