CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3803|Reply: 1

Vaksin HPV cegah kanser serviks

[Copy link]
Post time 11-3-2025 04:57 PM | Show all posts |Read mode

KANSER serviks kekal sebagai isu kesihatan yang signifikan bagi wanita di seluruh dunia, dengan lebih 660,000 kes baharu dilaporkan setiap tahun.

Di Malaysia, kanser serviks adalah kanser keempat paling kerap dihidapi wanita, dengan 1,740 kes baharu didiagnosis setiap tahun.

Pakar Perunding Onkologi Klinikal di OncoCare Cancer Centre Malaysia, Dr Nur Adila Mokhtar, berkata walaupun statistik ini membimbangkan, masih ada sinar harapan.

Katanya, antara usaha melindungi wanita daripada kanser serviks adalah dengan menekankan pengenalan vaksin Human Papillomavirus (HPV) yang berupaya melindungi kesihatan wanita bagi generasi kini dan akan datang.

"Vaksin HPV membawa transformasi terhadap landskap kesihatan wanita dengan menyediakan jalan mengurangkan beban kanser serviks dengan ketara, di samping melindungi generasi akan datang," katanya.

Menurut beliau, HPV ialah penyebab utama kanser serviks, dengan jenis 16 dan 18 menyumbang kepada 70 peratus kes di seluruh dunia.

"Kebanyakan individu yang aktif secara seksual akan dijangkiti HPV pada suatu ketika dalam hidup mereka, tetapi tidak semua jangkitan akan berterusan.

"Namun, strain berisiko tinggi boleh menyebabkan perubahan sel yang tidak normal pada serviks. Jika tidak dirawat, berpotensi berkembang menjadi kanser.

"Namun, lebih awal kita dapat mengesan dan mencegah jangkitan HPV, lebih besar lagi peluang kita menghentikan kanser serviks daripada terus berkembang," katanya.


Dr Nur Adila berkata, vaksinasi paling berkesan apabila diberikan sebelum individu terdedah kepada HPV, sebaiknya pada usia 11 hingga 12 tahun.

Pada usia ini, sistem imun berada dalam keadaan optimum untuk bertindak balas dengan berkesan, memberikan perlindungan jangka panjang.

Katanya, ia juga bermanfaat untuk golongan dewasa muda sehingga usia 26 tahun yang terlepas peluang menerima vaksin lebih awal.

"Namun, bagi individu berusia 27 hingga 45 tahun, vaksinasi masih boleh menawarkan perlindungan bergantung pada tahap pendedahan sebelumnya.

"Vaksin HPV dapat mengurangkan kadar kanser serviks sehingga 90 peratus apabila diberikan pada peringkat awal. Malah, vaksin ini juga menawarkan perlindungan terhadap kanser lain yang berkaitan dengan HPV, termasuk kanser vulva dan faraj, menjadikannya komponen penting dalam penjagaan kesihatan pencegahan," jelasnya.

Mengenai kepentingan saringan dan pengesanan awal, katanya walaupun vaksin HPV besar keupayaannya, saringan kanser serviks secara berkala tetap penting.

"Wanita perlu memulakan saringan pada usia 21 tahun, tanpa mengira status vaksinasi mereka. Pap smear, yang disarankan setiap tiga tahun untuk wanita berusia 21 hingga 29 tahun, dapat mengesan perubahan awal pada sel serviks.

"Bagi wanita berusia 30 tahun ke atas pula, gabungan pap smear dan ujian HPV memberikan ketepatan yang lebih tinggi," katanya turut menekankan peranan vaksinasi dan saringan yang saling melengkapi satu sama lain.

Beliau berkata, lazimnya, kanser serviks tidak menunjukkan sebarang gejala pada peringkat awal, sekali gus

menjadikan saringan berkala amat penting.

Bagaimanapun, katanya salah satu tanda amaran ialah pendarahan faraj tidak normal, yang mungkin berlaku di antara haid, selepas hubungan intim, atau selepas menopaus.

Selain itu, wanita juga perlu peka terhadap keputihan luar biasa, seperti berair, berwarna merah jambu, atau berbau tidak menyenangkan, serta kesakitan pelvis yang berterusan atau ketidakselesaan semasa hubungan intim.

"Perubahan dalam aliran haid serta bengkak atau sakit kaki juga boleh menandakan kanser yang berada di tahap yang lanjut. Justeru, kesedaran mengenai gejala ini dan mendapatkan nasihat perubatan pada waktu yang tepat mampu menyelamatkan nyawa," kata Dr Nur Adila.

Beliau menambah, lelaki juga memainkan peranan penting dalam menyokong usaha pencegahan HPV. Dengan memahami kesan HPV, lelaki boleh menggalakkan vaksinasi dalam kalangan pasangan, ahli keluarga, dan rakan-rakan mereka.

Malah, lelaki juga boleh menyokong kesedaran mengenai HPV dengan menyertai kempen pendidikan dan menormalisasikan perbincangan mengenai kesihatan seksual.

"Sementara itu, amalan seks selamat, termasuklah penggunaan kondom, dapat membantu mengurangkan risiko penularan," katanya.

Menurut Dr Nur Adila, kemajuan pencegahan kanser serviks pada masa kini memberi tumpuan kepada meningkatkan keberkesanan vaksin HPV, memperbaiki kaedah saringan, dan menyediakan penjagaan yang lebih diperibadikan.

Tambahnya, vaksin baharu kini direka untuk melindungi daripada lebih banyak strain HPV, termasuk yang berkaitan dengan kanser kepala dan leher, sambil mengurangkan bilangan dos yang diperlukan.

Pengenalan vaksin HPV 9-valen (Gardasil 9) telah memperluaskan perlindungan kepada sembilan jenis HPV, termasuk tujuh strain berisiko tinggi.

"Perlindungan lebih luas ini meningkatkan keberkesanan vaksin dalam mencegah pelbagai jenis kanser yang berkaitan dengan HPV," katanya.

Dr Nur Adila turut berkongsi inovasi terkini dalam teknologi saringan, seperti kit pengumpulan sendiri untuk ujian HPV dan sitologi berasaskan cecair – sebuah perkembangan yang memberangsangkan.

Katanya, perkembangan ini berpotensi menjadikan saringan lebih selesa dan mudah diakses oleh wanita, terutamanya mereka di kawasan luar bandar atau yang kurang mendapat perkhidmatan.

INFO:

FAKTA MENGENAI VAKSIN HPV:

- Vaksin HPV paling berkesan apabila diberikan sebelum seseorang memulakan aktiviti seksual. Bagaimanapun, ia masih memberi manfaat kepada golongan dewasa muda sehingga usia 26 tahun.

- Individu berusia 27 hingga 45 tahun juga boleh mendapat manfaat daripada vaksin HPV, terutamanya jika belum terdedah kepada semua strain berisiko tinggi.

- Walaupun vaksin HPV tidak melindungi diri daripada semua jenis HPV, ia memberikan perlindungan daripada jenis-jenis berisiko tinggi yang paling kerap dikaitkan dengan kanser serviks, terutamanya jenis 16 dan 18.

- Seperti semua vaksin, vaksin HPV mungkin menyebabkan kesan sampingan ringan, seperti rasa sakit di tempat suntikan atau demam ringan. Kesan sampingan serius amat jarang berlaku.

- Pap smear dan vaksinasi HPV mempunyai peranan yang berbeza dalam pencegahan. Pap smear bertujuan mengesan perubahan prakanser pada serviks, manakala vaksinasi mencegah jangkitan awal oleh strain HPV berisiko tinggi.

- Apabila pap smear dan vaksinasi HPV digabungkan, kedua-duanya menyediakan strategi pencegahan kanser serviks yang menyeluruh.


Sumber: BH Online

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2025 04:15 AM | Show all posts
Ini sangat berguna.
Di kata orang, vaccine sebegini menunjukkan bahawa satu2 community itu ada pergaulan bebas; tetapi, siapakah kita untuk judge orang lain dan ianya adalah untuk pertahanan wanita2; ye lah, selalu sgt lelaki ''pergi'' sana sini membawa penyakit balik ke rumah mereka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 04:40 PM GMT+8 , Processed in 0.161464 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list