Edited by BicaraHatiku at 31-1-2025 11:09 AM
Bekas menteri, Rafidah Aziz, menyarankan kerajaan agar memberi keutamaan dalam menyelesaikan isu dalam negara terlebih dahulu sebelum menyatakan komitmen untuk membangunkan semula Gaza.
Mengulas pengumuman Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Rafidah berkata walaupun Gaza perlu dibangunkan semula dan niat itu wajar dipuji, terdapat isu mendesak dalam negara yang perlu diselesaikan.
Antara lain, bekas menteri itu merujuk kepada keadaan "menyedihkan" di sekolah-sekolah luar bandar yang sering diketengahkan di media.
“Begitu juga dengan kekurangan di hospital kerajaan luar bandar serta tempat ibadah,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Selain itu Rafidah berkata golongan pesara, terutamanya mereka yang menerima pencen bulanan tetapi berada di bawah garis kemiskinan, perlu diberikan perhatian.
|