CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9510|Reply: 13

Fasha, Aidil mahu anak jadi 'star'

[Copy link]
Post time 9-3-2025 01:19 PM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR: Ibadat puasa tahun ini menjadi lebih bermakna buat pasangan pelakon, Aidil Aziz, 38, dan Fasha Sandha, 41, apabila dapat meluangkan lebih banyak masa bersama.

Kali ini, Fasha, Aidil dan anak bongsu mereka berusia lima tahun, Aisha Amaira, terbabit dalam program realiti, Oh Mummy! terbitan TV3. Peluang ini tentunya memberi memberi pengalaman berbeza kepada tiga beranak ini dalam menempuh Ramadan.

Apa yang menarik, melalui Oh Mummy! Fasha dan Aidil memaparkan realiti kehidupan mereka sekeluarga dalam menjalani ibadat puasa. Apatah lagi, ini kali pertama Aisha tampil di layar kaca.

"Ini pengalaman pertama Aisha muncul di kaca televisyen (TV), jadi ia sangat eksklusif. Sebelum ini, Aisha tidak pernah terbabit dengan apa-apa program TV atau realiti.

"Pada awalnya, kami gemuruh dan banyak kali minta maaf kepada kru produksi sebab Aisha tidak biasa beraksi depan kamera. Tapi, Alhamdulillah, semua orang dapat beri kerjasama yang baik dan Aisha tidak berdepan masalah," katanya kepada BH Online.

Ditanya faktor mendorong mengetengahkan Aisha dalam projek itu, Fasha berkata, Oh Mummy! adalah program realiti yang tidak memerlukan anaknya berlakon, jadi, dia dan Aidil bersetuju.

"Pada mulanya, saya tidak pasti hendak teruskan atau tidak. Selepas berbincang dengan Aidil, kami sepakat jadi diri sendiri.

"Saya berbincang dengan Aidil kerana Aisha tidak biasa dengan kerja penggambaran. Kami terfikir, kalau mahu anak jadi 'star' (bintang), perlulah bermula dari kecil.

"Aisha tiada masalah berdepan orang ramai walaupun mungkin agak lambat untuk mesra. Aisha perlu masa untuk 'scan' (menilai) orang sekeliling sebelum boleh mesra," katanya.


Aidil teruja mereka bertiga menjadi wajah atau duta kecil kempen Ramadan Raya (RaRa) 2025 yang dibawakan TV3, TV9, dan Tonton.

"Ini pengalaman baharu untuk kami sekeluarga terutama Aisha. Jadi, kami akan cuba meriahkan lagi program supaya masyarakat dapat menghargai memori bersama keluarga," katanya.

Mengenai Ramadan. Aidil berkata, dia sibuk dengan beberapa program dan penggambaran drama yang masih belum selesai.

"Kami juga buka reruai perniagaan sepanjang Ramadan. Bagaimanapun, kami tidak boleh pergi jauh sebab sibuk dengan penggambaran dan beberapa komitmen lain sepanjang Ramadan," katanya.

Selain Fasha, Aidil dan Aisha, Friends of RaRa 2025 diwakili Farah Nabilah Wazer, Naz Rahman, Fatin Hamimah serta Amirulhakim Lokman.

Fasha dan Aidil mendirikan rumah tangga pada 9 Mac 2019.


SUmber: BH Online

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2025 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak ni je yg boleh jadi selebriti pun kan, anak2 jejai paknya tak gemar kan
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2025 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
cantiknya anak Fasha dan Aidil...sama cantik cam anak adiknya dan anak puteri Sarah...tak puas mata memandang...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2025 02:26 PM | Show all posts
comey ank deme
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2025 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Subhanallah cantiknya Fasha
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2025 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Fesyen apa baju Fasha..

Tahun ni raya akak nk pakai baju kedah la kut...simple
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2025 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik fs bertudung. Moga istiqamah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2025 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Menjadi ye anak2 fasha
Cuma yg boy Tu mungkin ambil DNA Perak Lebih sikit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2025 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
penmerah replied at 9-3-2025 05:34 PM
Menjadi ye anak2 fasha
Cuma yg boy Tu mungkin ambil DNA Perak Lebih sikit

Jemyma pun banyak dna perak. Aisyah tu je yg comel
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2025 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Uih lawa betul anak gegirl sheol ni.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2025 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
azwanaliori replied at 9-3-2025 05:43 PM
Uih lawa betul anak gegirl sheol ni.

ituler. aku perasan jgakkkk anak sheolss ini lawa.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2025 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Aishah ni ikut muka bapaknya kan..sebijik

Bagi iols kategori shomel la..lum masuk lawo mcm sumayyah
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2025 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
doubleA replied at 9-3-2025 02:00 PM
Anak ni je yg boleh jadi selebriti pun kan, anak2 jejai paknya tak gemar kan

Ank2 jejai xberapa dari segi rupa walaupon ada yg kata jemyma cantik. Lgpon pak kaya kaw2 dah xperlu jd selebriti
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2025 10:51 PM | Show all posts
doubleA replied at 9-3-2025 02:00 PM
Anak ni je yg boleh jadi selebriti pun kan, anak2 jejai paknya tak gemar kan

Ya betholl. Fasha pernah ckp jemyma byk je dpt offer berlakon tapi jejai tak bagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.059447 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list