CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16061|Reply: 9

[Tempatan] Berita malam seram:Orang tu dah ‘tepek’ gambar dia di MyKad aku dan guna untuk beli IPhone 16 Promax 1 TB 14k...Lelaki Terkejut MyKad kena klon

[Copy link]
Post time 8-3-2025 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Seorang lelaki terkejut apabila mendapati terdapat rekod pembelian iPhone 16 Promax 1 TB di sebuah kedai di Cheras menerusi pembiayaan pinjaman sebuah syarikat pinjaman berlesen menggunakan MyKad miliknya yang diklon.



Mohamad Hafis Aliaziz berkata, perbuatan itu dapat dikesan ketika dia mahu menyemak jumlah mata ganjaran oleh syarikat berkenaan menerusi aplikasi.

Aku tahu MyKad kena klon ni bila aku semak dalam aplikasi, tiba-tiba ada pinjaman beli Iphone 16 Promax 1 TB lebih RM14,000.

“Tahun 2013, aku pernah hilang MyKad bila rumah kena masuk pencuri. Dompet dan telefon hilang. Jadi aku ada buat laporan tentang kes tu dulu,” katanya menerusi media sosial.

Namun katanya, kisah itu muncul kembali apabila terdapat penggunaan MyKad miliknya tetapi dengan wajah orang lain.

“Orang tu dah ‘tepek’ gambar dia di MyKad aku dan guna untuk beli IPhone 16 Promax 1 TB di sebuah kedai di Cheras secara pembiayaan pinjaman.

“Lepas aku buat laporan dekat kedai dan syarikat terbabit, terkejut (mereka) tengok gambar MyKad aku berwajah orang lain,” ujarnya.

Menurut Mohamad Hafis, selain dua laporan polis, aduan ke Jabatan Pendaftaran Negara turut dibuat sebagai perlindungan diri dan tiada lagi penyalahgunaan MyKad miliknya.

“Mengikut polis, kes macam ni susah nak ambil tindakan sebab mereka pun tak tahu dekat mana orang tu berada.

“Tak tenang hidup aku macam ni. Mana tahu esok-esok dia buat benda bukan-bukan dengan MyKad aku tu,” tambahnya.

Dalam masa sama, Mohamad Hafis turut berkongsikan rakaman televisyen litar tertutup bersama hantarannya itu.

“Kalau kau orang ada maklumat mengenai orang ni, tolong laporkan atau boleh mesej aku di 013-3153886.

“Lokasi kedai pembelian iPhone tu di Cheras. Jadi aku rasa orang tu duduk kawasan situ juga,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2025 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini baru satu contoh dalam juta-juta.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2025 05:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Arwah mak aku dementia dulu. Ada neiber datang & mak aku bagi paspot kat neiber tu. Kami dah bawak pi repot polis, kena tanya macam penjenayah bagai.
Bila dia meninggal dalam 10 tahun lepas tu, kami tak boleh kebumi sebab ada sindiket kecil2an dah tuko detail dalam my kad. Siap jadi lelaki muda & pinjam loan Public Bank 3 kali. Ada orang mungkin di JPN terlibat sekali, kami rasa la. Kalau tak camana boleh tuko jantina, ada akaun kwsp bagai.
Yang polis repot tu tak membantu
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2025 06:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Projek IC tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2025 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
'Kalau kau orang ada maklumat mengenai orang ni, tolong laporkan atau boleh mesej aku di 013-3153886.'

Orang apa? Gambar pun dah kena blur. No IC pun sama. Apa yang acik forum boleh tolong dik. TT suruh membawang ja kot. Asal klik view.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2025 07:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Nenasketum replied at 9-3-2025 05:50 AM
Arwah mak aku dementia dulu. Ada neiber datang & mak aku bagi paspot kat neiber tu. Kami dah bawak p ...

Nombor IC untuk lelaki ganjil, untuk perempuan genap. Macam mana boleh lepas?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2025 07:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu pasal.kalau.hilang ic lebih 3.kali kena masuk bilik siasatan..
Staff jpn kata lama.dok.dalam.tu..
Jagalah ic kita..

Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2025 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Apps apa yg dia guna smpi dia dpt detect ic dia org lain guna?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2025 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Oh thread satu lg the cuprit dah berjaya ditangkap...laju abam polis buat keje..syabas..
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2025 02:29 PM | Show all posts
orang tu beli cash ke hutang?
kalau hutang or transfer, mesti ada maklumat bank..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 08:12 PM GMT+8 , Processed in 1.019171 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list