CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12180|Reply: 5

[Dunia] Dah 10 jam di udara, pesawat patah balik sebab toilet tersumbat

[Copy link]
Post time 11-3-2025 09:21 PM | Show all posts |Read mode


Sebuah pesawat dalam perjalanan dari Chicago, Amerika Syarikat (AS) ke Delhi, India terpaksa berpatah balik ke Chicago selepas penerbangan lebih 10 jam kerana masalah teknikal.

Namun, menurut sumber PTI, penerbangan pesawat Air India itu terpaksa berpatah balik pada Khamis lalu kerana banyak tandas tidak dapat berfungsi.

Menurut flightradar24.com, pesawat Boeing 777-337 ER itu kembali ke Lapangan Terbang Antarabangsa O'Hare (ORD) di Chicago selepas berada di udara lebih 10 jam.

Pesawat Boeing 777-300 ER, yang boleh menampung lebih 340 penumpang merangkumi kelas pertama, kelas perniagaan, dan ekonomi itu dilengkapi dengan 10 tandas, termasuk dua tandas yang dikhaskan untuk penumpang kelas pertama, menurut sumber PTI.

Sumber itu seterusnya mendedahkan bahawa hanya satu tandas yang masih berfungsi.

"Setelah mendarat di Chicago, semua penumpang dan kru keluar dari paesawat dan disediakan penginapan bagi mengurangkan kesulitan. Pengaturan alternatif dibuat untuk membawa penumpang ke destinasi mereka," kata jurucakap dalam satu kenyataan.

Syarikat penerbangan itu mengesahkan bahawa penumpang ditawarkan bayaran balik penuh untuk pembatalan dan pilihan penjadualan semula secara percuma jika mereka memilih untuk menggunakannya.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2025 11:47 PM | Show all posts
Macam pernah baca cerita serupa sebelum ni. Or was it Malaysia Airlines from Heathrow?
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2025 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Pergh dh 10hrs dr Chicago tu dh halfway kot ? Awat tak landing di nearest airport ? Kena balik base jua ?
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2025 12:48 AM | Show all posts
Ingatkan lagi tiga jam nak sampai!
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2025 02:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Tong sampah boleh dijadikan jamban portable taw
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2025 02:57 AM | Show all posts
rupanya Chicago tu adalah sebuah daerah di satu negeri kat USA. Selama ni iols ingatkan sebuah negeri. Kat Chicago ramai ummah non-USA khenzz..ala2 ummah rakhine under UNHCR suka pilih ke sana.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 01:45 PM GMT+8 , Processed in 0.547546 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list