CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9034|Reply: 0

[Sabah] Lelaki hilang semasa cari siput ditemukan lemas

[Copy link]
Post time 6-2-2025 05:07 PM | Show all posts |Read mode




LEMAS: Mangsa ditemukan lemas di kawasan perairan sejauh 2.5 batu nautika dari jarak mangsa dilaporkan hilang.

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang hilang ketika mencari siput di kawasan pantai Kampung Kebagu, Manggatal di sini, malam Rabu, ditemukan lemas pada pagi Khamis.

Mangsa berumur 45 tahun yang beralamat di Kampung Unggun, Manggatal ditemukan terapung oleh pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di perairan berhampiran Kampung Wak-Wak, Sepanggar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata, mangsa ditemukan pada jam 11.27 pagi iaitu kawasan perairan sejauh 2.5 batu nautika dari jarak mangsa dilaporkan hilang.

“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.52 pagi,” katanya.

Terdahulu, mangsa dikatakan keluar ke kawasan pantai berkenaan bersama bapa mertua dan seorang rakannya, kira-kira jam 8 malam Rabu.

Bagaimanapun, ketika hendak pulang kira-kira jam 9.30 malam, mangsa disedari hilang dan usaha mencari yang dijalankan ahli keluarga juga gagal.

Operasi SAR segera diaktifkan di lokasi sebaik pihak bomba menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian pada jam 6.14 pagi.

Ordine berkata, sepasukan tujuh anggota dan pegawai bersama jentera dan terus digerakkan ke lokasi kejadian.

“Pasukan operasi berada dilokasi untuk mendapatkan maklumat seterusnya menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

"Operasi SAR dijalankan dengan kaedah Water Surface oleh Pasukan Penyelam Dalam Air (PPDA) menggunakan bot penyelamat di kawasan pantai di lokasi mangsa dilaporkan hilang,” katanya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 08:39 AM GMT+8 , Processed in 2.151355 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list