View: 23879|Reply: 6
|
[Dunia]
Suami sempat buat live jual baju di hospital sambil tunggu isteri bersalin
[Copy link]
|
|
BANGKOK – Sebuah video tular di media sosial memaparkan gelagat seorang lelaki menjual baju secara penstriman langsung ketika isterinya berada di dalam dewan bersalin, lapor laman berita Must Share News hari ini.
Berdasarkan video yang dimuat naik di platform TikTok, lelaki tersebut dilihat duduk di atas bangku tempat menunggu di hospital.
Dengan meletakkan telefon bimbit pada alat pemegang peranti, dia mempromosikan beberapa helai pakaian secara live.
Berdasarkan keterangan, lelaki tersebut dikatakan sedang menanti isterinya yang sedang bertarung nyawa di dalam dewan bersalin.
Dia menggunakan waktu tersebut untuk menjual pakaian bagi mendapatkan wang sebagai persediaan kelahiran anaknya.
Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen dengan rata-rata memberi kata-kata semangat kepada lelaki tersebut.
Seorang pengguna media sosial kemudian tampil memberitahu akaun lelaki tersebut bagi membolehkan orang ramai membantunya membeli barangan yang dijual.
“Ini rakan saya. Dia sangat rajin dan saya harap anda semua menyokongnya. Dia kini menjual pakaian ‘pre-loved’,” kata komen itu.
Selepas menyedari videonya menjadi tular, lelaki tersebut memuat naik hantaran yang menyatakan penghargaan atas sokongan orang ramai kepadanya.
“Terima kasih atas semua sokongan anda. Saya tidak tahu apa yang perlu dikatakan. Terima kasih atas kemurahan hati anda,” katanya.
Sumber: Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Peniaga bundle skrg byk main platform mana? Sbb TT dah makin agresif
Ramai kena benam, ada yg dh beralih kat rumah biru.
|
|
|
|
|
|
|
|
'Dia menggunakan waktu tersebut untuk menjual pakaian bagi mendapatkan wang sebagai persediaan kelahiran anaknya.'
Semoga dipermudahkan dek. Harap jangan jadi macam sorang tu, dah masuk sepital mahal lepas tu baru perasan tak mampu bayar.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sementara tgu isteri bersalin..dan Selagi doc x panggil masuk, kira bgus la isi lapang dr main games kat nset...- bkije jugak tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Rajin kerja...acik suka.
Kita bipoti kena work hard |
|
|
|
|
|
|
|
Bagusnyaa respect org macam ni |
|
|
|
|
|
|
|
ok la tu ada gak pekdahnya dari menung sesaje |
|
|
|
|
|
|
| |
|