View: 4071|Reply: 3
|
Nak pengsan dalam lif, Julia Farhana ada masalah klaustrofobia
[Copy link]
|
|
Julia Farhana berdepan detik cemas apabila dirinya hampir pitam akibat masalah klaustrofobia iaitu perasaan takut atau fobia ketika berada dalam ruangan sempit.
Cerita Julia atau Julia Farhana Marin, 31, ketika itu dia tergesa-gesa hendak ke surau tanpa menyedari dia memasuki lif bersendirian tanpa teman.
"Saya rakam video ini sebab saya sedang bergelut dengan klaustrofobia.
"Saya tergesa-gesa nak pergi surau, masuk lif laju, kunci diri saya dalam dan saat ia bergerak perlahan... saya panik.
"Saya baru sedar saya terkunci dalam ruang sempit tanpa ada tempat untuk pergi," katanya.
Julia berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya yang memaparkan dia bersendirian semasa berada di dalam sebuah lif.
Menurut Julia, disebabkan berasa cemas dia mengalihkan perhatian dengan merakamkan keadaan lif yang bergerak ketika itu.
Pun begitu, dia bersyukur kerana masih boleh melihat pemandangan luar lif sekali gus memberinya sedikit ruang untuk bernafas.
"Saya rakam diri sendiri supaya saya boleh tenang dan sibukkan diri, nasib baik pintu lif semua kaca.
"Kalau tidak... mereka mungkin akan jumpa saya terbaring di situ sebab itu kalau ke mana-mana saya suka berteman dan menemani. Kita tak pernah tahu," ujarnya.
Sekadar info, klaustrofobia merujuk kepada ketakutan yang melampau atau kebimbangan terhadap ruang sempit dan tertutup.
Mereka yang menghidap klaustrofobia akan berasa cemas atau panik apabila berada di dalam situasi seperti lif, bilik kecil, atau tempat yang terkurung.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
tak faham. krik krik. habis selama ni naik lif kena berteman ke mcm mana |
|
|
|
|
|
|
|
Tak akan naik lif yang kosong.
|
|
|
|
|
|
|
|
Lantak hg la ada fobia apa pun xdk sapa kesah.... dh la xlawa... gusi dgn gigi smua parking kt luar. Pegi mampos la dgn laki hg duda tiak basah tu mwahaha |
|
|
|
|
|
|
| |
|