CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5938|Reply: 0

[Johor] Tiga sabahat bebas pertuduhan edar, miliki methamphetamine

[Copy link]
Post time 7-3-2025 07:43 AM | Show all posts |Read mode


Mahkamah Tinggi di sini, hari ini melepas dan membebaskan tiga lelaki daripada dua pertuduhan mengedar dan memiliki methamphetamine. FOTO Izz Laily Hussein

Johor Bahru: Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini melepas dan membebaskan tiga lelaki daripada pertuduhan mengedar serta memiliki dadah jenis methamphetamine, enam tahun lalu.

Hakim Datuk Abu Bakar Katar membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap ketiga-tiga tertuduh iaitu S Purusothaman, 42; K Puvanisveran, 58, dan R Viknesh, 39, di akhir kes pendakwaan.

Dalam penghakimannya, mahkamah berpendapat premis merah dan ladang yang juga lokasi kejadian boleh diakses oleh orang lain selain ketiga-tiga tertuduh.

Beliau berhujah, keterangan saksi pendakwaan sendiri mengesahkan ada orang lain yang boleh mengakses premis merah dan ladang terbabit.

"Penemuan dadah dalam premis itu juga tidak memadai untuk mengaitkan tertuduh pertama dengan kawalan atau jagaan dadah berbahaya. Tiada keterangan lain yang menunjukkan siapa dan bila barang kes itu diletakkan sebelum tarikh serbuan.

"Mahkamah juga berpendapat penemuan anak kunci semata-mata tidak memadai untuk mengaitkan tertuduh kedua dengan dadah berbahaya yang dijumpai dalam premis berkenaan.

"Malaah, mahkamah berpendapat pendakwaan gagal membuktikan ketiga-tiga tertuduh mempunyai kawalan atau jagaan atas dadah berbahaya yang menjadi teras kepada dua pertuduhan itu termasuk pemilikan dadah," hujahnya.

Berikutan itu, mahkamah melepas dan membebaskan semua tertuduh daripada dua pertuduhan dihadapi mereka tanpa dipanggil membela diri.

Bagi dua pertuduhan itu, mereka yang sebelum ini bekerja sebagai penternak didakwa bersama-sama mengedar dadah jenis methamphetamine dengan berat bersih 6.20 kilogram dan memiliki cecair mengandungi methamphetamine dengan isipadu bersih 58.68 liter.

Kedua-dua pertuduhan itu didakwa dilakukan di premis tidak bernombor di Kampung Pengkalan Batu, Mersing kira-kira jam 4.10 petang pada 28 Ogos 2019.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 398(2) akta sama yang dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati atau jika tidak dijatuhkan hukuman mati, hendaklah dipenjara seumur hidup dan disebat minimum 12 kali.

Mereka turut didakwa mengikut Seksyen 12(2) ADB 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama yang dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000 atau dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Seramai tujuh saksi pendakwaan dikemukakan sepanjang perbicaraan yang bermula pada 2023.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Juanita Mohd Said, manakala Purusothaman diwakili peguam G Subramaniam Nair dan VS Selvanteran.

Manakala Puvanisveran dan Viknesh, mereka diwakili peguam Sangeet Kaur Deo, Harshaan Zamani serta K Ganeraja.


sumber : hmetro



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.063586 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list