View: 2380|Reply: 14
|
Alif Satar Percaya Sissy Imann & Naz Rahman Mampu Kendali AJL39 – ‘Penonton Perlu Beri Mereka Peluang’
[Copy link]
|
|
Penyanyi, pelakon, dan pengacara Alif Satar berpendapat bahawa pemilihan Naz Rahman dan Sissy Imann sebagai pengacara Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) adalah satu keputusan yang tidak seharusnya dipersoalkan.
Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Muhammad Alif Mohd Satar, 35, sebaliknya percaya akan bakat dan kebolehan Sissy Iman untuk bergandingan bersama Nazrudin Rahman dalam mengacarakan anugerah berprestij itu.
Pada awal saya mengacara dulu pun ramai orang tidak berpuas hati. Itu perkara biasa, jadi tugasan buat Sissy untuk ambil dan tunjukkan kebolehan sebab saya yakin dia mampu galas tanggungjawab itu.
Apatah lagi berpasangan dengan pengacara berpengalaman seperti Abang Naz (nama panggilan Nazrudin).
Pelantun lagu Cukup Indah itu turut memuji kebolehan yang dimiliki oleh kedua-dua hos itu dan percaya mereka boleh mengemudikan pentas AJL39 dengan jayanya.
Doa saya buat mereka semoga berjaya semasa AJL kelak.
Abang Naz sangat lancar dan berpengalaman. Dia juga ada cara sendiri, kelakar dan pada masa sama boleh mengendalikan acara dengan formal. Dia boleh mengandalikan penonton dan khalayak yang berbeza
Sissy pula saya ada masa awal kerjaya dia dahulu, malah kami juga pernah bekerja sekali ketika Semi Final Muzik- Muzik (SFMM) beberapa tahun lepas.
Dia ibarat Apple Music bergerak yang mana seorang pemuzik natural yang boleh bermain gitar dan piano. Dia tahu apa dia cakap, pandai mengacara dan kelakar. Kalau beri dia peluang, dia boleh buat.
Alif berkata demikian ketika ditemui pada sidang media konsert suku akhir Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) yang berlangsung di Glenmarie, Shah Alam pada Ahad.
Dalam kesempatan itu, Alif turut berkongsi tips buat duo pengacara itu supaya memantau media sosial dan melihat maklum balas daripada penonton agar dapat membantu memantapkan pengacaraan dan kemahiran mereka pada malam AJL39.
Seronok dalam industri seni sekarang sebab dapat maklum balas dengan segera. Buka aplikasi X tahu komen-komen netizen dan boleh sesuaikan diri atau jadi sesumpah (bertukar) dengan kritikan sepanjang acara berlangsung.
Pendapat saya, AJL adalah acara yang orang nak tengok dijayakan dengan hebat. Kriteria hos juga sememangnya boleh membawa satu rancangan yang buat penonton rasa tenang dan eksklusif.
Eksklusiviti tersebut ada pada Naz dan Sissy, penonton perlu beri peluang. Saya yakin penonton boleh terhibur.
Terdahulu, pemilihan Sissy sebagai pengacara malam kemuncak AJL39 bersama Nazrudin mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
AJL39 bakal bersiaran langsung di Axiata Arena, Bukit Jalil dan dipancarkan di TV3 jam 9 malam atau boleh juga distrim secara HD di www.tonton.com.my.
Untuk mendapatkan tiket konsert AJL39, anda boleh membuat pembelian di www.wowtix.com.my.
Sumber– Rotikaya |
|
|
|
|
|
|
|
boringnya.. tu ke pengacaranya.. tv3 ni sayang betul sissy ni ye.. padahal bg iols sissy ni bukan pengacara yang bijak pun.. nampak gigih dia nak tiru acik jannah |
|
|
|
|
|
|
|
tak kelakor la nza tu
klu buat joke jd annoying je
sissy???
|
|
|
|
|
|
|
|
Siapa yg bayar derang, the payer tu la berhak judge and decide whether two are suitable and fit for the task, or not. Netizen hanya layak bising. X layak decide. Sbb bukan netizen bayar |
|
|
|
|
|
|
|
Eloklah muka baru. Klu boleh kembalikan vibes Cheryl Samad dgn Ally Iskandar dulu. Atau klu nak lawak biar mcm Aznil dgn Amy Mastura. Janganlah terhumban ke lubang lawak sampah alumni maharaja lawak. Say no to comedian sampah sarap yg asyik terjerit jerit kat pentas dgn gigi jongangnya, telinga capangnya, badan gemuknya dan lawak kampungnya. |
|
|
|
|
|
|
|
walaupun meols tak suka pondan iman ni sebab bapak sheols kuat merentan macam 'kakak2'.. meols tak kisah lah..janji bukan pelawak bodoh hodoh jongang yang mengacara, at least orang boleh fokus kat finalis & lagu, bukan cerita bodoh host... harap2 pondan iman jangan try hard sangat nak jadi kelakar, cringe nanti, nanti meols daripada seat front zone tu meols lemparkan kasut meols.. hahahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
cnfirm sendu... patut amik azwan ali jadi host... sesuai dgn level ajl zaman ni |
|
|
|
|
|
|
|
bring back the profeisionalisme in emcee industry in malaysia
rindu zaman charmine augustin, cheryl
you can be cool, casual when emceeing afterall ni entrnatimanet industry
cma cukup2 lah badut sarkis atas pentas dlm semua acara
semua dh nk di mengmaharaja lawakkan semua acara
|
|
|
|
|
|
|
|
chuols beli ticket ke..AJL ni dulu2 gah, now xtau la kn, depends on siapa retis yg bertanding dan jgk persembahan artis undangan malam tu nnt..mmg aaron ajis je ke sponsor AJL kalini
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by fefeeling at 31-1-2025 12:42 PM
Ok je abg Naz ni mengacara dia xde la buat lawak2 sampah. Sissy ioll xpnah tgk dia mengacara but it’s ok, kita kasi chance dia tunjukkan bakat. Nak kan blk level Ally, Cheryl all mmg xdpt la diorang dah xde hosting dah. Now dah zaman lain, so turn org lain la jadi host. As long as bukan type2 maharaja lawak bangang recycle muka2 sama tu yg jd host ioll ok jer pilihan tv3suku kali nih lol |
|
|
|
|
|
|
|
Bleh la campak remote tv kat tv stp kali nmpk muka sissy iman ni ms AJL nanti |
|
|
|
|
|
|
|
meols bayar half, kawan yang ajak bayar half... ikutkan meols nak duk atas je baru puas semua nampak... tapi kawan meols merentan dapat tiket seat bawah tu...fan club yenna bedul katanyaahhh... kuasekk... hahahaha!
|
|
|
|
|
|
|
|
wahhhh pakai merah ke chuols...dgr cite tshirt fans yenna utk pakai mlm tu sold out..mahal x ticket nya
|
|
|
|
|
|
|
|
meols zone puas sudah rm178 sajorkkk... tapi meols bayar rm70 je sebab paksaan...tak minat yenna bedul.. hahahaha meols nak duk atas zone 401-420, rm68 sajorkk....masih ada lagi tiket tu belah atas... duk atas syok.. sebab axiata arena tu kecik je... puas nampak seluruh stage & lighting... sound sedap.. duk bawah semakkkk ngan influencer & artis tak kenal..
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
wow zone bukan lagi kita dgn risiko tu mahal ye, dh sold out..ingat ticket AJL harga marhein, mcm ticket konsert la kn versi murah sikittt je
|
|
|
|
|
|
|
| |
|