View: 17993|Reply: 11
|
‘It’s not cerdik bro, but stupid idea’, Caprice menempelak tindakan Ammar Nazhan
[Copy link]
|
|
Penyanyi rap, Caprice menempelak tindakan Ammar Nazhan berhubung kandungan palsu yang dimuat naik di platform media sosial awal bulan ini.
Menerusi satu siaran podcast bersama Ammar Nazhan atau nama sebenarnya Ammar Nazhan Noralyadi, 29, Caprice mempersoalkan perkara sebenar yang terjadi ketika rakaman dilakukan.
Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli kemudiannya berkata tindakan Ammar serta rakan-rakan untuk memuat naik kandungan palsu adalah tindakan kurang bijak kerana telah menimbulkan kegusaran orang ramai.
“For you to say Arasz is cerdik untuk buat konten hilang, minta maaf bro I have to disagree that.
“Sebab nak buat orang hilang will make people worry. It’s not a cerdik idea bro, it’s very stupid idea to get a talent to hilang secara umum,” ujar Caprice kepada Ammar.
Selain itu, Caprice turut bertanyakan adakah kemunculan pihak polis dan askar Indonesia yang berada dalam penstriman langsung ketika ‘kehilangan’ Eyka itu dibayar oleh produksi.
Justeru, Ammar Nazhan mendakwa, ketika rakaman dilakukan, pihak polis dan askar Indonesia yang berada dalam penstriman langsung tersebut adalah ‘gimik’ semata-mata namun tidak menerima sebarang bayaran.
“Yang itu (kemunculan polis dan askar) dia memang dah tahu tentang rakaman dan mereka cuma berlakon. Maksudnya mereka sudsh tahu itu adalah gimik. Cuma memang tidak dibayar atau apa-apa.
“Saya tanya Arasz, macam mana boleh yakinkan polis dan askar untuk berlakon, kalau nak tahu di sana memang banyak aktiviti paranormal lain sedang berlaku. Jadi polis dan askar ni memang ada di kawasan itu untuk pantau,” dakwanya.
Sebelum ini, tindakan Ammar menghasilkan kandungan palsu berhubung video yang mendakwa seorang lagi rakan mereka, Eykaa hilang di sebuah kawasan hutan di Bandung, wilayah Jawa Barat mendapat kecaman hebat dari orang ramai.
Bukan itu sahaja, tindakan Ammar dan rakan-rakannya juga mendapat perhatian kerajaan Republik Indonesia serta liputan meluas oleh pihak media negara tersebut.
Sumber : Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Kat dlm forum ni xgempar mana pun
Sapa pun xcaya  |
|
|
|
|
|
|
|
muka busuk kepam macam musibat ni pun ramai yang dok support & follow, siap dok berkubang serumah buat content macam gampang.. tak paham aku |
|
|
|
|
|
|
|
For a 29 yo to say "saya teruja" bila member bagi idea bodoh is very telling. Budak fries kepam ni iq dia single digit. |
|
|
|
|
|
|
|
aku kalau taip memang panjang nak maki dia ni
tolong la dakwa. macam2 benda dia langgar
bukan sekali dua buat kontroversi bodoh. merosakkan generasi muda |
|
|
|
|
|
|
|
Baik ko panggil antu kopek suruh sorok diri ko kat alam sebelah sampai bila2 dek.. aman sikit nurtizen dari konten bangang tak cukup akal ko tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mujur bini meolls dah stop mengandung, kalau x dah terkenan muka busuk kepam mamat neh... ekekekeke |
|
|
|
|
|
|
|
Dik kalau ko baca Komen ni
P mndi.berusla mana patot. Kusam sungguh |
|
|
|
|
|
|
|
Ruginya masa muda habiskan masa buat benda2 xde faedah dan menipu cmni. Ko makan banyak duit haram ke cmne sampai takleh beza content cerdik dengan bodoh |
|
|
|
|
|
|
|
Yang sekapal macam dia jugak yang support and follow.
Yang cantik jelitah hensem semua tu tak sebodoh itu untuk support n follow dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
Berani ke nak sebut bayar tentera n polis konoha? Mau x balik malaysia nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Ni dah ibarat, aku garu belakang kau, kau garu belakang aku balik. Ni pun stupid idea jugak, kepris. Tazzabar nak tunggu kifarah lain jadik kat ko mulut longkang. |
|
|
|
|
|
|
| |
|