View: 34978|Reply: 5
|
[Sarawak]
Semakan kehakiman Ragad ditolak, Abu Bekir kekal pentadbir tunggal harta pusaka Allahyarham Tun Taib Mahmud
[Copy link]
|
|
Edited by Vellfire at 5-2-2025 05:02 PM
![](https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20250205/5845017115227174800.jpg)
Gambar fail
KUCHING: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menolak permohonan semakan kehakiman oleh Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib untuk membatalkan pelantikan anak tirinya, Dato Sri Mahmud Abu Bekir Taib (gambar) sebagai pentadbir tunggal harta pusaka Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
Keputusan ini mengekalkan Surat Kuasa Mentadbir atau juga dikenali sebagai Letter of Administration (LA) yang dikeluarkan oleh Pegawai Daerah Kuching pada 26 April 2024, yang memberikan Abu Bekir kuasa penuh untuk menguruskan harta pusaka tersebut. Hakim Mahkamah Leonard David Shim ketika memberikan keputusannya berkata, mahkamah mendapati tiada asas undang-undang untuk membatalkan pelantikan Abu Bekir atau melantik Ragad sebagai pentadbir bersama.
Beliau menyatakan bahawa pegawai probet telah bertindak mengikut budi bicara yang sah di bawah Ordinan Pentadbiran Harta pusaka (Administration of Estates Ordinance) Bab 80.
Selain itu, beliau menolak dakwaan bahawa keputusan itu tidak adil atau tidak berperlembagaan dengan menyatakan bahawa undang-undang mengutamakan waris lelaki berbanding balu dalam pentadbiran harta pusaka.
Malah, mahkamah mendapati bahawa ordinan tersebut tergolong dalam undang-undang peribadi, yang dikecualikan daripada cabaran perlembagaan berkaitan kesamarataan jantina di bawah Perkara 8(5)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Terdahulu, Ragad menerusi peguamnya Sylvester Lai Tze Yang berhujah bahawa pelantikan anak tirinya (Abu Bekir) sebagai pentadbir tunggal adalah diskriminasi dan melanggar hak undang-undangnya sebagai balu.
Susulan itu, Ragad memohon agar keputusan itu dibatalkan dan meminta beliau dilantik sebagai pentadbir bersama dengan Abu Bekir.
Ragad menamakan Pegawai Daerah Kuching (disaman atas kapasiti beliau sebagai Pegawai Probet kepada harta pusaka) sebagai responden pertama serta Abu Bekir dan Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib, masing-masing sebagai respondent kedua dan ketiga.
Sebagai alternatif, Ragad mencadangkan supaya Majlis Islam Sarawak atau pihak ketiga yang bebas dilantik untuk menguruskan harta pusaka, dengan alasan wujud pertikaian undang-undang dalam keluarga dan terdapat keperluan untuk pentadbiran adil.
Namun, mahkamah memutuskan bahawa tiada kesilapan prosedur dalam penerbitan Surat Kuasa Mentadbir dan tiada keperluan undang-undang untuk melantik balu sebagai pentadbir bersama.
Mahkamah menegaskan bahawa pegawai probet telah bertindak mengikut prinsip undang-undang yang ditetapkan dan bahawa tidak ada pelanggaran keadilan semula jadi dalam proses membuat keputusan.
Dengan keputusan ini, Abu Bekir kekal sebagai pentadbir sah tunggal harta pusaka Tun Abdul Taib Mahmud, yang merangkumi aset dan pegangan besar dalam Cahya Mata Sarawak Berhad (CMS).
Setakat berita ini ditulis, masih belum diketahui sama ada Ragad akan mengambil tindakan undang-undang lanjut atau merayu akan keputusan tersebut.
Respondent pertama diwakili peguam Lonie Pinda dan Syafiq Sapri dari Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak sementara responden kedua diwakili William Yeo, dan responden ketiga diwakili Alvin Chong serta Mr. Jonathan Tay.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ada info pasal JUMLAH harta yg direbut tu tak ? teringin nak tahu |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Vellfire at 7-2-2025 12:37 AM
Tanah milik Taib Mahmud kini jadi rebutan ?
![](https://www.gemilangdaily.com/wp-content/uploads/2024/02/taib.jpg)
Post Oleh : EditorKiripada 2/10/2024 12:57:00 am
Anak kepada bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib, Dia telah mengambil langkah undang-undang dengan memfailkan saman terhadap ibu tirinya, Toh Puan Raghad Kurdi Taib.
Menurut laporan The Borneo Post, tindakan undang-undang yang diambil oleh anak ketiga Tun Abdul Taib Mahmud ini berkaitan dengan pemindahan saham sebuah syarikat swasta kepada Raghad.
Kes tersebut dijadualkan untuk dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Alexander Siew pada Isnin ini.
Sulaiman, yang berusia 55 tahun, dilaporkan telah menyebut Raghad dan seorang lagi individu sebagai defendan dalam kes ini.
Untuk rekod, Sulaiman yang juga bekas Timbalan Menteri Pelancongan pada tahun 2008, merupakan Pengarah Urusan Kumpulan Cahya Mata Sarawak Berhad (CMSB).
|
|
|
|
|
|
|
|
Mahkamah Tolak Permohonan Raghad, Abu Bekir Kekal Pentadbir Harta Pusaka Taib Mahmud
![](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2025/02/Mahkamah-Tolak-Permohonan-Raghad-Abu-Bekir-Kekal-Pentadbir-Harta-Pusaka-Taib-Mahmud-1200x628.jpg)
Mahkamah Tinggi Sarawak Sahkan Kuasa Abu Bekir Urus Harta Pusaka Taib MahmudMahkamah Tolak Permohonan Raghad, Abu Bekir Kekal Pentadbir Harta Pusaka Taib Mahmud. Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak telah menolak permohonan semakan kehakiman oleh Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib, sekali gus mengesahkan pelantikan Dato Sri Mahmud Abu Bekir Taib sebagai satu-satunya pentadbir harta pusaka Allahyarham Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.
Keputusan ini mengekalkan Surat Pentadbiran yang dikeluarkan oleh Pegawai Daerah Kuching pada 26 April 2024, yang memberikan kuasa penuh kepada Abu Bekir untuk menguruskan harta pusaka mendiang.
![](https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2025/02/pexels-pixabay-48148-1024x681.jpg)
Tiada Asas Undang-Undang untuk Mengubah Keputusan
Mahkamah mendapati bahawa tiada asas undang-undang untuk membatalkan pelantikan Abu Bekir atau untuk memenuhi permintaan Raghad agar dilantik sebagai pentadbir bersama.
Dalam penghakimannya, Hakim Mahkamah Tinggi Leonard David Shim menyatakan bahawa pegawai probet telah menjalankan kuasanya secara sah di bawah Ordinan Pentadbiran Harta Pusaka (Cap 80). Hakim juga menolak dakwaan bahawa keputusan itu tidak adil atau tidak berperlembagaan, dengan menyatakan bahawa undang-undang memang memberi keutamaan kepada waris lelaki berbanding balu dalam urusan pentadbiran harta pusaka.
Lebih lanjut, mahkamah menegaskan bahawa ordinan tersebut tergolong dalam bidang undang-undang peribadi yang tidak tertakluk kepada cabaran perlembagaan berkaitan kesaksamaan jantina di bawah Perkara 8(5)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Hujah Raghad Ditolak Mahkamah
Raghad, yang diwakili oleh peguam Sylvester Lai, berhujah bahawa pelantikan anak tirinya sebagai pentadbir tunggal adalah bersifat diskriminasi dan menafikan haknya sebagai balu Allahyarham. Oleh itu, beliau memohon agar keputusan tersebut dibatalkan dan beliau dilantik sebagai pentadbir bersama Abu Bekir.
Sebagai alternatif, beliau mencadangkan agar Majlis Islam Sarawak atau pihak ketiga yang berkecuali dilantik untuk menguruskan harta pusaka, dengan alasan terdapat pertikaian undang-undang dalam keluarga yang memerlukan pentadbiran yang lebih adil.
Bagaimanapun, Peguam Negara Negeri Sarawak yang diwakili oleh Lonie Pinda dan Syafiq Sapri mempertahankan keputusan Pegawai Daerah Kuching, dengan menegaskan bahawa pegawai probet telah bertindak dalam bidang kuasa yang sah.
Abu Bekir, yang merupakan responden kedua dalam kes ini, diwakili oleh William Yeo, manakala responden ketiga, Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib, diwakili oleh Alvin Chong dan Jonathan Tay.
Mahkamah bagaimanapun mendapati bahawa tiada kesalahan prosedur dalam pengeluaran Surat Pentadbiran, dan tidak ada keperluan undang-undang untuk melantik balu sebagai pentadbir bersama.
Implikasi Keputusan Mahkamah
Hakim menegaskan bahawa pegawai probet telah bertindak berdasarkan prinsip undang-undang yang ditetapkan dan tiada pelanggaran terhadap keadilan semula jadi dalam proses membuat keputusan.
Dengan keputusan ini, Abu Bekir kekal sebagai pentadbir sah harta pusaka Allahyarham Taib Mahmud, yang merangkumi aset besar termasuk pegangan dalam Cahya Mata Sarawak Bhd (CMS).
Keputusan ini dijangka memberi kesan besar terhadap pertikaian keluarga yang sedang berlangsung mengenai pentadbiran harta pusaka.
Buat masa ini, masih belum dapat dipastikan sama ada Raghad akan mengambil tindakan undang-undang selanjutnya atau membuat rayuan terhadap keputusan ini.
https://www.iloveborneo.my/mahka ... kir-pentadbir-taib/
|
|
|
|
|
|
|
|
Kes saman anak Tun Taib terhadap Raghad hari ini berkisar tentang saham Allahyarham
Oktober 2, 2024, Rabu - 6:50pm
![](https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20241002/kch-ub021024-hh-lejla-p1a.jpg)
(Dari kiri) Chong, Bekir, Tay dan yang lain dilihat selepas prosiding di Kompleks Mahkamah Kuching, hari ini.
KUCHING: Kes saman sivil anak-anak Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud terhadap Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib dan RHB Investment Bank Berhad hari ini berkisar mengenai tuntutan terhadap saham Allahyarham Tun Taib yang menjadi pertikaian berikutan pemergiannya.
Saksi plantif dalam kes terbabit iaitu bekas Ketua Hakim Syarie Sarawak Datu Mohamed Ali Mohd Sheriff berkata, walaupun Mahkamah Syariah mengendalikan faraid, bidang kuasa ke atas saham harta pusaka Allahyarham Datuk Patinggi Lejla Taib berkemungkinan boleh terletak di bawah kuasa Mahkamah Sivil.
Beliau ketika pemeriksaan balas bersama peguam Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib iaitu Alvin Yong berkata, jika perlu, proses mendapatkan semula aset boleh dibicarakan di Mahkamah Sivil.
Yong: Adakah anda mengatakan bahawa proses pemulihan harta pusaka Allahyarham Lejla boleh didengar oleh Mahkamah Sivil?
Mohamed Ali: Kemungkinan boleh
.
Yong: Adakah anda mengatakan bahawa proses pengagihan semula harta pusaka Allahyarham Lejla boleh didengar oleh Mahkamah Sivil?
![](https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20241002/kch-ub021024-hh-lejla-p2a.jpg)
Yong (dua kiri) dan Tan (tiga kiri) bersama pasukan perundangan mereka di hadapan kamar Mahkamah Tinggi, hari ini.
Mohamed Ali: Kemungkinan boleh. Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa.
Yong: Cadangkan kepada anda bahawa Mahkamah ini iaitu Mahkamah Sivil mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes ini adalah tidak betul. Adakah anda bersetuju atau tidak?
Mohamed Ali: Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar perkara saham.
Mohamed merupakan saksi keempat dan terakhir bagi pihak plaintif.
Plaintif iaitu Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib dan Dato Sri Mahmud Abu Bekir Taib diwakili peguam Tay, Alvin Chong, Harizan Hamzah dan Ezekiel John Chang.
Defendan pertama iaitu Raghad, diwakili peguam Yong, Shirleen Ong, dan Wong Chung Ming manakala defendan kedua, RHB Investment Bank Berhad diwakili oleh Tan Kee Heng dan Lesley Ling.
Prosiding hari ini didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Alexander Siew How Wai. Perbicaraan diteruskan pada 17 Februari 2025.
https://www.utusanborneo.com.my/ ... g-saham-allahyarham |
|
|
|
|
|
|
|
SENARAI HARTA YG DI MILIKI OLEH Taib Mahmud.
1. 750 hektar … di Sungai Lubai Tengah, Limbang Srwk Plantations Entiti perniagaan ini tlh diswastakn, 60% pegangan saham dimiliki olh Hamid Sepawi (sepupu Taib) & Hasmi b Hasnan.
2. 4,400 hektar … di Sungai Medalam, Lawas Celerity Design Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib Mahmud).
3. 9.000 hektar … di Batang, Limbang Future Atmosphere Sdn Bhd Abu Bekir Taib.
4. 11,000 hektar di Ulu Medamit, Limbang – Dataran Aras Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
5. 3,000 hektar … di Tinjar,Miri – Amazing Green Sdn Bhd – Teresa Toyad (keluarga Taib yg berkahwin dgn bekas Setiausaha Kerajaan Negeri) & CEO kpd SCORE Wilson Baya Dandot.
6. 750 hektar … di Jalan, Miri.
7. 2,000 hektar … di lokasi penting lapangan trbang, Miri – Kumpulan Parabena Sdn Bhd & Mesti Bersatu Sdn Bhd Taib Mahmud & Raziah Mahmud.
8. 500 hektar … di Sungai Sibuti, Miri – Premium Haven Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
9. 5,000 hektar … di Sungai Teru & Batang Baram – Essential Straits Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
10. 1,100 hektar di Sungai Karap Umpama Mantap Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
11. 10,000 hektar di Lot 1208 Sungai Karap – Abu Bekir Taib.
12. 50 hektar … di Jalan Tusan, Sibuti – Ukiran Mantap Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
13. 4,000 hektar di Sungai Bok, Tinjar – Log Oak Promotion Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
14. 4,500 hektar di Sungai Tutoh Syarikat Radiant Lagoon – Abu Bekir Taib.
15. 5,000 hektar di Sungai Karap & Sungai Kulak – Amgreen Gain Sdn Bhd – Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).
16. 50 hektar … di Sungai Karabungan, Niah – Hamid Sepawi (sepupu Taib) & Hasmi b Hasnan.
17. 31,000 hektar … tanah NCR di Long Lamai – Merawa Sdn Bhd (anak syarikat Samling Global).
18. 2,600 hektar di Jalan Setium – Mega Bumimas Sdn Bhd (anak syarikat Ta An – Hamed Sepawi (sepupu Taib).
19. 10,000 hektar di Similajau – Sahua Enterprise Sdn Bhd – Mohamid Morshidi bin Abdul Ghani (Setiausaha BN Sarawak).
20. 4,500 hektar … di Similajau – Derawan Sdn Bhd – Mohamid Morshidi bin Abdul Ghani (Setiausaha BN Sarawak).
21. 15,000 hektar … tanah NCR kaum Penan di Ba Jawi Samling Plywood (Miri) Sdn Bhd.
22. 1,600 hektar … di Setuan – Hasmi Hasan (proksi Taib).
23. 10,000 hektar di Sungai Takan & Ulu Sungai Nyatak, Tatau – Ikrar Bumi Sdn Bhd Elia Geneid (anak saudara Taib).
24. 8,000 hektar … di Balingian (sebahagian besar kawasan ini asalnya adalah hutam simpan Setuan Besar) – Saradu Plantations Sdn Bhd, Organic Treasure Sdn Bhd & Kumpulan Parabena Sdn Bhd – Raziah Mahmud (adik Taib) & Robert Geneid (ipar Taib).
25. 10,000 hektar … di Ulu Mukah – Sarawak Plantations Entiti perniagaan ini telah diswastakn, 60% pegangan saham dimiliki olh Hamid Sepawi (sepupu Taib) & Hasmi b Hasnan.
26. 5,000 hektar … di Mukah – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) & LCD (pengerusinya ialah Taib Mahmud).
27. 5,000 hektar di Sungai Bawan – Palmlyn Sdn Bhd Taib Mahmud & Arip Mahmud.
28. 13,000 hektar di Sungai Bawan Golden Star Ace Sdn Bhd – Taib Mahmud & Arip Mahmud.
29. 4,000 hektar di Sungai Sikat, Mukah – Bella Magic Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
30. 5,000 hektar di Kenyana Rajah Mutiara Sdn Bhd Taib Mahmud & Arip Mahmud.
31. 2,000 hektar di Loba Kabang – Victoria Square Development Sdn Bhd Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).
32. 2,050 hektar di Penasu Igan – Victoria Square Development Sdn Bhd Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).
33. 5,000 hektar di Antara Batang, Oya & Batang Mukah – Kub Sepadu Sdn Bhd – Hamid Sepawi (sepupu Taib).
34. 10,500 hektar di Sungai Retus – Hariyama Sdn Bhd Taib Mahmud & Arip Mahmud.
35. 768 hektar … di Pasai Siong, Sungai Retus – Masretus Oil Palm Plantation Sdn Bhd Ibrahim Mahmud(abang/ adik Taib), Yahya bin Ibrahim (anak saudara Taib) & Mahmud bin Ibrahim (anak saudara Taib).
36. 400 hektar … di Tulai Meradong – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) & LCD(pengerusinya ialah Taib Mahmud).
37. 2,000 hektar … di Batang Lebaan, Sibu – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) & LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).
38. 100 hektar … di Sungai Lengan, Sibu – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) & LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).
39. 600 hektar … di Sungai Melayu, Meradong – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki olh Hamid Sepawi (sepupu Taib) & Hasmi b Hasnan.
40. 1,113 hektar di Batang Lassa – Europalm Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) – Hamid Sepawi (sepupu Taib).
41. 1,500 hektar … di Jin Matu, Daro – Europalm Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) Hamid Sepawi (sepupu Taib).
42. 90 hektar … di Kampung Tebang, Batang Lassa,Daro – Multi Maximum Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) Hamid Sepawi (sepupu Taib).
43. 15,000 hektar di Pulau Bruit – Eastern Eden Sdn Bhd & Poh Zhen Sdn Bhd – Arip Mahmud (abang/adik Taib), Ali Mahmud (abang/adik Taib) & Azerina Mohd Arip (ipar Taib).
44. 7,700 hektar di Paloh Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) & LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud). |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|