CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6259|Reply: 5

Bayar Denda RM3,000…Kes Khalwat Ruhainies, Aliff Aziz Selesai?

[Copy link]
Post time 27-2-2025 01:51 PM | Show all posts |Read mode



Kes khalwat antara penyanyi Aliff Aziz dan pelakon Ruhainies dipercayai telah selesai selepas keduanya membayar denda sebanyak RM3,000 setiap seorang.

Memetik Xtra, difahamkan denda tersebut diputuskan menerusi prosiding yang berlangsung Jumaat lalu di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutusan tanpa pengetahun pihak media.

Pada Oktober tahun lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan menetapkan dua tarikh iaitu 20 dan 27 Februari 2025 bagi perbicaraan kes mereka yang didakwa atas pertuduhan berkhalwat di sebuah kondominium 9 Mac 2024.

Bagaimanapun, pada 20 Februari lalu kedua selebriti itu termasuk peguam yang mewakili mereka tidak hadir ke perbicaraan sekaligus kes ditangguhkan.

  


Malah, hasil semakan di senarai nama luar kamar mahkamah juga mendapati tidak tertera nama Ruhainies mahupun Aliff.

Sebelum ini, pada 3 Julai lalu Aliff dan Ruhainies, 32, mengaku tidak bersalah di mahkamah sama atas pertuduhan berkhalwat.

SUMBER: mStar Online, Rotikaya

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2025 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Okey boleh kawin.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2025 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
3 ribu je pun patutnya dr awal komer ngaku je la bersalah
Takyah nak spin sana sini ngabehkan duit bayo loyer segala.
Ramai je kan yg kena tangkap bayo denda pastu move on hidup cam biasa
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2025 10:31 AM | Show all posts
Shayang replied at 28-2-2025 09:43 AM
3 ribu je pun patutnya dr awal komer ngaku je la bersalah
Takyah nak spin sana sini ngabehkan duit b ...

ini pendapat i, ada kalanya ada org mmg x nak mengaku bersalah sbb dia yakin x salah. tapi proses undang2 ini mengambil masa panjang dan memerlukan duit. I nak bagi contoh, ada satu kes melibatkan org awam dengan penguatkuasa. org awam nie bila di bawa ke mahkamah dia mengaku tidak bersalah. so mahkamah tetapkan tarikh baru untuk bicara. benda ini berulang2 sehingga org awam ini dah buang masa hadir mahkamah dan melibatkan kos2 lain. benda ini berlaku sbb penguatkausa masih kekal dengan keputusan mereka dan tidak pernah nak buat siasatan lanjutan. akhirnya org awam ini mengaku salah juga sbb dah x larat. apa yg berlaku, dah kena bayar saman kemudian didenda lagi oleh mahkamah sbb dikatakan buang masa kerana sebutan kes berulang kali akhirnya mengaku juga.
so, dlm kes ini I rasa klu mereka tak mengaku pun, kes akan berpanjangan dan buang masa. keputusan penguatkuasa tetap tak berubah melainkan mereka 'ada bukti' lain sebaliknya. baik ngaku salah dari buang kos dan sebagainya.




Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2025 12:02 PM | Show all posts
takyah kawin la alip oi. main je lah. kau bukannya boleh bimbing isteri dan anak anak. main je tak yah kawin lain.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2025 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes last year lagi berapa hari nak masuk bulan puasa, keputusan kes tahun ni lagi sehari nak puasa. Lamanya kes, exbini dah hepi konten bersawang dgn yb, korang dua still menyepi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 05:45 PM GMT+8 , Processed in 0.749519 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list