CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7132|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Pengasuh dipenjara 12 bulan kerana toreh pipi budak

[Copy link]
Post time 6-3-2025 11:32 AM | Show all posts |Read mode



Seremban: Pengasuh dijatuhi hukuman penjara 12 bulan atas pertuduhan menganiaya atau bertindak cuai terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun hingga menyebabkan kecederaan fizikal, tahun lalu.

Hakim Datin Surita Budin menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Siti Nur Syafiqah Abdul Rahman, 23, yang membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Mahkamah turut memerintahkan Siti Nur Syafiqah menyempurnakan bon berkelakuan baik dengan cagaran RM1,000 dengan seorang penjamin, jika gagal bayar cagaran tertuduh boleh dipenjara dua bulan.

Selain itu, Surita turut mengarahkan hukuman penjara ditetapkan bermula dari tarikh tangkapan pada 5 November 2024 dan tertuduh diperintah menjalani khidmat masyarakat selama 120 jam dalam tempoh enam bulan selepas selesai hukuman penjara.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menganiaya atau bertindak secara cuai hingga menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal iaitu mencakar, menoreh pipi kanan serta mencubit tangan (kesan lebam).

Kesalahan itu dilakukan lebih kurang 12 tengah malam, 4 November 2024 di sebuah bilik sewa di Jalan BBN 1/3K Putra Point Nilai, Nilai.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara yang boleh sampai 20 tahun atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Norazihah Asmuni dalam hujahannya berkata tertuduh sebagai pengasuh yang diberi amanah menjaga mangsa yang ketika kejadian berusia tiga tahun telah menggunakan pisau sehingga mendatangkan kecederaan.

"Mohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat mengambil kira kepentingan awam," katanya.

Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Muhammmad Hafiz Leman yang mewakili tertuduh memohon hukumam penjara minimum dan memberitahu tertuduh berasal dari Sarawak dan datang ke Semenanjung untuk mencari rezeki bagi membantu keluarga.

"Tertuduh dijanjikan upah RM600 bagi seorang anak tetapi telah menjaga tiga beradik termasuk mangsa dengan bayaran hanya RM600.

"Saya percaya mangsa tidak mengalami kecederaan serius dan telah sembuh, tertuduh telah insaf dan akan berhati-hati pada masa hadapan," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 09:52 PM GMT+8 , Processed in 0.502347 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list