CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18735|Reply: 0

[Sarawak] Penduduk Ba’Kelalan 'bermandi lumpur' redah laluan becak Long Beluyu-Denaring

[Copy link]
Post time 7-2-2025 11:27 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 7-2-2025 03:30 PM



Keadaan laluan yang rosak teruk yang terpaksa dilalui penduduk Ba’Kelalan.
BA’KELALAN: Mengharungi laluan dari Long Beluyu hingga ke Denaring, di sini mengakibatkan pengguna jalan raya ibarat bermandi lumpur, cukup membuatkan penduduk tanah tinggi Ba’Kelalan menderita.

Menurut mereka, kesukaran yang amat memeritkan itu terpaksa ditempuh sejak lebih dua minggu lalu.

Situasi semakin parah apabila laluan sepanjang dua kilometer itu hanya dapat diredah kenderaan pacuan empat roda, itu pun asyik terkandas dan diburukkan musim hujan sekarang menyebabkan laluan itu rosak teruk.

Lebih menyedihkan penduduk turut mendakwa ibu bapa di penempatan tersebut terpaksa menggunakan jalan itu untuk menghantar anak-anak ke sekolah di bandar Lawas memandangkan sesi persekolahan akan bermula tidak lama lagi.

Keadaan laluan yang menyeksakan itu juga menyukarkan tugas penghantaran barang-barang bersubsidi untuk kegunaan penduduk di tanah tinggi berkenaan.

Kata penduduk, jika laluan itu tidak dibaiki segera impian untuk menyambut

Perayaan Easter penghujung Mac ini bersama masyarakat di Trusan bakal lebur.

Luahan kekecewaan penduduk berhubung masalah laluan itu dikongsi Pengerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ranting Ba’Kelalan Tadam Arun kepada Utusan Borneo hari ini,


TADAM

“Penduduk merayu kepada pihak kontraktor untuk membaik pulih dan menyelenggara keadaan laluan ini dengan kadar segera termasuk meletakkan batu bagi membolehkannya dilalui penduduk.

“Penduduk mengalami kesulitan menggunakan laluan ini untuk urusan seharian kerana keadaan laluan yang berlumpur, becak, berlubang dan rosak sejak lebih dua minggu lalu,” katanya.PP

Dedahnya, keadaan itu juga menyukarkan penduduk turun ke bandar Lawas terutama bagi kenderaan kecil.

“Dalam kita melaungkan pembangunan yang lebih maju dan moden pembangunan infrastruktur asas seperti jalan raya perlu menjadi keutamaan.

“Melihat kepada keadaan laluan itu seolah-olah kita seperti berada di zaman 80-an, sebab itu penduduk merayu kepada kerajaan untuk segera  melantik kontraktor secepat mungkin bagi memperbaiki laluan yang menghubungkan penduduk Ba’Kelalan dengan bandar Lawas,” katanya.


Penduduk terpaksa menggunakan tali untuk menarik kereta yang terkandas dalam becak.

Kata Tadam lagi, isu laluan yang rosak masih membelenggu lebih 6,000 penduduk dari dataran tanah tinggi Long Luping, Long Semadoh dan Ba’Kelalan di daerah ini.

Katanya, keperitan yang dihadapi penduduk bukan saja kerana berdepan kerosakan laluan yang teruk, malah membahayakan nyawa mereka.

“Justeru penduduk merayu agar langkah drastik dan segera diambil kerajaan untuk memperbaiki laluan yang merupakan nadi penduduk untuk berulang alik ke bandar Lawas, ke kawasan sekolah mahupun klinik kesihatan di kawasan tanah tinggi itu.

“Masalah laluan yang rosak dan berlumpur itu turut menjejaskan aktiviti persekolahan anak-anak,” katanya.


Penduduk merayu laluan dari Long Beluyu hingga ke Denaring, Ba’Kelalan dibaiki segera.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.043708 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list