![](https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20250206/70d8edfc-c71d-4b2e-8df2-fca9b188720d.jpeg)
PINDAH: Proses pemindahan Mangsa banjir daripada Kampung Suasa ke PPK Salagon Beaufort.
KENINGAU: Mangsa banjir di Sabah mencatatkan penambahan kepada 322 setakat jam 4 petang Khamis.
Berdasarkan kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah (JPBN), dua pusat penempatan masing-masing Pusat Penempatan sementara (PPS) dan Pusat Pemindahan Kekal (PPK) baharu dibuka masing-masing Keningau dan Beaufort.
“Seramai 69 mangsa daripada 17 keluarga dipindahkan di pusat penempatan sementara (PPS) Dewan Koningau, Majlis Daerah Keningau (MDK) selepas banjir melanda beberapa kawasan di Keningau sejak malam Rabu.
“Ia susulan sebanyak 11 lokasi terjejas banjir sekitar daerah terbabit termasuk Kampung Kauran, Kauran Greg, Patikang Ulu, Banjar, Bariawa Laut, Lingkudau Ulu, Lingkidau Ring, Tan Kok Lok, Taman Anggerik, Tamu Ground Keningau dan Jalan Pekan Keningau,” katanya.
Pada hari sama katanya, satu lagi PPK Selagon dibuka jam 1 petang selepas pasukan mendapati hasil pemeriksaan di kawasan dan perumahan penduduk tidak selamat untuk didiami.
Beliau bagaimanapun berkata, data mangsa di PPK Beaufort masih dalam proses kemaskini berikutan pihaknya masih menjalankan proses pemindahan mangsa ke PPK.
Setakat ini, Kinabatangan turut dilapor masih berdepan bencana banjir dengan seramai 253 mangsa masih berada di dua PPS.
|