CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4327|Reply: 28

[Tempatan] Mengumumkan Tapak Baru, Litar Sepang Bertukar Jadi Tapak Bazar Ramadan!

[Copy link]
Post time 11-3-2025 08:07 AM | Show all posts |Read mode
Edited by vanillaessence at 11-3-2025 08:14 AM



Terdahulu, Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran (MP) Sepang telah mengumumkan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) jadi tapak bazar Ramadan baharu bagi tahun 2025.

Masihkah anda ingat sekitar bulan Disember 2024 lalu, Majlis Perbandaran (MP) Sepang telah mengumumkan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bakal menjadi lokasi terbaharu tapak Bazar Ramadan 2025?

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran (MP) Sepang, Muhamad Shah Osmin dalam satu temu bual bersama SelangorTV.

Jelas beliau, ia merupakan inisiatif MP Sepang dengan kerjasama pihak pengurusan SIC.

Pengumuman itu nyata mengundang pelbagai reaksi apatah lagi status Litar Sepang yang bertaraf antarabangsa hingga ramai menganggap harga yang bakal dijual pun bertaraf antarabangsa.

Sempena bulan Ramadan yang telah tiba, team BuzzKini telah menerjah tapak Bazar Ramadan Litar Antarabangsa Sepang.

Yelah, katanya ini merupakan tapak terbaharu bagi tahun 2025 dan membuatkan kami rasa teruja untuk melihat menu yang dijual di bazar tersebut.

Adakah ‘unik’ dari bazar yang lain? Atau sama sahaja?

Pertama kali melangkah ke bazar berkenaan yang terletak di hadapan pintu masuk kawasan mall dan main grand stand, benda pertama sekali yang kami fikir apa kelainan menu yang ada di bazar.

Namun, ia sama sahaja seperti bazar yang lain. Menariknya, pelbagai jenis juadah yang dijual di Litar Sepang Antarabangsa dari western hinggalah ke tradisional.

Nak makan nasi putih? Nasi Ayam Penyet? Nasi Kerabu? Nasi Beriani? Spageti? Mac and Cheese? Semua ada di sini!

Kalau dah nama pun Litar Antarabangsa, mesti ramai yang rasa harga jualan peniaga pun dah bertaraf antarabangsa juga.

Sebenarnya, harga yang dijual tidaklah mahal sangat bahkan berpatutan. Sama sahaja seperti bazar yang lain.

Malah, ada harga jualan yang penulis rasa lagi murah berbanding bazar yang lain.

Contohnya seperti ayam golek yang hanya dijual RM25 seekor jika dibandingkan tempat tinggal penulis yang menjualnya dengan harga RM28.

Manakala, kuih karipap pula masih berharga RM0.60 seketul sedangkan di tempat penulis dah cecah harga sekitar RM0.80! ????‍????

Menariknya, pengunjung boleh masuk dan berbuka di khemah yang disediakan dalam litar antarabangsa tersebut.

Khemas berkenaan sememangnya disediakan khas buat mereka yang berhasrat mahu berbuka puasa sebaik sahaja membeli juadah di bazar berhampiran.

Bahkan, khemah berkenaan berdekatan dengan tandas dan surau bagi memudahkan pengunjung di situ.

Risau dengan parking? Tak perlu risau kerana tempat letak kereta sememangnya luas dan betul-betul berhampiran bazar tersebut.

Buat korang yang berada berhampiran Litar Antarabangsa Sepang khususnya di kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atau berhampiran, jemput meriahkan Bazar SIC!

Owh ye, jangan lupa bawa payung sebab cuaca tak menentu sekarang ni. Kadang-kadang panas terik sekarang, kadang-kadang hujan lebat. Bawa payung untuk mudahkan pergerakan korang okay? Selamat Berpuasa!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-3-2025 07:19 PM | Show all posts
  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2025 08:08 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2025 08:08 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2025 08:08 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2025 08:08 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-3-2025 08:08 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2025 08:09 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-3-2025 08:09 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2025 08:09 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2025 08:10 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2025 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Org sekitar area tu la kut pergi bandar enstek, kota seramas sendayan la kan. kalau hari panas matilanak.  Dulu pi tengok F1 pun duduk grand stand balik hilang 2kg berat badan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2025 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah jadi bazaar pulak
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2025 10:53 AM | Show all posts

Alhamdulillah, ada juga manfaat litar lumba tu utk rakyat malaysia,


tak membazir la bangunan tu....
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2025 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
vanillaessence replied at 11-3-2025 08:08 AM

Iols beli donut ni haritu,3 pcs sepuluh ringgit.
Tak manis sgt,tapi tak sedap
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2025 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Better jejak kaki kat bazar bbst sana,ada gerai popia bigmac tu sedap,3ringgit je satu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2025 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
jejaka_hensem replied at 11-3-2025 11:55 AM
Iols beli donut ni haritu,3 pcs sepuluh ringgit.
Tak manis sgt,tapi tak sedap

Tak sedap sebab kurang Manis ke chuolz? Baru igt nak pegi sana esok
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2025 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Patutlah depan holiday inn tu takde gerai.. iols dok carik talam aritu sister tu juai sedap
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2025 11:51 PM | Show all posts
Boleh masuk ke litar lumba ka? Kalau setakat kat parking lot tak payah gempaq sgt kot.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2025 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
lanacondor replied at 11-3-2025 09:16 PM
Tak sedap sebab kurang Manis ke chuolz? Baru igt nak pegi sana esok


Sebab keras sis,
Kurang manis tu iols okay sbb nak ikut nasihat dr.Rafidah
Penat iols drive dari cybersouth tau
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 10:57 AM GMT+8 , Processed in 1.242820 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list