View: 7059|Reply: 9
|
Wanita Singapura buat cerita culik didakwa di mahkamah esok
[Copy link]
|
|
Johor Bahru: Wanita warga Singapura membuat laporan palsu mendakwa cuba diculik di pusat beli-belah KSL, Taman Abad akan dihadapkan ke mahkamah, esok.
Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, wanita berusia 45 tahun itu akan dituduh di Mahkamah Majistret di sini pada 9 pagi.
"Arahan pertuduhan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kumar berkata, polis menerima laporan cubaan culik wanita warga asing pada 22 Januari lalu dengan kes dikatakan berlaku kira-kira 1 tengah hari, 10 Januari.
Katanya, wanita itu mendakwa didatangi lelaki dan wanita berbangsa Cina yang menjual teh kepadanya dan dipaksa menghidu teh itu menyebabkan dia pening dan pengsan.
"Bagaimanapun siasatan lanjut polis mendapati cubaan culik itu tidak berlaku dan rakaman CCTV serta bukti-bukti teknikal juga mengesahkan tiada sebarang pergerakan (cubaan culik) dikesan di lokasi kejadian," katanya.
Katanya, kes itu yang tular di media sosial memberi implikasi negatif apabila ramai mempercayainya kejadian sebenar dan mengaitkan isu sebagai ancaman keselamatan kepada pelancong.
"olis Johor memberi jaminan bahawa tahap keselamatan dan ketenteraman awam di negeri ini adalah terkawal dan kita komited memantau keselamatan negeri ini.
"Kami ingin memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang dengan sengaja menyebarkan khabar angin atau memanipulasi fakta dengan tujuan menyebabkan kegusaran kepada awam terutama menyentuh isu keselamatan," tegasnya.
Sumber– Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
apalah motif dia buat laporan palsu ni |
|
|
|
|
|
|
|
afie_m replied at 28-1-2025 10:51 AM
apalah motif dia buat laporan palsu ni
Saja nk buruk2kan Meleysia suh kwn2 dia jgn masuk sopping Meleysia sbb bahaya kut..ahahah |
|
|
|
|
|
|
|
Ada sorang retis hrtu pun kata ada org nk culik anak dia kan..tu cer buat report pulis..tgk pulis siasat camno |
|
|
|
|
|
|
|
ada 5 kes Polis malaysia cekap :
a) mayat
b) Senjata
c) budak Bawah Umur
d) Dadah
e) Cina
Biasanya Cina ni kalau dia buat report polis
mesti dia ada hal yang agak serius.
Hal dengan suami dia ke isteri dia ke partner dia ke. |
|
|
|
|
|
|
|
Berzaman singaporean ckp pergi malaysia ditarget perompak la ditarget polis la ditarget kena tipu transportation |
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz: ada 5 kes Polis malaysia cekap ...
Akan jadi sebaliknya bila kes babitkan politaik pemerintah..terus krik krik. |
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang ni kat Malaysia ke kat mana2 negara, sana sini dah ada cctv, tak payahla buat cerita bohong sangat kene culik bagai |
|
|
|
|
|
|
|
ninja boy replied at 28-1-2025 04:18 PM
Berzaman singaporean ckp pergi malaysia ditarget perompak la ditarget polis la ditarget kena tipu tr ...
Tapi tetaplah berbondong-bondong ke sini |
|
|
|
|
|
|
|
Masalahnye ko x lawa.sape gamak nk culik ko |
|
|
|
|
|
|
| |
|