CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7668|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Pihak berkuasa ketatkan pemantauan susulan penemuan bangkai babi di Bukit Pelanduk

[Copy link]
Post time 6-3-2025 11:35 AM | Show all posts |Read mode


Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun menjawab pertanyaan wartawan semasa sidang media di Wisma Negeri, hari ini. FOTO BERNAMA

Seremban: Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan (JPVNS) dan pihak berkuasa negeri perlu meningkatkan pemantauan serta penguatkuasaan di kawasan Bukit Pelanduk, Port Dickson susulan penemuan 100 bangkai babi di situ, hari ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pihaknya menerima laporan penemuan bangkai itu di kawasan kelapa sawit yang merupakan tanah persendirian daripada orang awam.

"Saya sekali lagi mengingatkan JPVNS dan pihak berwajib termasuk polis untuk memperketat penguatkuasaan di kawasan berkenaan. Tiada pemeliharaan babi di Bukit Pelanduk tetapi ada bangkai haiwan itu dihantar ke situ.

"Ini memberikan kesan tidak baik kepada pemilik tanah dan saya tidak mahu kawasan itu menjadi kawasan pembuangan seperti ini, kerana isu ini sensitif kepada penduduk," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco, di sini, hari ini.

Aminuddin turut menyifatkan tindakan pembuangan bangkai itu sebagai kurang hormat dan mahu perbuatan tersebut dihentikan kerana bangkai mengeluarkan bau busuk, berisiko kepada kesihatan manusia dan menyebabkan pencemaran alam sekitar.

Sebelum ini, penemuan bangkai babi pernah dilaporkan berlaku di kawasan Site A Tanah Merah, Port Dickson menerusi aduan bau busuk diterima JPVNS pada 13 Februari, kemudiannya membawa kepada kewujudan lubang pembuangan sisa ternakan itu.

Susulan itu, JPVNS melaksanakan aktiviti nyah kuman di lokasi berkenaan bagi mengelakkan penyebaran penyakit daripada sisa haiwan itu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 11:19 PM GMT+8 , Processed in 0.210794 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list