CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21046|Reply: 0

[Sarawak] Mangsa banjir di PPS Sarawak, Sabah meningkat lagi

[Copy link]
Post time 7-2-2025 12:37 PM | Show all posts |Read mode


Gambar hiasan janaan AI

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Sarawak dan Sabah kembali meningkat dengan keseluruhan 5,313 mangsa berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri, setakat 8 pagi tadi.

Di SARAWAK, mangsa banjir meningkat kepada 4,705 orang di 24 PPS berbanding 4,341 orang malam tadi, dengan empat bahagian iaitu Bintulu, Sibu, Miri dan Mukah mencatatkan penambahan jumlah mangsa.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak memaklumkan mangsa banjir di lima PPS di Bintulu meningkat kepada 1,880 orang berbanding 1,612 orang, di Sibu (1,186), Miri (961) dan Mukah (614).

Manakala jumlah mangsa di dua bahagian lain yang turut terjejas dengan bencana itu tidak berubah, dengan Samarahan mencatatkan 51 mangsa dan Sarikei 13 mangsa dengan masing-masing di sebuah PPS.

Sementara itu di SABAH, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 608 orang setakat 8 pagi ini, berbanding 479 orang malam tadi apabila sebuah PPS di Dewan Selagon Beaufort dibuka semula petang semalam.

Menurut sekretariat itu 223 orang ditempatkan di PPS Beaufort, 253 orang di dua PPS daerah Kinabatangan dan 132 orang di dua PPS daerah Keningau.

“Sebanyak lima PPS di Sabah dibuka melibatkan tiga daerah iaitu Keningau, Beaufort, dan Kinabatangan,” menurut kenyataan itu.– BERNAMA


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.039406 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list