CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25066|Reply: 1

[Pulau Pinang] PGA tahan 11 warga asing, rampas e-waste RM21.83 juta

[Copy link]
Post time 7-2-2025 06:56 PM | Show all posts |Read mode
PGA tahan 11 warga asing, rampas e-waste RM21.83 juta

Oleh Nur Izzati Mohamad - Februari 7, 2025 @ 3:28pm [email protected]





BUKIT MERTAJAM: Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, Perak menahan 11 warga asing ketika mengadakan serbuan di sebuah kilang pemprosesan buangan terjadual sisa elektronik (e-waste) secara haram yang terletak dalam kawasan ladang kelapa sawit di Machang Bubok, di sini, semalam.

Serbuan jam 7.30 malam itu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang berdasarkan hasil maklumat dan risikan yang diperoleh sejak dua minggu lalu.

Komander Briged Utara PGA Ulu Kinta, Senior Asisten Komisioner Shahrum Hashim, berkata hasil pemeriksaan ke atas premis itu menemui pelbagai barangan e-waste yang dihancurkan dalam lebih 48 beg bersaiz jumbo beserta mesin pemprosesan bernilai hampir RM21.83 juta.

"Semasa serbuan terdapat 11 warga asing terdiri daripada seorang wanita warga China yang berperanan sebagai pengurus kilang, seorang lelaki warga Bangladesh, tiga lelaki dan enam wanita warga Myanmar yang menjadi pekerja masing-masing berusia lingkungan 30 hingga 40-an.

"Hasil siasatan awal mendapati kilang ini mula beroperasi sejak 2016 untuk memproses barang kitar semula plastik secara sah sehingga 2022.

"Bagaimanapun, pemilik kilang yang juga warga tempatan dipercayai menyewa premisnya kepada warga China sebelum melakukan aktiviti memproses barangan terjadual secara haram dekat situ," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Jelasnya, kesemua tangkapan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutnya.

"Kesemua pekerja warga asing ini dapati melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen apabila memasuki negara ini tanpa mempunyai pas perjalanan yang sah.

"Berdasarkan semakan yang dibuat terhadap pengurus wanita warga China itu pula dia masuk ke negara ini menggunakan visa pelancong dan dipercayai mula bekerja di kilang ini sejak Januari tahun lalu," katanya.

Mengulas lanjut, Shahrum berkata, kilang itu didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling serta Akta Kerajaan Tempatan 1976 Undang-undang Kecil Pelesenan Premis, Tred, Perniagaan dan Perindustrian.

"Semasa pemeriksaan didapati sisa-sisa buangan berterabur dan ia amat membahayakan, terutamanya ketika hujan.

"Ini kerana air akan mengalir ke kawasan sekitar yang ia boleh menjejaskan kualiti air serta persekitaran kawasan kilang ini," katanya.

Sementara itu, Pengarah JAS negeri, Norazizi Adinan berkata, pihaknya melakukan sitaan terhadap 48 beg 'jumbo' yang mengandungi e-waste berkenaan.

"Pada masa sama, kita telah menghantar sampel ke Jabatan Kimia bagi mendapatkan komposisi buangan.

"Ini selepas dipercayai buangan itu dikategorikan sebagai buangan terjadual SW110-E-Waste dan SW104 iaitu debu atau dros yang mengandungi logam berat," katanya.




Shahrum (kanan) bersama Norazizi (tiga dari kanan) menunjukkan e-waste selepas menyerbu sebuah kilang pemprosesan buangan terjadual sisa e-waste secara haram dalam kawasan ladang kelapa sawit di Machang Bubok, Bukit Mertajam. - Foto NSTP/Danial Saad






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-2-2025 06:57 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 07:50 AM GMT+8 , Processed in 0.060980 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list