View: 20258|Reply: 13
|
Dr Rushdi kagum dengan keperibadian Nora Ariffin
[Copy link]
|
|
Tidak pernah terlintas di fikiran Dr Rushdi Ramli, 59, iaitu suami penyanyi, Datuk Nora Ariffin, 52, untuk berpoligami, namun mengakui tidak mampu menolak takdir.
Rushdi yang selama ini mengunci mulut mengenai rumah tangganya dengan penyanyi itu akhirnya meluahkan perkara itu menerusi satu hantaran di Facebook.
Katanya, dia mengahwini Nora sebagai isteri kedua untuk membimbing wanita itu dan anak-anaknya selepas kematian suami.
"Demi Tuhan, hanya Allah yang tahu niat saya dan semuanya adalah dengan kehendak-Nya jua.
"Sesungguhnya, tidak pernah terlintas langsung dalam minda dan diri saya untuk mendekati Nora atas sebab kerjayanya dan bidang yang jauh berbeza antara kami (saya di bidang agama).
"Ia hanya didorong niat murni untuk menjaga, membimbing, mengajar ilmu dan menjaga anak-anaknya yang masih pada awal usia, di sinilah timbulnya keinginan untuk meminang," tulisnya.
Rushdi berkata, dia juga sedar cabaran poligami amat banyak dan besar, termasuk masyarakat pula sering mencanangkan idea negatif seperti isteri kedua adalah perampas.
"Namun, hakikatnya kita tidak dapat menolak takdir dan ketentuan Ilahi dalam hidup seperti dinyatakan dalam Rukun Iman.
"Apapun, akhir-akhir ini saya dan Nora diuji dengan isu panas yang boleh memecah-belahkan rumah tangga kami. Lebih lagi, adanya campur tangan daripada insan yang rapat dengan saya.
"Inilah dugaan dan cabaran dalam berpoligami. Saya pernah menerima desakan dan asakan cukup mencabar, namun dapat diatasi dengan izin Allah jua," katanya pada penjelasan itu.
Rushdi berkata, dia sedih apabila Nora dilabelkan dengan pelbagai gelaran negatif. Namun, itulah asam garam dalam kehidupan berumah tangga yang berpoligami.
"Dalam kehidupan poligami, gelaran seperti 'penyondol' dan 'sundal' sering dikaitkan dengan isteri-isteri. Sama ada isteri kedua, ketiga dan seterusnya.
"Ini adalah sesuatu yang amat menyedihkan dan wajar dihentikan kerana bertentangan dengan ajaran Islam. Ia juga berlaku kepada Nora yang turut menerima gelaran sedemikian," katanya.
Menurut Rushdi, dia kagum dengan keperibadian diri Nora yang disifatkan sangat baik, bijak menjaga rumah tangga, suka tersenyum dan menyimpan saja segala kelukaan dalam hati.
"Saya akui dari sudut perwatakan dan perangai, Nora tidak 'over react' dalam segala hal terutamanya ketika di khalayak ramai. Alhamdulillah, Nora sentiasa menjaga tatasusila, sopan santun dan kedudukan sebagai isteri.
"Nora tidak sombong, mudah mesra, peramah dengan semua orang, lebih lagi bila bersama dengan saya dalam pelbagai majlis. Malah, dia juga sentiasa menjaga makan minum suami kerana minat memasak," katanya.
Rushdi berkata, apa yang diharapkannya agar orang ramai di luar sana mendoakan rumah tangganya bersama Nora yang berasaskan kerana Allah akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Ariffin kehilangan suami tercinta iaitu komposer Johan Nawawi yang meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung.
Pada Disember 2021, Nora menerusi hantaran di media sosialnya mengesahkan dia sudah bergelar isteri kepada Rushdi yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya (UM).
Sumber : Harian Metro
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Dey..berapa byk benang setard tikus daaa
|
|
|
|
|
|
|
|
Penangan nenek bantat, depan kau dia baik la woi pakcik. Orang baik takde layan anak n madu macam tu. Dah bau2 tanah pun bodoh |
|
|
|
|
|
|
|
baeklah setad..sgt baik cerita serata alam pujuk mintak diseraikan…dpt yg ke2 yg pertama terus takde guna ye setad…poligami kena adil setad..puji yg ke2 yg pertama dilupa jgn.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kecik ati aku baca kalu aku ni pes wife ostad…kemain laki yg dh berpuluh taun kawen tetiba bekap baik punye kt binu muda kuat drama |
|
|
|
|
|
|
|
FB?? Rajin betul ustaz menulis puji2 2nd wife kat socmed. Ustaz mmg aktif kat socmed ke org lain yg tulis? |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa nak menghentam masyarakat?? yg bergaduh tu anak dgn binimu ustaz.. |
|
|
|
|
|
|
|
Rasa nak carut je...sabar sabar bulan Ramadhan ni...hish |
|
|
|
|
|
|
|
Ye ke ikhlas..ke bini muda up paksa suruh up post
Lenkali puji la 1st wife yg byk bersabar tu dulu
Kesian 1st wife tu byk makan hati, dok senyap2 je, takde meroyan mcm nenek ni
Psiko betul nenek ni
Ni husband dah puji beria 
#team1stwife |
|
|
|
|
|
|
|
"anak-anaknya yang masih pada awal usia"...
Lahhh xtau plak Nora ada anak kecik bawah 10 tahun.. |
|
|
|
|
|
|
|
adoi ler.. ustad.. bini nomot 2 ustad tu kuat meroyan kat socmed.. ustad yg tak pandai didik.
ustad tak malu ke dgn jiran2.. dgn sedara mara.. dgn kawan ofis.. dgn student ustad?
tp tu ler.. tkde niat nak berpoligami tetiba kawin artis.. hadap ler |
|
|
|
|
|
|
|
mmmm...tarik nafas...hembussssss...
menduga betul ya sejak forum dah elok sikit ni, last week manjang dok kerah kejung takleh loading ujung2 malas nak masuk. |
|
|
|
|
|
|
|
...didorong niat murni untuk menjaga, membimbing, mengajar ilmu dan menjaga anak-anaknya yang masih pada awal usia...
deyyyy! cakap je lah nak menoron nenek bantat tuuuu.....anak2 dia dah berbulu pongkes dahh....dah pandai beromen dah yang betina tuuu.... kau sembangggg bimbingggg... |
|
|
|
|
|
|
|
Vavi, dok puji bini no 2 je..mana pujian kat bini no 1 yang banyak susah payah selama ni? |
|
|
|
|
|
|
| |
|