CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20376|Reply: 15

[Tempatan] Tak Perlu Berlari Dan Melompat, Buat Senaman Gerakan Mudah Nak Hilangkan Perut Buncit!

[Copy link]
Post time 8-3-2025 06:07 PM | Show all posts |Read mode


Masalah perut buncit mungkin dianggap remeh bagi sesetengah individu di Malaysia. Ini boleh dilihat apabila wujud perumpamaan seperti ‘perut buncit tanda bahagia” yang percaya seseorang yang bahagia boleh dilihat melalui perutnya yang boroi.

Bagaimanapun, tidak semua orang mengambil ringan tentang perkara itu kerana ia boleh menjejaskan penampilan selain perut buncit juga menandakan bahaya terhadap kesihatan.

Individu-individu yang ingin mencegah masalah perut buncit ini kebiasaannya akan mengamalkan gaya hidup sihat seperti menjaga pemakanan serta melakukan senaman dan sukan seperti berlari, berenang, berbasikal dan banyak lagi.

Lelaki kongsi senaman mudah untuk hilangkan masalah perut buncit

Pun begitu, seorang influencer yang sering berkongsi petua dikenali sebagai Mahadi Abdullah telah berkongsi senaman yang dapat membantu menghilangkan masalah perut buncit.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya (@mahadiabdullah07), dia berkata senaman itu tidak memerlukan pergerakan yang banyak dan susah.

“Perut buncit jadi rata hanya dengan satu pergerakan, tanpa perlu berlari dan tanpa perlu melompat,” katanya.
Posisi senaman hanya turun, naik dan gerak badan kiri, kanan

Tunjuknya di dalam video, posisi senaman itu hanyalah berdiri dan menolak kedua-dua belah tangan ke atas.

Kemudian turunkan badan sedikit ke bawah seperti ingin mencangkung sebelum naik semula dan pusingkan badan ke kiri dan ke kanan. Katanya, lakukan langkah tersebut berulangkali.

Jika ingin mengetahuinya dengan lebih jelas, sila tonton video di bawah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-3-2025 07:59 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2025 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Peyut dia moncet ka tu?
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2025 06:20 PM | Show all posts
Perut buncit sebab makan banyak melebihi kapasiti perut rata. Satu lagi habit mengembungkan perut jd penyebab, sebab itu sentiasa kempiskan perut membantu. Habit dulu kena btulkan. Lepas tu barulah exercise boleh repair perut buncit... tetapi semua itu jadi sia-sia bila tak boleh hentikan makan sampai kembung perut
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2025 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
peyut dia pun tak rata
acaner

serupa founder jual produk timbang kilo tapi pakai la mer
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2025 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu bukan perut dia, tapi lipatan kain pelikat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-3-2025 09:10 PM | Show all posts
Kurangkan gula n carb. Makan mulakan dgn sayur dulu. Amalkan IF at least sekali dua dlm seminggu. Lps tu baru exercise.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2025 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Lelaki mana boleh pakai gelang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2025 10:35 PM | Show all posts
so berkesan ke

selagi tak jaga makan jgn harap la nak hilang boroi tu ye acik2 semua
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2025 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak herlokk
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2025 06:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantik kulit dia. Drop ur skincare routine, brotha
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2025 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Freezies at 9-3-2025 05:39 PM

Dh senam jangn pulak mencekik tak ingat dunia.
memang tak kempis2 la perut kau.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2025 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
hiswife replied at 9-3-2025 06:31 AM
Cantik kulit dia. Drop ur skincare routine, brotha

Filtahhhhhh. Yu ken duit..
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2025 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
people with hormonal issues buat lah apa pun..selagi tak get your hormons back in balance, apa pun tak jadi..
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2025 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
hiswife replied at 9-3-2025 06:31 AM
Cantik kulit dia. Drop ur skincare routine, brotha

Kau buta ke sissy? Obviously tu filter tiktok sissy.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2025 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
mzzenma replied at 9-3-2025 07:26 PM
people with hormonal issues buat lah apa pun..selagi tak get your hormons back in balance, apa pun t ...

This, sissy! Ini faktanya ekceli sissy. Tahniah kau bijak sissy.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Seramai 383,637 peminjam PTPTN tidak pernah bayar pinjaman. adakah korang salah seorang? Dewan Negara: Pertimbang kembali sekat perjalanan peminjam
RalineSeramai 383,637 peminjam PTPTN tidak per
Views : 3252 Replies : 26
Bekas pelakon filem dewasa solat jemaah dan buka puasa di masjid Sendayan
RalineBekas pelakon filem dewasa solat jemaah
Views : 11648 Replies : 11
Atikah Suhaime ambil pakej pantang 28 hari pun kena kutuk, patut ambil 44 hari kata netizen
RalineAtikah Suhaime ambil pakej pantang 28 ha
Views : 2276 Replies : 7
Tinggalkan Malaysia, Ben Amir Menetap Di Pulau Siargao Filipina
RalineTinggalkan Malaysia, Ben Amir Menetap Di
Views : 6482 Replies : 20
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 165476 Replies : 1664
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 113672 Replies : 1810
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 222325 Replies : 7672
Lemak bakar 60 kg sehari
tatodLemak bakar 60 kg sehari
Views : 16190 Replies : 20
Pelajar PhD 'lumpuhkan' dan rogol lebih 50 wanita
RalinePelajar PhD 'lumpuhkan' dan rogo
Views : 14620 Replies : 42
Ahh sudah, landlord mengorat Ngai lagi... (Pg. 170)
maklukpenggodaAhh sudah, landlord mengorat Ngai lagi..
Views : 112087 Replies : 3733

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 11:08 AM GMT+8 , Processed in 0.071106 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list