CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38249|Reply: 111

Syafinaz takut melihat 'trend' penyanyi terjerit-jerit

[Copy link]
Post time 19-2-2025 11:17 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 27-2-2025 06:59 AM

KUALA LUMPUR: Guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat menyuarakan kebimbangan terhadap 'trend' menarik vokal tinggi hingga terpaksa menjerit seperti yang sering dilakukan kebanyakan penyanyi hari ini.

Menurut Syafinaz, keghairahan mereka berbuat demikian semata-mata mahu memuaskan hati peminat boleh menyebabkan seseorang penyanyi berdepan risiko kehilangan suara.

"Sejujurnya, saya sangat takut melihat mereka menyanyi dalam nada tinggi sampai terjerit-jerit.

"Suara adalah aset buat penyanyi dan jika ia rosak atau hilang, memang tak boleh nak cari ganti," katanya ditemui pada sidang media Konsert Classical Treasures yang diadakan, di sini, semalam.

"Saya perhatikan, semakin ramai penonton bersorak dan memberi 'standing ovation', semakin seronok mereka menyanyi hingga memaksa diri untuk menjerit.

"Suara adalah aset buat penyanyi dan jika ia rosak atau hilang, memang tak boleh nak cari ganti," katanya ditemui pada sidang media Konsert Classical Treasures yang diadakan, di sini, semalam.

Konsert berkenaan bakal berlangsung pada 5 April depan bertempat di pentas berprestij, Dewan Filharmonik Petronas (DFP).

Syafinaz mengulas keghairahan finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-39 menarik vokal tinggi secara keterlaluan demi untuk memenangi hati penonton termasuk memburu trofi Vokal Terbaik.

Sebagai pendidik, penyanyi yang popular dengan lagu Ingin Bersamamu itu turut memperbetulkan salah faham orang ramai yang menganggap menyanyi dalam nada tinggi membuatkan seseorang penyanyi nampak lebih bagus dari penyanyi lain.

"Setiap penyanyi ada julat suara tersendiri. Ketinggian nada suara pula berbeza-beza.

"Mungkin tahap ketinggian suara penyanyi A tak sama dengan penyanyi B, tapi kedua-duanya masih boleh menyanyi dalam nada tinggi

"Tak salah menyanyi dalam nada tinggi, tapi kena ada nilai seni...

*Berita Harian


Multiple Polls: ( Max 3 choices ), Total 174 Users voted

Count down: 29559 Days11 Hours2 min.

Your User group have no permission to vote

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-2-2025 11:34 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2025 01:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Kadang2 nyaring sungguh rase. Sampai bingit
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2025 01:04 AM | Show all posts
Jerit2 kira okay la dari sengau2 lepas tu tetiba mengaum mcm raksaksa... (mengata biduanita) hahahah
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2025 01:17 AM | Show all posts
Tok ti pun pernah nyanyi tarik tinggi
Dayang apakan daya memang suara she range tak besar
Jac Victor pun nyanyi tarik setinggi langit

Yg bagi aku menyanyi tinggi dan bunyinya unhealthy adalah Marsha dan Ara Johari.

Si Aina Ernie Nadeera bunyi high note diorang sangat tinggi dan nyaring kerana masing2 punya jenis suara yang lebih halus tinggi.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2025 02:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Tariklah tinggi sampai langit 7 pun klu tak best lagunya tetap tak best.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-2-2025 03:36 AM | Show all posts
tarik tinggi tapi takde kemerduan, kelunakan... takde sape pon boleh lawan siti tarik tinggi tapi senyum2 effortless and natural gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2025 06:30 AM | Show all posts
Kat Malaysia mmg camni, sampai lagu jadi tak sedap sebab semuanya dah macam nak terberanak menyanyi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2025 07:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Meols restu lagu menjerit acik zena zen je yg sedap melodi nya. Lagu2 skrg meols tak dpt tangkap melodi nya sbb mcm sama je.

Sekian ulasan acik porum kertu
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2025 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Ena abedul tu kalau cover lagu Korea sedap je dengar sbb takde jerit2 mak lampir

Apa yg sedap tah retis2 kita asyik terpekik terlolong. Letih telinga yg mendengar. Tokpah tarik panjang takyah jerit lagu kuda lari tu paling best tarikan selesa ditelinga yg dengar... tp sakit dihati ini sbb aiol jeles nafas sheol panjang bebeno
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2025 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
sama je kau masa muda pun ada lagu jerit2 khuens.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2025 07:28 AM | Show all posts
bukan sebab tarik tinggi atau tak, tapi memang lagu sekarang susah nak carik yg sedap.lagu2 dulu pon ada tarik tinggi gak, tapi cuma ada part2 yg perlu tarik jer..bukan macam lagu sekarang,masing2 nak fokus kat part tinggi jer. kalau lagu2 dulu dari part mula lagu dah sedap melodi dia. payah nak cari lagu yg dari mula sampai abis lagu sedap sekarang ni.cuma lagu nadeera tu jer yg pada aku dari mula sampai abis sedap melodi dia.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2025 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kepompong at 20-2-2025 07:38 AM

Ini yang berlaku pada Stacy kan… peti suara rosak
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2025 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts
rayna_raynes replied at 20-2-2025 01:17 AM
Tok ti pun pernah nyanyi tarik tinggi
Dayang apakan daya memang suara she range tak besar
Jac Victo ...

Sbb tue iols tak berkenaan ngan penyanyi skrg.High note terjerit jerit bingit. Jerit bukan note ok
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2025 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Marsha kalu sayang sore harap jgn la lagi pakai method terjerit kalu note tinggi.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2025 08:05 AM | Show all posts
kepompong replied at 20-2-2025 07:31 AM
Ini yang berlaku pada Stacy kan… peti suara rosak

dia masuk2 af je dah belajar, diperkenalkan penting nya teknik suara.yakin je budak2 af ni bila af dah abis takde kesah nak sustain kelas vokal penyanyi mcm adele,ariana grande pun ada vokal coach kekdahnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2025 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul la tu. Ujung2 jerit sampai tak tau apa yg sedapnya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2025 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Marsha masa nyanyi lagu cinta tu ngeri aku tengok. Bingit betul. Pulak tu dia nyanyi sampai mencangkung2 aku risau terbobos je peranakan sheols atas stage tu.. Entah apa yang sedap tak tau la ramai yang puji masa tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2025 08:28 AM | Show all posts
Meols dah lama tak tengok AJL sebab ni la lagu-lagu bertanding akan jadi sepattern byk yang menjerit Rindu AJL by Kategori dulu-dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2025 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul la Kakak,dia igt asal jerit je sedap.eiii org nk enjoy lirik and music seiring.

Suara mendatar pon jika feel n penghayatan nya ckup.

Ya sampai di hati pendengar.

Jerit2 tpi x tau ape punca ,ape cerita lagu nk disampai.jadi bingitlaaaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 10:57 PM GMT+8 , Processed in 0.605845 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list