View: 9222|Reply: 3
|
Hael Husaini Tak Merajuk Tapi Nak Tumpu Buat Lagu Penyanyi Lain
[Copy link]
|
|
DALAM dunia muzik, mencipta sebuah karya yang mampu menyentuh hati pendengar adalah satu kepuasan yang sukar digambarkan.
Bagi Hael Husaini, setiap lagu yang dihasilkan bukan sekadar gabungan melodi dan lirik, tetapi sebuah manifestasi emosi dan kreativiti yang ingin dikongsi dengan pendengar.
Kejayaan demi kejayaan yang diraih hasil ciptaannya membuktikan dia bukan sekadar penyanyi berbakat, tetapi juga seorang komposer yang terus mencorak industri muzik tempatan dengan sentuhan magisnya.
Sambutan positif terhadap lagu-lagu ciptaannya menjadi dorongan buat Hael untuk terus berkarya, malah dia berasa terharu melihat bagaimana muziknya diterima dengan baik oleh peminat dan penggiat industri muzik.
Terbaru, lagu ciptaannya bersama Iqie Hugh berjudul Bukan Lagi Kita yang didendangkan oleh Nadeera Zaini berjaya meraih tempat kedua di Anugerah Juara Lagu Ke-39 (AJL39) baru-baru ini.
"Walaupun saya masih menyanyi dan meneruskan kerjaya seperti biasa dengan mengeluarkan lagu sendiri, keutamaan saya tetap pada penciptaan karya untuk dinyanyikan oleh artis lain.
"Kepuasan terbesar saya adalah apabila lagu-lagu ciptaan saya mendapat sokongan ramai. Sebagai contoh, di AJL39 baru-baru ini, melihat karya 'comeback' saya selepas empat tahun diterima baik adalah sesuatu yang sangat bermakna," katanya.
Hael berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis Amber Raya Romantics yang berlangsung di Hotel Majestic Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dalam usaha memperkukuhkan lagi kedudukannya sebagai komposer, Hael memberitahu, tahun ini dia ingin memberi lebih fokus kepada penghasilan karya baharu bagi memenuhi permintaan rakan-rakan artis yang ingin bekerjasama dengannya.
Namun, Hael menegaskan bahawa keputusannya ini bukan bermakna dia mahu berhenti menyanyi atau tidak lagi bersaing di pentas AJL sebagai penyanyi.
"Tiada istilah merajuk kerana bagi saya, AJL adalah antara platform yang memperkenalkan nama 'Hael Husaini' kepada seluruh rakyat Malaysia.
"Cuma, dalam perancangan akan datang, saya mahu memperbanyakkan lagi karya agar janji kepada rakan-rakan artis yang ingin bekerjasama dengan saya sebelum ini dapat ditunaikan," katanya.
Selain terus aktif dalam dunia nyanyian, Hael juga mahu memberi lebih tumpuan kepada syarikatnya yang kini semakin berkembang, khususnya dalam bidang penerbitan dan penciptaan lagu.
"Bukanlah bermaksud saya mahu berhenti sepenuhnya daripada jenama 'Hael Husaini' sebagai penyanyi, tetapi tahun ini saya ingin lebih fokus kepada syarikat sendiri yang sedang saya usahakan secara perlahan-lahan.
"Saya mahu memberi perhatian kepada penerbitan dan penciptaan lagu kerana sudah empat tahun saya tidak menghasilkan karya sejak Peluang Kedua untuk Nabila Razali.
"Ketika itu, ramai artis yang ingin bekerjasama, tetapi kami tidak berkesempatan untuk merealisasikannya. Jadi, insya-Allah tahun ini saya ingin cuba memenuhi hasrat tersebut," katanya.
Sumber: Harian Metro
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Duduk je la belakang tabir hael oi. Akak malu bila tengok ko, sebab dulu pernah minat bakat ko. Kah kah. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by September14 at 2-3-2025 02:46 AM
Sblmni dia sllu mng n masuk ajl ramai yg x puas hati tmasuk acik forum… lpstu dia mcm sendu skit… nsb bek skg dia muncul blik dgn lgu hits n tbukti dia antra komposer muda tbaik.
Kdg2 org mengecam smpai menjatuhkan karier org padahal org tu bagus… skg mcm nak jatuhkan si aina lak… |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa akak malu? Akak tak pakai seluar ka?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|