CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11965|Reply: 6

[Jenayah] Enam tertuduh kes Zulfarhan dijangka keluar 4 tahun lagi – Peguam

[Copy link]
Post time 28-2-2025 10:03 PM | Show all posts |Read mode



PUTRAJAYA – Pihak pembelaan memaklumkan enam tertuduh yang dihukum penjara 18 tahun, kerana membunuh tanpa niat Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain dijangka selesai menjalani hukuman empat tahun lagi.

Mengesahkan perkara itu, peguam, Datuk Seri M. Ramachelvam yang mewakili salah seorang perayu berkata, semua bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sepatutnya menjalani hukuman penjara 18 tahun namun tempoh itu dikurangkan kepada 12 tahun sekiranya berkelakuan baik.

Beliau berkata, memandangkan mereka telah ditempatkan di penjara sejak tahun 2017, maka mereka masih ada baki empat tahun sahaja lagi untuk menyelesaikan hukuman itu.

Katanya, ia berdasarkan pertimbangan hukuman pemenjaraan dikurangkan satu per tiga daripada jumlah hukuman.

“Mereka insaf dan mengaku tidak sengaja melakukan kesalahan berkenaan sehingga membawa kepada kematian Zulfarhan. Ini merupakan pengalaman pahit buat mereka, namun mereka menyesal dengan perkara yang berlaku.

“Mereka juga sangat malu dengan perbuatan sendiri kerana menyebabkan kematian arwah lapan tahun lalu,” katanya.

Tambahnya, perbuatan tersebut dilakukan ketika mereka masih muda maka hukuman pemenjaraan itu akan memberi keinsafan kepada mereka.

Beliau memohon semua pihak memberi mereka peluang untuk memulakan kehidupan bahawu dan menyumbang kepada masyarakat.

Sementara itu, peguam, Amer Hamzah Arshad yang mewakili dua daripada enam tertuduh iaitu berkata, dalam kes ini tiada pihak yang menang atau kalah kerana Zulfarhan sudah meninggal dunia.

“Mereka sudah hilang masa depan malah sedang menjalani hukuman,” katanya.

Terdahulu enam bekas UPNM bernasib baik apabila terlepas hukuman gantung dan dipenjara 18 tahun kerana didapati bersalah menyebabkan kematian tanpa niat Zulfarhan oleh Mahkamah Persekutuan di sini hari ini.

Keenam-enam bekas penuntut itu ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd. Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd. Ali.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Hakim Besar Malaya Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim selepas mengembalikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan mengetepikan hukuman gantung sampai mati yang diputuskan Mahkamah Rayuan sebelum ini.

Sumber – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2025 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Imkhai at 28-2-2025 10:14 PM

Xada menang kalah ko ckp sial,mangsa dh mati dia dh kalah disebabkn sial2 6ekor ni,mak ayah fmly mangsa dh kalah utk tegakkn keadilan utk arwah,ko dan anak guam ko mmg elok la korang sama2 duk dlm neraka jahaman sana sial
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2025 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Bahaya gila kasi keluar. Tak ada niat apanyer
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2025 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
"Sementara itu, peguam, Amer Hamzah Arshad yang mewakili dua daripada enam tertuduh iaitu berkata, dalam kes ini tiada pihak yang menang atau kalah kerana Zulfarhan sudah meninggal dunia"

Takde hati perut langsung ke apa? Ingat family arwah tunggul takde perasaan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2025 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
May All of u rotting in hell????????????????????
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2025 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
1 mlysia benci 6 jhanam ni. Dlm byk2 kena maki, maybe terkena panahan ain pada 6 org ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2025 12:16 AM | Show all posts
harem J..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.233398 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list