CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3569|Reply: 5

[Tempatan] Ibu maut ketika dalam perjalanan bawa anak lelaki yang jatuh motosikal ke hospital

[Copy link]
Post time 15-2-2025 11:48 PM | Show all posts |Read mode



Jitra: Seorang ibu yang dalam perjalanan untuk menghantar anak lelakinya yang terjatuh dari motosikal ke Hospital Jitra, meninggal dunia selepas kereta yang dipandunya terlanggar sebuah lori di persimpangan lampu isyarat di Hosba, di sini, hari ini.

Pemandu trak penunda, Asmawi Che Lam, 46, berkata dia difahamkan wanita terbabit datang memandu Perodua Axia untuk membantu membawa anak lelakinya ke Klinik Kesihatan Changlun, tetapi klinik itu tutup hari ini disebabkan cuti hujung minggu.

"Mungkin dia panik melihat keadaan anaknya, lalu segera ke Hospital Jitra sebelum terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Hosba.

"Sebaik kemalangan itu, warga emas berkenaan dilihat masih bergerak sewaktu dibawa ke hospital, manakala anaknya pula hanya mengalami kecederaan akibat kemalangan sebelum itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Asisten Komisioner Mohd Redzuan Salleh berkata, kemalangan dipercayai berlaku pada 2 petang hari ini, membabitkan lori Isuzu dengan kereta Perodua Axia.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati lori terbabit dipercayai menghala dari Jitra ke Kubang Betong dan hendak membelok ke kanan di persimpangan lampu isyarat di Hosba ketika tanda isyarat hijau.

"Ketika itu, datang kereta Perodua Axia yang dipandu wanita warga emas berusia 69 tahun itu bersama anak lelakinya yang berusia 47 tahun dari arah bertentangan dan tidak berhenti ketika lampu isyarat berwarna merah.

"Berikutan itu, kereta terbabit telah berlanggar dengan lori berkenaan. Akibat daripada kemalangan itu, pemandu kereta Perodua Axia meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Jitra," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber – Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2025 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2025 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak tu sampai mati menyesal eksiden motor.

Elok dimandikan limau ke apa budak tu...macam sial pula
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2025 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 17-2-2025 10:30 AM
Anak tu sampai mati menyesal eksiden motor.

Elok dimandikan limau ke apa budak tu...macam sial pula ...

Anak tu mmg tak sihat oku. Dia berjalan dan kena langgar
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2025 05:25 PM | Show all posts
baru nak tanya umur dah 47 tapi dilayan macam 14 tahun... oku rerupanya, kesian.. siapa lah kayan dia mak dah tkde
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2025 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Subian replied at 17-2-2025 02:31 PM
Anak tu mmg tak sihat oku. Dia berjalan dan kena langgar

Oku ke...OKU mental ni jgn dilayan sangat nanti sama ikut gila...ni cikgu aku cakap la, ko layan orang gila nanti ko sama gila..sekarang baru faham
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 11:41 AM GMT+8 , Processed in 0.215625 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list