CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20888|Reply: 0

[Borneo] [Labuan] 12 lelaki ditahan, kes curi dan khianat kabel di Labuan

[Copy link]
Post time 7-2-2025 12:42 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 7-2-2025 07:04 AM



Mohd Hamizi (tiga kiri) semasa sidang media di Labuan semalam.

LABUAN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Labuan berjaya menahan 12 lelaki yang disyaki terlibat dalam kes kecurian dan khianat membencanakan kabel Telekom Malaysia Berhad (TM) di beberapa kawasan di Wilayah Persekutuan (W.P) Labuan.

Kesemua penahanan itu menyelesaikan 12 laporan polis yang diterima antara Julai 2024 hingga Januari 2025, dengan jumlah kerugian dianggarkan sebanyak RM88,290.00.

Menurut Ketua Polis Daerah W.P. Labuan, Superintendan Mohd Hamizi Halim, kes pertama dikesan pada 25 Julai 2024 melibatkan tiga lelaki tempatan berusia antara 35 hingga 42 tahun yang dipercayai ahli kumpulan Geng Bel Isham.

Katanya, mereka ditahan bersama rampasan sebuah kenderaan, satu guni berisi kabel tembaga, dan beberapa peralatan pecah rumah disyaki terlibat dalam aktiviti curi dan khianat membencanakan kabel TM sekitar Kampung Bukit Kalam dan Kampung Rancha-Rancha. Anggaran kerugian bagi kes ini adalah sekitar RM28,000.

“Dua daripada suspek didapati positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine, dan masing-masing dijatuhkan hukuman penjara enam bulan serta denda,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Manakala kes kedua, beliau berkata, pada 7 Disember 2024, dua lelaki tempatan berusia 39 dan 53 tahun yang disyaki anggota Geng Salpau ditahan dipercayai terlibat dalam kes curi dan khianat membencanakan kabel TM di sekitar kawasan Batu Arang, Jalan Tanjung Aru, Kampung Sungai Keling dan Kampung Rancha-Rancha dengan kerugian lebih RM35,000.

“Kedua-dua suspek juga didapati positif dadah dan dikenakan hukuman penjara enam bulan serta denda RM2,200,” katanya.

Seterusnya kes ketiga, katanya, pada 24 Januari 2025, tiga lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam Geng Fitri ditahan kerana kes curi dan khianat kabel di kawasan Lubok Temiang.

“Mereka berusia antara 20 hingga 35 tahun, dengan kerugian dianggarkan RM18,050. Mereka juga didapati positif dadah dan dijatuhkan hukuman penjara sembilan bulan serta denda RM1,300,” katanya.

Beliau berkata, kes keempat pada 23 Januari 2025, seorang lelaki berusia 37 tahun yang dipercayai anggota Geng Eul ditangkap kerana terlibat dalam dua kejadian curi kabel di Lubok Temiang.

“Suspek, yang positif dadah, ditahan reman hingga 7 Februari 2025 dan didakwa pada 6 Februari 2025 di Mahkamah Majistret W.P. Labuan.

“Manakala kes terbaru melibatkan tiga suspek dari Geng Arshad terdiri daripada dua lelaki tempatan dan seorang warga asing, berusia antara 18 hingga 60 tahun.

Mereka ditahan pada 4 dan 5 Februari 2025 kerana terlibat dalam aktiviti membencanakan kabel TM di Rancha-Rancha sejak Disember 2024.

“Dua daripada mereka juga positif dadah dan akan didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” jelasnya.

Berikutan dengan itu, Mohd Hamizi memaklumkan pihak polis turut merampas dua buah kenderaan dan beberapa peralatan yang disyaki digunakan dalam aktiviti kecurian kabel.

Katanya, siasatan mendapati kabel yang dicuri dikupas dan dibakar di kawasan semak sebelum dijual ke premis barang lusuh di sekitar W.P. Labuan.

“Kesemua suspek yang ditahan mempunyai rekod jenayah terdahulu dan penahanan mereka berjaya menyelesaikan kes-kes yang dilaporkan,” ujarnya.

Mohd Hamizi turut menasihatkan masyarakat untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam menyalurkan sebarang maklumat jenayah, terutama kes kecurian kabel yang boleh menjejaskan komunikasi, keselamatan awam, dan ekonomi negara.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.038811 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list