CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26776|Reply: 0

Suspek tembakan di sekolah Sweden penganggur, alami masalah psikologi

[Copy link]
Post time 8-2-2025 09:57 PM | Show all posts |Read mode

Orang ramai memberi penghormatan kepada mangsa tembakan di Orebro, Sweden. - FOTO Reuters

Stockholm: Tujuh wanita dan tiga lelaki maut dalam kejadian tembakan beramai-ramai paling teruk di Sweden, kata polis pada Jumaat selepas melengkapkan pengecaman mangsa.

Tembakan berlaku pada Selasa di Kampus Risbergska, sebuah pusat pendidikan untuk orang dewasa di bandar Orebro, 200 kilometer di barat Stockholm.

Kesemua mangsa, berusia antara 28 dan 68 tahun, tinggal di Orebro, kata polis dalam satu kenyataan.

Penguatkuasa undang-undang tidak berkongsi sebarang butiran mengenai kewarganegaraan mangsa.

Mangsa terdiri daripada "bangsa, jantina dan umur berbeza," Anna Bergqvist, yang mengetuai siasatan, memberitahu AFP pada Khamis.

Kedutaan Syria di Stockholm merakamkan ucapan takziah kepada dua keluarga mangsa Syria, tanpa memberikan butiran lanjut.

Seorang warga Bosnia dan Herzegovina terbunuh dan seorang lagi cedera, kata Kementerian Luar Bosnia, memetik maklumat yang dikongsi oleh penduduk Orebro.

Polis masih belum mendedahkan nama suspek yang turut ditemui mayatnya. Dia dipercayai membunuh diri.

Namun, media Sweden telah mengenal pasti suspek sebagai Rickard Andersson, 35, yang dilaporkan hidup sebagai seorang penganggur dan mengalami masalah psikologi.

Motif penembak masih tidak diketahui.


sumber



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 08:38 AM GMT+8 , Processed in 0.531634 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list