CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13863|Reply: 11

[Tempatan] Kerajaan takkan biarkan rakyat sendirian berdepan isu kos sara hidup – Armizan

[Copy link]
Post time 9-3-2025 02:38 PM | Show all posts |Read mode

KERAJAAN tidak akan membiarkan rakyat bersendirian mendepani isu kos sara hidup sebaliknya turut bersama mencari jalan untuk membantu meringankan beban tersebut.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ini di antara cabaran dihadapi masyarakat pada hari ini yang terpaksa berdepan dengan peningkatan harga barang.

“Namun pada masa sama, kerajaan tidak menyerahkan bulat-bulat rakyat berhadapan dengan isu permintaan dan penawaran, harga barang yang meningkat, rakyat tidak dibiarkan begitu saja.

“Kita sentiasa mencari ikhtiar, sama ada program berbentuk mitigasi atau intervensi untuk kita membantu menyelesaikan isu-isu kos sara hidup bagi mengurangkan beban rakyat,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika berucap selepas menyempurnakan program SIM@Pax Hari Raya Aidilfitri Serta Ikhlas Ramadan Bersama Gas Petronas di Dewan Terbuka Tapak Tamu Mingguan Papar.

Tambah Ahli Parlimen Papar itu lagi, isu kos sara hidup bukan hanya di Malaysia tetapi merupakan isu yang turut dihadapi masyarakat di peringkat global.

“Di mana-mana negara di dunia, masyarakat berhadapan dengan isu inflasi, begitu juga dengan isu kos sara hidup ini.

“Jadi saya ingin memaklumkan bahawa sebagai kerajaan, baik di Persekutuan mahupun negeri sentiasa komited untuk membantu mencari ikhtiar bagi menangani isu kos sara hidup,” katanya.

Armizan turut memberikan pelbagai contoh program bantuan tunai yang sedang dilaksanakan kerajaan bukan saja di peringkat Persekutuan tetapi juga di negeri.

“Di peringkat Persekutuan, terdapat program Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kita ada Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan di peringkat negeri juga tidak lepas tangan apabila kerajaan negeri berjaya meningkatkan hasil kerajaan negeri.

“Seterusnya kerajaan negeri memperkenalkan program baharu iaitu Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) di mana ketua isi rumah (KIR) yang disenarai e-Kasih layak menerima RM300 secara bulanan,” katanya.


Sumber: Utusan TV

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2025 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
yg bermakna...gomen bayor separuh.
                          rakyat bayor separuh.
                                
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2025 03:08 PM | Show all posts
Statement abstrak. Bagi taulah secara jelas tindakan yang telah diambil dan perancangan  susulannya apa...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2025 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 9-3-2025 02:57 PM
yg bermakna...gomen bayor separuh.
                          rakyat bayor separuh.
                  ...

Indahnya hidup andai gitu formula madanon.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2025 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 9-3-2025 04:13 PM
Indahnya hidup andai gitu formula madanon.

kan konsep & kekdahnya:
PH monang...rakyat sonang....(la sangat)
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2025 08:02 AM | Show all posts
HAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHA tapi harga RUMAH mencanak2, harga sewa rumah pun menyala2.....ahhahahahah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2025 10:33 AM | Show all posts
kos sara hidup tinggi, barang makin naik. beras tempatan hilang, harga rumah tak dpt nk kawal, sewa rumah makin mahal, apa lagi? sila sambung
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2025 11:49 AM | Show all posts
bkn mmg dr zaman jepun tok nenek dulu  

ke mmg susah

so neverending story
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2025 11:49 AM | Show all posts
bkn mmg dr zaman jepun tok nenek dulu  

ke mmg susah

so neverending story
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2025 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
tagas replied at 10-3-2025 11:49 AM
bkn mmg dr zaman jepun tok nenek dulu  

ke mmg susah

sudah tukar la kaka...
#PHmonangRakyatSonang
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2025 12:04 PM | Show all posts
Dan ramai juga orang malayu tak mahu keluar mengundi kerana
# tak tahu nak undi siapa
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2025 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa benarkah spt yg dikata
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 01:41 PM GMT+8 , Processed in 0.454903 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list