CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 12645|Reply: 56

Dah Tak Sebumbung, Linda Hashim Fail Cerai Lepas Hampir 2 Tahun Rujuk Dengan Beego

[Copy link]
Post time 5-2-2025 06:50 PM | Show all posts |Read mode
Hampir dua tahun kembali rujuk, pelakon Linda Hashim memfailkan cerai terhadap suaminya yang juga aktor Beego di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada awal Januari lalu.


Peguam mewakili Linda iaitu Nurul Fadzilah Kamaluddin memberitahu Linda atau atau Norhazlinda Hashim, 41, memfailkan cerai terhadap aktor tersebut di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1986 atas alasan sudah tiada persefahaman.








"Linda failkan penceraian ini pada awal Januari lalu disebabkan sudah tiada persefahaman," katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.


Fadzilah memaklumkan kes itu bakal disebut di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pagi Khamis.


Berkongsi lanjut, Fadzilah berkata, Linda dan Beego sudah tidak tinggal bersama sejak nekad dengan keputusan untuk bercerai.


"Saya dimaklumkan mereka sudah tidak tinggal sebumbung. Saya pun tidak tahu kalau mereka ada bertemu atau tidak dalam masa terdekat ini.


"Selebihnya saya rasa lebih baik bertanya kepada Linda sendiri di mahkamah nanti," ujarnya.


Pada Mei 2023, Linda dan Beego hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak.


Ia berikutan mereka mencapai kata sepakat untuk rujuk semula pada 9 April 2023 selepas bercerai pada 27 Mac 2023.


Untuk rekod, Linda dan Beego atau Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, mendirikan rumah tangga pada Jun 2013.


Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu tiga orang cahaya mata Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6.




Sumber- mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2025 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah ternyata rujuk bukan untuk semua orang, ramai juga artis bercerai setelah rujuk

Aku ni masih terkejut lagi sbb abang Nursiah yg selalu happy tu pun dengarnya dah berpisah ngn bini dia.
Mcm tiba2 jer, ada hari tu dia sepatutnya pi jual laksa kat lotus tp last minute tak datang hari tu. Tau2 nangis2 kat vtt, bini pun sama duk sedih je kat tt.
Adakah ini ain weh? Kesian plak aku tgk pasangan2 yg nampak harmoni tiber2 berpisah dahla anak5 kecik lg.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 07:23 PM | Show all posts
Shayang replied at 5-2-2025 06:57 PM
Takziah ternyata rujuk bukan untuk semua orang, ramai juga artis bercerai setelah rujuk

Aku ni masi ...

memang betul kan. hadis pun banyak bab ain ni.
so kita jgn show off selalu kat socmed psal diri dan keluarga.

pastu antara cara nak elak ain ni adalah, yg memandang kena zikir dulu sebelum memuji yg dipandang.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
phalanx replied at 5-2-2025 07:23 PM
memang betul kan. hadis pun banyak bab ain ni.
so kita jgn show off selalu kat socmed psal diri d ...

Jadi jgn tunjuk apa2 la yek
kadang tu kalau org post pasal menda2 sedih mcm anak tgh sakit ke, kena tahan kat wad pun aku skip takmo tgk takut mcm pastu kita plak kena
Sbb dh penah jadi. Mungkin kebetulan jela kot tp rasa baik elakkan
Mcm kes cerai berai ni pun aku tak suka juga nk amik tau terlalu beria risau berjangkit plak kat kita.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
mesti weird. sepupu beego kawen dgn adik Linda.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut nampak beego jual perabot skrg. Soo B40 lookk. Cam bangla pun hadooo
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2025 08:50 PM | Show all posts
amyfaha replied at 5-2-2025 08:05 PM
Patut nampak beego jual perabot skrg. Soo B40 lookk. Cam bangla pun hadooo

back then he is soo jambu oooo....
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
anak dorg mesti cantik2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2025 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah berpuluh tahun kawen beranak pinak pun belum tentu kekal sefahaman yach. Takziah. Kalau takat tu jodohnya
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 10:08 PM | Show all posts
sedih kan bila baca berita orang bercerai pada umur2 begini.. struggle betul nak pertahankan rumahtangga pada zaman sekarang.. dengan keadaan kewangan yang makin mencabar
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Berpisah juaaaaaaa…
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni mohon cerai Kali ke3 kan.ada kt mstar jugak
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni mohon cerai Kali ke3 kan.ada kt mstar jugak
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Linda tu pernah nampak , cantik weh dia.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh patut nampak kat TT aritu.  Ada org interview beego suruh call wife cakap i love u tapi beego bagi excuse apa ntah. Nk call mak je boleh tak...last2 dia call mak dia.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2025 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Shayang replied at 5-2-2025 06:57 PM
Takziah ternyata rujuk bukan untuk semua orang, ramai juga artis bercerai setelah rujuk

Aku ni masi ...

Haaa...si Nursiah dengor cegritha tu serai? Huisshh biar betik. Aritu tgk biz da makin maju, ade kedai da skang.
Bini die baru beranak last yr kan? Last last yr pon hade..
Sorry ter ot

Utk x ot, semoga dipermudahkan urusan semuanye yee buat linda dan beego. Ape yg jd, jgn lupe anak2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2025 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke dia ni baru masuk podcast rosyam noor yg suka menyampuk guest tu?

Tak faham kenapa tak sebumbung sebelum.sah cerai, selalu kalau macam ni siapa yg keluar rumah n tido kat mana? Sewa rumah baru? Airbnb berbulan? Balik rumah parents?

Maksudnya mmg tgh gaduh la ye?

Lemah pulak soalan mcm kanak kanak je, jatuh ego I sebagai acik forum berwibawa ish.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2025 01:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Ala kesiannya.

Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2025 01:24 AM From the mobile phone | Show all posts
She pernah dipukul ker smp nak minta nasihat polis?
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2025 02:16 AM From the mobile phone | Show all posts
dah tkde jodoh walau dah pernah rujuk.
couple kaya pun cerai. yg biasa² pun cerai..
mesti anak dia org lawa. cantik linda ni.

adoi cina raya apa lgi ni ya.. main mercun bagai kn dibom
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 05:43 PM GMT+8 , Processed in 0.752717 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list