View: 11159|Reply: 3
|
Zaki Yamani menangis nyanyi lagu galau
[Copy link]
|
|
BANGI: Zaki Yamani mendakwa menangis ketika merakamkan lagu Aku Ada, iaitu projek hasil paduan suara dengan Putri Dahlia yang juga anak penyanyi 'senior', Datuk Nora Ariffin.
Zaki atau nama penuh, Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah mendakwa beberapa kali gagal menahan sebak kerana lirik lagu balada itu mengingatkannya kepada pengalaman cinta 'monyet' pada zaman persekolahan.
"Ketika Putri Dahlia beri saya dengar melodi lagu ciptaannya itu, saya hampir menangis. Perasaan sedih itu terbawa-bawa hingga ke studio apabila saya menitiskan air mata ketika merakamkan lagu itu.
"Nyanyi berulang kali pun saya tetap menangis. Lirik lagu itu sangat menyentuh hati kerana saya teringat pengalaman putus cinta zaman sekolah dahulu.
"Saya tidak pernah menyanyi lagu galau seperti ini. Melodinya sangat 'memberi'. Saya percaya mereka yang dengar lagu ini akan suka walaupun mereka tidak pernah alami pengalaman putus cinta sebelum ini," katanya ditemui pada majlis berbuka puasa dan memperkenalkan bufet Ramadan bertemakan Serantau Desa Hotel Tenera di sini, baru-baru ini.
Ditanya adakah sudah bersedia dengan spekulasi nakal yang mengaitkan dirinya dan Putri Dahlia sebagai pasangan bercinta susulan projek duet itu, Zaki yang juga anak penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah, yakin perkara itu tidak berlaku.
"Saya kenal Putri Dahlia sudah lama. Hubungan kami lebih kepada profesional. Kami pernah bekerjasama sebelum ini untuk sebuah lagu rap berjudul No Love,
"Bermula dari situ, dia ajak saya berduet untuk lagu Aku Ada ini. Lagipun beza usia dia dengan saya tiga tahun.
"Saya sudah anggap dia seperti kakak sendiri. Dia juga anggap saya seperti adik," katanya.
Sumber: BH Online
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Halah halah halah ko ni dekk.. |
|
|
|
|
|
|
|
pondan. ada je benda kau nak merengek kat media. |
|
|
|
|
|
|
|
@Ditanya adakah sudah bersedia dengan spekulasi nakal yang mengaitkan dirinya dan Putri Dahlia sebagai pasangan bercinta susulan projek duet itu, Zaki yang juga anak penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah, yakin perkara itu tidak berlaku.
Kohkohkoh… ada acikpor pernah jumpa putri size & gaya macam mak mak beranak 4… mesti la zaki tak nk  |
|
|
|
|
|
|
| |
|