CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18107|Reply: 0

[Sarawak] 24 PPS masih aktif di Sarawak setakat jam 12 tengah hari Jumaat

[Copy link]
Post time 7-2-2025 11:20 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Sebanyak 24 pusat pemindahan sementara (PPS) masih aktif di negeri ini setakat jam 12 tengah hari tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), ia susulan dua PPS yang ditutup iaitu Dewan Serbaguna Peliau dan Dewan SMK Merbau Miri.

Daripada jumlah itu katanya, 22 PPS menempatkan mangsa banjir sementara dua lagi PPS masing-masing menempatkan mangsa tanah runtuh dan kebakaran.

Sekretariat JPBNS berkata, mangsa banjir yang masih tinggal di PPS melibatkan 1,445 ketua isi rumah (KIR) dengan 4,486 mangsa.


Manakala bagi mangsa tanah runtuh, ia melibatkan 42 KIR dengan 169 mangsa terjejas di Miri.
Bagi mangsa kebakaran, ia melibatkan tujuh KIR dengan 35 mangsa di Bahagian Sibu.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang masih terjejas setakat ini adalah 1,494 KIR dengan 4,690 mangsa seluruh negeri.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.178688 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list