View: 5981|Reply: 11
|
‘Kami Teliti, Ambil Masa’ – Lagu Duet Hael dan Aina Dijangka Siap Tahun Ini
[Copy link]
|
|
Penyanyi dan komposer, Hael Husaini, tidak menyangka versi demo lagu duetnya bersama Aina Abdul yang tular di media sosial mendapat sambutan yang luar biasa daripada peminat.
Hael, yang berusia 37 tahun, berkata mereka kini sedang mencari masa yang sesuai untuk menyelesaikan lagu tersebut bagi memastikan hasil akhirnya benar-benar berkualiti.
“Bahagian lagu yang tular itu hanya versi demo bersama Aina. Tak sangka versi pendek itu boleh menarik perhatian begitu ramai peminat.
“Sekarang kami sedang mencari masa yang sesuai untuk menyiapkan lagu ini sebelum dilancarkan secara rasmi,” katanya ketika ditemui pada majlis pertunjukan fesyen koleksi jenama Amber bertemakan ‘Raya Romantics’, baru-baru ini.
Hael juga tidak menolak kemungkinan lagu tersebut akan dilancarkan tahun ini, namun tetap menekankan pentingnya kualiti dalam setiap karya yang dihasilkannya.
“Saya dan Aina memang sangat teliti dalam setiap lagu, sebab itu prosesnya mengambil masa.
“Insya-Allah, peminat tidak perlu risau. Kami akan pastikan lagu ini siap dan dilancarkan dalam tahun ini,” tambahnya.
Terdahulu, peminat di laman X mulai bertanya mengenai perkembangan lagu tersebut selepas ‘teaser’ pendeknya tular di media sosial. Meskipun hanya berdurasi beberapa saat, ramai yang sudah jatuh cinta dan menjangkakan lagu itu bakal menjadi fenomena.
Sumber : Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
ada lagu raya dgn nadeera
lagu duet dgn aina
mantap hael |
|
|
|
|
|
|
|
kami nak duet ngan nadeera jerrrr |
|
|
|
|
|
|
|
Bila nya lagu hael dgn aina ni tular? Delulunya...
Yg aku tgk tular sana sini lagu raya Nadeera dgn Haelina. Sedap lagu tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Last2 x hits pun
Mcm lgu dia dgn fabian.. mcm sendu je kn |
|
|
|
|
|
|
|
Fabian tu siapa? Fabio Asher ke?
Mcm ok je lagu tu. MV official 1.1M views. Audio only kat YT Aina sendiri 1.6M views. So takdelah sendu mana.
Kat radio pun mcm selalu juga dengar.
So takdelah kira flop.
|
|
|
|
|
|
|
|
tak sendu lah. viral jua di tiktok. baru2 ni menang lagi di Gempak Most Wanted Awards. Filem pun baru je launching. ko nak letop macam mana lagi dekk?
|
|
|
|
|
|
|
|
esprito193 replied at 28-2-2025 09:02 PM
tak sendu lah. viral jua di tiktok. baru2 ni menang lagi di Gempak Most Wanted Awards. Filem pun b ...
Yeke sbb dia mcm x berapa hype mcm lagu masing2, tergamaknya kau, rahsia tuhan dgn lagu ara johari tu
So iols consider sendu sbb iols jrg dgr kat medsoc… n smpi skg org kata aina xde lagu hits.. so mngkin lgu tu xleh ckp sendu lah cuma kurang hitss |
|
|
|
|
|
|
|
rayna_raynes replied at 28-2-2025 08:53 PM
Fabian tu siapa? Fabio Asher ke?
Mcm ok je lagu tu. MV official 1.1M views. Audio only kat YT Aina ...
Oh faham dia x flop cuma x hits mcm lagu masing2, lagu nadeera, ara johari |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by rayna_raynes at 28-2-2025 09:42 PM
lagu duet kalau dgn penyanyi antara negara memang lambat sikit lah nak diterima lagi2 kalau penyanyinya jarang buat persembahan bersama.
Sedangkan lagu Seluruh Cinta tokti dengan cakra khan tu pun tak dikenali di Indo sampailah ada sinetron buat jadi lagu tema selepas 5 tahun lagu tu release. Lagu Rossa & Hafiz pun lepas beberapa tahun barulah orang Indo tahu.
Aku baru check, lagu tu ada 8 juta lebih stream di Spotify. Lagu MJOL Ara 5+ million, Nadeera pun dalam 3+ million.
|
|
|
|
|
|
|
|
Lawo je haaa aina pakai bju kuning tu. Kalau x overdress kan nmpk elegan gini. Ni semedang nk oberdress plus nyanyi terjerit2 tu serabut aihhh |
|
|
|
|
|
|
|
ini je lah modal haters ye. kalau tak pasal baju mesti pasal jerit.LOL
|
|
|
|
|
|
|
| |
|