CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2383|Reply: 5

#AJL39: ‘Saya Nak Anak-Anak Bangga Bila Tengok Saya Di Kaca Televisyen’ – Hafiz Suip

[Copy link]
Post time 28-1-2025 12:07 PM | Show all posts |Read mode





Penyanyi, Hafiz Suip mendedahkan bahawa motivasi utama di sebalik usaha dan kejayaannya dalam dunia seni adalah anak-anaknya.


Ketika ditemui oleh OhBulan!, Hafiz Suip, 35, meluahkan rasa teruja untuk kembali beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39). Hafiz mengakui kehadirannya kali ini membawa makna yang lebih istimewa, terutama apabila ramai peminat menantikan kemunculannya di kaca televisyen.


Menurut pelantun lagu Bahagiamu Deritaku ini lagi, setiap langkah dan usaha yang dilakukan dalam kerjayanya termasuk persembahan di AJL39, adalah demi membanggakan dua cahaya matanya iaitu Muhammad Riyadh Zafri, 8, dan Muhammad Alkaf Zayna, 5.


Saya buat semua ini untuk anak-anak. Saya nak mereka bangga melihat saya membuat persembahan di televisyen.

Saya rasa tak sabar dan teruja untuk ke pentas AJL sebab ramai sebenarnya menantikan kemunculan saya termasuk mak dan keluarga saya di kaca televisyen.


Hafiz berkata demikian ketika ditemui pada sesi Healing dan Meet & Greet bersama finalis AJL39 yang berlangsung di Gua Juicery, Taman Botani Putrajaya pada Sabtu.







Dalam pada itu, Hafiz akui bahawa kontroversi yang melanda dirinya termasuk isu rumah tangga sedikit sebanyak telah mengganggu tumpuannya lebih-lebih lagi ketika menjelang AJL39.


Namun, dia memilih untuk tidak membiarkan perkara tersebut mengganggu konsentrasinya sebaliknya memberi sepenuh fokus melakukan persediaan AJL39 terlebih dahulu sebelum menyelesaikan perkara lain.


Cerita-cerita kontroversi membabitkan saya sedikit sebanyak memang mengganggu konsentrasi saya tapi saya alih perhatian saya kepada benda lain.


Saya tak boleh buat banyak benda dalam satu masa, sebab itu saya ambil keputusan untuk selesaikan satu demi satu perkara. Saya percaya, kerjaya sebagai penyanyi ini juga yang akan membantu masa depan saya.


Apabila ditanya mengenai ramalan orang ramai yang menentukan kemenangannya pada AJL39, Hafiz mengakui turut berasa tekanan dengan perkara itu.


Saya sebenarnya tertekan juga bila baca komen, ramai yang letakkan harapan supaya saya menang vokal. Mereka suruh saya kalahkan Ernie Zakri, Aina Abdul, Nadeera, Marsha dan ramai lagi. Tapi bukan mudah benda tu sebab mereka semua sangat hebat.


Ujar Hafiz, dia tidak menyimpan harapan tinggi untuk menang, tetapi mahu semua penonton terhibur dengan persembahan semua finalis pada malam tersebut.


untuk info, AJL39 bakal bersiaran langsung di Axiata Arena, Bukit Jalil dan dipancarkan di TV3 jam 9 malam atau boleh juga distrim secara HD di www.tonton.com.my.


Untuk mendapatkan tiket konsert AJL39, anda boleh membuat pembelian di  www.wowtix.com.my.


Sumber– Rotikaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2025 12:19 PM | Show all posts
pe kata buat road to ajl
mcmn dia buat persediaan tu
ni hari2 cerita sama je
tak muak ke


Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2025 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa ada title suami orang, takde pulak eh kau nak buat anak2 ko bangga tgk ko kat TV? Dah bercerai baru nak bangga2 bagai. Aku tetap rasa si Apiz ni bewak. Bini plak anak orka. Rengsa lah laki takde job. Yg si bini pun padan muka ko. Gatal bijik nak kawin retis. Acah2 nak sekaki glamour. Retis duit sekejap je woiiii. Kejap ada job kejap takde. Choiiiii jangan la keturunan aku kawen retis2 sangkak Malaya ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2025 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Relevan lagi kah kaca televisyen sebab mostly televisyen mcm tak kaca jer. Ker aku yang tak tahu.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2025 02:17 PM | Show all posts
toteng replied at 28-1-2025 10:42 PM
Relevan lagi kah kaca televisyen sebab mostly televisyen mcm tak kaca jer. Ker aku yang tak tahu.

hang punye komen buat iols jentik, ketuk tiap tv kat rumah dan tempat keje
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2025 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Carcosa: Masa ada title suami orang, ta ...


Auch! The truth has been spoken tgk apiz ni jenis pemikiran bdk2 kelas xpndai. Jenis xfikir jauh ke hadapan. Dah kena tggal, dah x ada talian hayat baru nk sedar
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 03:40 PM GMT+8 , Processed in 0.320980 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list