CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3516|Reply: 0

Kes curi kamera babit Adzrin Ameruddin selesai cara baik

[Copy link]
Post time 28-2-2025 12:22 PM | Show all posts |Read mode


Insiden penyanyi Adzrin Ameruddin didakwa mencuri sebuah kamera ketika menghadiri majlis perkahwinan pada 15 Februari lalu berjaya diselesaikan secara baik.

Menjelaskan mengenai perkara itu, wakil kepada syarikat pengurusannya iaitu Take Five Record memaklumkan Adzrin dan wanita dikenali sebagai Nureen Iman sudah bersua muka dan mencapai kata sepakat pada Selasa lalu.

Malah pertemuan mereka itu berlangsung baik dan turut disertai pihak berkuasa dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.

"Dua hari lepas kami ada berjumpa dengan pihak berkenaan bersama-sama Inspektor di IPD Putrajaya.

"Kedua-duanya sudah memberi keterangan yang lebih jelas kepada pihak berkuasa dan mereka berpuas hati resolusi ini.  Semuanya sudah selesai," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, pemilik akaun X itu juga akan menurunkan segala hantaran yang menjadi punca kekecohan tersebut agar nama Adzrin kembali bersih.

"Hantaran yang tular itu pula dijanjikan akan diturunkan dalam dua atau tiga hari lagi.

"Pihak berkenaan juga ada memuat naik kenyataan rasmi dari kami. Alhamdulillah semuanya diselesaikan secara baik," kongsinya.

Sebelum ini, seorang individu meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Adzrin, 25, yang didakwa mengambil kamera miliknya dalam majlis yang dihadiri.

Namun sehingga kini Adzrin masih lagi mengunci mulut dari mengeluarkan sebarang kenyataan.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.673437 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list