CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9718|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Wadah Satu Hati BH bantu OKU hidap kanser otak

[Copy link]
Post time 6-3-2025 11:40 AM | Show all posts |Read mode

SHAMSHUL Azree (kiri) menyampaikan kepada Muhamad Alif. FOTO Mohd Amin Jalil.

Seremban: Berita Harian (BH) hari ini menyerahkan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan asas kepada lelaki orang kurang upaya (OKU) yang menghidap tiga penyakit termasuk kanser berkaitan saraf otak tahap terakhir.

Sumbangan menerusi program #BHNakTanya - Wadah Satu Hati itu adalah antara pengisian Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) BH dengan kerjasama Mitraland dengan memberi sokongan kepada individu menghadapi pelbagai cabaran dalam hidup.

Muhamad Alif Abd Nasir, 30, berasal dari Felda Jelai Gemas, Negeri Sembilan menghidap Gliobastoma Multiform (kanser otak) dan Myasthenia Gravis yang mula dihidapi sejak 2018 dan 2020.

Dia yang juga anak bongsu daripada enam beradik berkata, penyakit dihidapinya itu mula dikesan sejak kecil bermula dengan demam dan sakit kepala berpanjangan menyebabkan dia lesu dan tidak bertenaga.

"Pada 2018, saya mengalami sakit kepala teruk dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah serta ditidurkan selama tiga bulan.

"Di situlah saya tahu ada kanser dan penyakit lain. Keadaan itu menyebabkan saya tidak boleh melakukan sebarang pekerjaan.

"Sebelum itu iaitu ketika keadaan tidak serius, memang saya ada hasrat untuk bekerja tetapi terpaksa menjaga ibu yang tidak sihat sehingga ibu meninggal dunia," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.

Sumbangan itu diserahkan oleh Pengarang Hiburan BH, Shamshul Azree Samshir.

Muhamad Alif adalah penerima ketiga CSR berkenaan.

Terdahulu sumbangan menyambut Ramadan diserahkan kepada tiga anak bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Allahyarham Muhammad Basir Abu Bakar disusuli sumbangan kepada sepasang suami isteri warga emas yang menjaga anak OKU sejak 41 tahun lalu.

Muhamad Alif berkata, kedua-dua ibu bapanya telah meninggal dunia iaitu bapa pada 2001 dan ibunya pada 2015.

Menurutnya, ketika ini beliau mempunyai banyak temujanji rawatan dengan Hospital Besar Kuala Lumpur dan Hospital Tuanku Ja`afar (HTJ) Seremban.

"Saya menggunakan laman sosial Tiktok sebagai usaha mendapatkan pendapatan, tapi kebelakangan ini ia terganggu sekali gus sukar mencari wang untuk keperluan harian terutama bagi membeli susu dan urusan rawatan di hospital.

"Seorang individu dari Johor Bahru bersimpati dengan membenarkan saya mendiami rumahnya di taman ini.

"Selepas berpindah ke sini, lebih mudah saya ke hospital berbanding di Gemas yang agak jauh," katanya yang mula berpindah ke rumah itu sejak 10 hari lalu.

Dia yang tinggal berseorangan hanya bergantung kepada susu yang memerlukan sekitar 10 tin sebulan selain mesin oksigen.

"Saya perlu makan makanan yang lembut, tapi tak boleh banyak kerana khuatir ia boleh memberi kesan kepada paru-paru," katanya

Muhamad Alif berkata, beliau memerlukan perbelanjaan sekitar RM3,000 sebulan namun sukar menyediakannya kerana tiada pendapatan.

"Memang sukar bagi saya menyediakannya kerana hasil daripada Tiktok dapat RM2 atau RM3 sehari.

"Tambahan pula saya hanya boleh bergerak dalam 30 minit sehari dan selebihnya menggunakan kerusi roda.

"Kaki saya mudah lemah dan berisiko jatuh, sebab itu banyak masa di kerusi roda," katanya yang akui perlu tabah menghadapi keadaan itu bagi meneruskan kehidupannya.

Beliau bersyukur pihak BH tampil membantu ketika dirinya hampir terputus bekalan makanan dan tanpa wang saku.

"BH tampil di saat susu saya tinggal satu tin dan tiada wang saku, memang sangat tepat.. Terima kasih kepada BH kerana berkongsi dengan saya.
"Rasa tak dapat nak kata besar ertinya sumbangan ini. Terima kasih BH," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 10:36 PM GMT+8 , Processed in 0.074641 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list