View: 5027|Reply: 23
|
[Jenayah]
Menuntut Semua Pelepesan Cukai, LHDN Akan Melakukan Siasatan!
[Copy link]
|
|

Seperti tahun-tahun sebelum ini, tempoh mengisi borang cukai pendapatan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah dibuka bermula 1 Mac lalu.
Orang ramai yang masih belum melakukan e-filing diingatkan untuk berbuat demikian selewat-lewatnya pada 15 Mei bagi penggajian dan 15 Julai bagi perniagaan.
Namun buat mereka yang melakukan secara manual, borang perlu dihantar selewat-lewatnya pada 30 April bagi penggajian dan 30 Jun bagi perniagaan.
Bagi mereka yang menerima pendapatan boleh dikenakan cukai, penting untuk isi borang cukai pendapatan dan membuat bayaran cukai supaya tidak dikenakan tindakan oleh pihak LHDNM.
4 Sebab LHDNM Akan Cari Anda Walaupun Dah Buat e-Filing
Namun tahukah anda, walaupun e-filing telah diisi anda mungkin akan masih dihubungi oleh pihak LHDNM jika melakukan perkara tertentu.
Berikut adalah empat sebab yang dikongsikan di TikTok (@watrilliontaxservices). Katanya, individu tidak akan dicari oleh LHDNM tanpa sebab.
#1. Salah isi borang cukai
Apabila membuat pengisian e-filing, pastikan anda mengisi borang yang betul. Kebiasaannya, mereka yang merupakan pekerja akan mengisi borang e-BE.
Namun bagi individu yang mempunyai perniagaan, mereka haruslah mengisi borang e-B. Selain itu, terdapat juga borang-borang lain seperti e-BT, e-P dan e-TF.
Jika seseorang yang mempunyai perniagaan mengisi borang e-BE, dia akan disiasat memandangkan pendapatan daripada perniagaannya tidak diisytihar.
#2. Tuntut semua pelepasan cukai
Mengisi borang pendapatan bukan untuk mengisytihar harta semata-mata, tetapi individu juga boleh membuat tuntutan pelepasan cukai.
Antara perkara yang boleh dituntut bagi pelepasan cukai termasuklah bagi yuran pengajian, insurans dan caruman, perubatan serta gaya hidup.
Namun jika anda membuat tuntutan penuh bagi kesemua kategori yang dibenarkan, ia pasti akan menimbulkan syak wasangka.
Oleh itu, LHDNM akan melakukan siasatan secara terperinci lebih-lebih lagi sekiranya pendapatan yang diisytihar tidak sekata dengan perbelanjaan yang dituntut.
#3. Tidak hantar borang cukai pada setiap tahun
Seperti yang semua sedia maklum, borang cukai perlu dihantar setiap tahun tanpa mengira kerugian atau keuntungan.
Sebagai contoh, jika anda menghantar borang tersebut bagi taksiran 2024 dan 2022, tetapi tidak berbuat demikian pada 2023 mungkin kerana perniagaan menanggung kerugian.
Namun sebenarnya borang cukai masih wajib dihantar walaupun jika perniagaan mengalami kerugian untuk mengisytihar pendapatan diterima.
#4. Isi maklumat tidak tepat
Di samping itu, anda diingatkan untuk mengisi borang cukai dengan telus dan jujur. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pihak LHDNM membuat semakan dan menghubungi anda.
Jika anda mengisytihar pendapatan rendah tetapi komitmen tidak setara, seperti kerap bercuti dan menggunakan barangan mewah, ia akan menimbulkan syak wasangka.
Jangan ingat LHDNM tak ‘stalk’ anda di media sosial ya! Kalau anda tersedar ada tersilap isi maklumat pada borang, cepat-cepat buat pembetulan dalam masa yang ditetapkan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Boleh Lakukan Pindaan Secara Manual, Online Atau BNT Jika Ada Kesalahan
Bagaimana sekiranya anda baru sedar bahawa terdapat kesalahan yang dilakukan pada borang cukai selepas ia dihantar?
Menurut LHDNM di laman X, individu harus mengemukakan surat makluman kesilapan bersama dokumen sokongan ke Pejabat HASiL yang mengendalikan fail cukai pendapatan mereka bagi pindaan secara manual.
Pindaan juga boleh dilakukan secara dalam talian menerusi e-Permohonan Pindaan BE bermula 1 April bagi kes berikut:
Terlebih lapor pendapatan.
Terkurang tuntut pelepasan/ rebat cukai.
Selain itu, terdapat juga kes tertentu yang memerlukan individu mengemukakan Borang Nyata Terpinda (BNT) dalam tempoh enam bulan dari tarikh akhir pengemukaan BNCP, iaitu:
Pendapatan terkurang/ tidak lapor.
Perbelanjaan/ tuntutan lain terlebih tuntut.
Elaun modal/ intensif/ pelepasan.
BNT bagaimanapun tidak layak lagi dikemukakan selepas tempoh enam bulan tersebut dan individu perlu mengemukakan surat pengakuan sukarela pindaan taksiran.
Pindaan BNT Akan Sebabkan Kadar Cukai Meningkat
Namun begitu, anda diingatkan bahawa kadar dan cara pengiraan kenaikan cukai akan berubah jika permohonan pindaan BNT dilakukan.
Sekiranya pindaan dilakukan dalam tempoh 60 hari, kadar yang dikenakan adalah 10% daripada amaun cukai atau cukai tambahan.
Sebaliknya, pindaan yang dilakukan selepas 60 hari tetapi kurang daripada enam bulan akan dikenakan kadar sebanyak 15%.
Orang ramai harus ambil cakna bahawa pindaan BNT boleh menyebabkan perubahan seperti berikut:
Daripada tidak kena cukai kepada kena cukai (Notis Taksiran Asal).
Daripada kena cukai kepada cukai tambahan (Notis Taksiran Tambahan).
Daripada bayaran balik kepada mengurangkan bayaran balik (Notis Taksiran Asal).
Oleh itu, pastikan segala maklumat yang diisi pada borang nyata adalah betul sebelum ia dihantar.
Jangan Lupa Mohon Pelepasan Cukai Bagi Perbelanjaan Terpilih
Jika anda masih dalam proses membuat pengisian e-filing, jangan lupa untuk memohon pelepasan cukai bagi perbelanjaan pada tahun 2024 supaya dapat mengurangkan cukai yang perlu dibayar.
Bagi mereka yang telah melakukan Potongan Cukai Bulanan (PCB) menerusi majikan, anda juga boleh mendapatkan semula bayaran balik cukai tersebut jika layak.
Berikut kami kongsikan beberapa perkara penting selain pelepasan individu yang anda boleh mohon bagi pelepasan cukai.
Insurans pendidikan dan perubatan (individu, suami, isteri atau anak).
Insurans nyawa.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).
Gaya hidup termasuk perbelanjaan bagi bahan bacaan, komputer peribadi/ telefon pintar, langganan internet, peralatan dan sewaan sukan serta kenderaan elektrik.
Perbelanjaan perubatan (diri sendiri, pasangan atau anak) dan untuk ibu bapa.
Pemvaksinan.
Pemeriksaan dan rawatan pergigian.
Pelepasan anak bawah 18 tahun serta atas 18 tahun yang masih belajar.
Yuran taska/ tadika berdaftar anak.
Diingatkan juga supaya menyimpan resit bagi kesemua perbelanjaan yang dimohon pengecualian cukai selama tempoh tujuh tahun dari tahun taksiran. |
|
|
|
|
|
|
|
salam warga porum
kalau tersilap lapor cukai mcm mana cara?
terkurang lapor la sebab masa tu buat guna hp
tapi da dapat refund ciput
kena pergi lhdn atau kena buat online jugak?
|
|
|
|
|
|
|
|
NazRysha replied at 11-3-2025 09:00 AM
salam warga porum
kalau tersilap lapor cukai mcm mana cara?
terkurang lapor la sebab masa tu buat gu ...
Yg baru ni ke atau tahun2 sudah?
Suami iols penah salah declare gak pi claim yg sepatutnya takleh claim sbb resit pun takde dan tersalah tick utk jumlah anak tu
So pi kat lembaga buat pindaan secara manual, takde kena denda apa kalau buat masih dlm tempoh efiling ni tp kalau buat pindaan yg lama2 tahun sudah maybe kena kot. Iols pun lupa dah.
Cuma akan kena audit laa yg kita buat pindaan tu yelaa dorang nk betulkan balik.
Sebenarnya boleh je tak buat pindaan tp nnt tidur tak tenang plak duk risau bila tiba kena audit nnt tak memasal kena penalti bagai.
Lagipun dorang akan nmpk kita jujur tak menipu gaytuhhhh
|
|
|
|
|
|
|
|
yang baru2 ni u
i dah dapat refund
tp i mmg salah lapor
terkurang lapor
kena pergi buat secara manual la ekkk
|
|
|
|
|
|
|
|
NazRysha replied at 11-3-2025 09:12 AM
yang baru2 ni u
i dah dapat refund
tp i mmg salah lapor
Haah, xtau la kalau blh juga buat online tp sbb takut salah buat ke apa so pi je kat lembaga. Print sesiap yg dh kita submit tu nnt leh tanya dorang je utk buat pembetulan ke apa
Mmg dorang akan bg satu form utk pindaan.
|
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih awk
call lhdn pun punya la susah
|
|
|
|
|
|
|
|
tahun 2023 aku xdeclare sbb tak keja?
ke kena attach apa2 gk? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau buat perlepasan utk gaya hidup tu lojik lah sbb internet je sebulan unifi kat rumah dah berapa. andai 130 kali 12 dah berapa lepas tu kalau anak2 masih belajar beli buku je dah berapa kalau 2 orang pun. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau buat perlepasan utk gaya hidup tu lojik lah sbb internet je sebulan unifi kat rumah dah berapa. andai 130 kali 12 dah berapa lepas tu kalau anak2 masih belajar beli buku je dah berapa kalau 2 orang pun. |
|
|
|
|
|
|
|
kllu baca kat atas ni, boleh buat online mulai 1 april 2025. mmg ada menu untuk pindaan ni..
ai pun ada nak buat pindaan sebab terlupa nak claim..
|
|
|
|
|
|
|
|
tak berani nak claim bukan2....
x cclaim bukan2 pernah kena audit kot....hantar resit bertimbun pun idak le deme refund...suh kita bayar semula dulu...katanya nnti dia refund...nan hadoo...
apapun tahun ni cpet iouls dapat refund..
hnatr form 4/3 dapat refund 10/3...huhu biasanya pegi sampai 2 weeks baru dapat...
guna bank kepala rimau..
|
|
|
|
|
|
|
|
Blm isi efilling lgi target pakai duit tu pas raya, tpi biasa claim memg x semua memang tinggal rm100+ gak |
|
|
|
|
|
|
|
anyway lhdn dapat berapa bulan bonus pulak tahun lepas? |
|
|
|
|
|
|
|
aku ada tertinggal pelepasan cukai
tapi biar je lah
malas nak serabut |
|
|
|
|
|
|
|
claim rebate utk benda benda yg ADA RESIT SAHAJA
mmg lah boleh nak tipu2
tapi kalau kena audit pedih lah |
|
|
|
|
|
|
|
LHDN akan selongkar balik rekod-rekod lama
kalau dia kata terkurang bayar kita kena tambah bayar.
kalau ada penalti cukai dan kita mati . waris kena bayarkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau lhdn nak selongkar pun paling2 6 tahun terbelakang Kan?
Syukur nikmat dah lama tak buat e-filing
Tak pasal2 stress sebab takut Salah isi |
|
|
|
|
|
|
|
aryyan replied at 11-3-2025 09:42 AM
tahun 2023 aku xdeclare sbb tak keja?
ke kena attach apa2 gk?
Kena declare juga..declare xde pendapatan |
|
|
|
|
|
|
| |
|