View: 20837|Reply: 16
|
Suke TV tak bankrap! Tak bayar gaji pekerja, AC Mizal biar mahkamah selesaikan
[Copy link]
|
|
Susulan didakwa gagal membuat pembayaran gaji pekerja, pengacara dan pemilik stesen televisyen Suke TV Datuk AC Mizal memilih menyelesaikan perkara itu di mahkamah.
AC atau Mizal Zaini, 54, berkata dia lebih senang menyerahkan isu berkenaan kepada pihak mahkamah bagi membersihkan nama baiknya yang sudah tercemar.
"Itu sekarang dalam peringkat mahkamah, kami sedang saling menyaman dan saya serahkan kepada pihak peguam.
"Urusan itu juga akan berjalan selepas raya, memang tiada perjumpaan luar kerana saya lebih suka selesaikan di mahkamah," katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, AC juga menyangkal khabar angin yang mendakwa Suke TV bakal menamatkan operasinya tidak lama lagi.
Katanya, stesen itu masih beroperasi seperti biasa dan bakal menyajikan pelbagai rancangan menarik untuk tontonan ramai.
"Suke TV berjalan seperti biasa, belum bankrap dan masih beroperasi seperti biasa.
"Akan ada berita gembira tidak lama lagi. Alhamdulillah kami sudah tiga tahun, banyak perancangan yang akan dilakukan selepas ini," katanya.
Menurut AC, sudah menjadi adat dalam berniaga akan ada pasang surutnya namun itu tidak mematahkan semangatnya meneruskan usaha mengembangkan stesen tersebut.
Jelasnya dia juga tidak mahu terlalu terburu-buru dalam melakukan sesuatu projek.
"Asam garam perniagaan itu ada, turun naik pun ada tapi kami uruskan dengan sebaik mungkin. Kadang kala perniagaan ini memerlukan perancangan yang betul, saya tak nak hebahkan tetapi semuanya terbengkalai.
"Disebabkan kami bersaing dengan stesen televisyen lain kami kena lihat masa sesuai. Pelaburan diperlukan untuk konten besar jadi kami perlu pastikan stesen lain memberi ruang kepada kami yang kecil," ujarnya.
Tahun lalu seorang personaliti TV mendedahkan gajinya ketika berkhidmat di sebuah stesen televisyen masih lagi tidak dilunaskan.
Bukan hanya berdepan isu pembayaran gaji tetapi caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) turut tertunggak.
Lebih malang, kontraknya ditamatkan lebih awal iaitu pada Ogos 2024 dan masih belum menerima gaji terakhirnya.
Susulan itu, AC tampil dengan satu kenyataan memberitahu dakwaan buruk dilemparkan terhadap stesen itu merupakan satu fitnah dan dia tidak teragak-agak untuk membawa perkara itu ke mahkamah.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Ada lagi ke org tgk suke tv tu? Dulu suke asyik berjualan mcm wow shop... now org prefer beli kat TT, Shopee |
|
|
|
|
|
|
|
suke tv ni kan yang ada program talkshow apatah ada 3 orang host, sorang tu macam patung cendana siap menguap lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
Mslhnya nk tgk dimana?? Den yg duk dlm gua ke..den xpernah nmpk pun siarannya..tp klu ada den nmpk pun...errr xkuasa dan xbernafsu aku nk tgk... kehkehkeh
Cewah nama baiknya tercemar...mmm den rs nm ko dr dulu dah tercemar..sbb perangai huduh dan xbertanggungjawab dekat anak2 ko yg dgn bekas bini model...dasar jantan haprak.. harktuih |
|
|
|
|
|
|
|
bleh tengok guna dekoder MyTV atau kalau tv baru biasanya dah ada built in antena, boleh search je channel lokal macam biasa..sapa je yang tengok pon
|
|
|
|
|
|
|
|
Awal2 lagi dah agak. Berani dorang nak keje dgn majikan camni yg dah ada record buruk; kes gelang dulu. Teringat dulu ramai komen nak apply keje kat situ. Seronoknyaaa katanya.
 |
|
|
|
|
|
|
|
Ac ni antara artis yg dibenci dalam forum cari. Kes scam gelang magnet, tak bagi nafkah kat anak2 Syafnie. Mohon mereput kau rezeki tak berkat sebab tak bagi nafkah kt anak2 |
|
|
|
|
|
|
|
mentang kau ada duit, boleh la ugut saman sana saman sini..
saman pun tak cakap saman apa..
|
|
|
|
|
|
|
|
kekadang aku rasa bagus gak mamat ni tak bayar nafkah anak, dah hasil pendapatan die pun dah mcm duit haram je aku rasa. scam orang dgn MLM dan gelang magnet dia, ni ngan tak bayar gaji pekerja. |
|
|
|
|
|
|
|
AC ni berenti la jadi tokeh
tade ciri2 keusahawanan pun
yg kuat bau kencing merata2 jewww  |
|
|
|
|
|
|
|
Takkan staff dia ramai2 menipu pula. Kesian.. |
|
|
|
|
|
|
|
Macam mana laa ramai masih boleh percaya atok gelang ni..kes gelang dulu kecoh kot kat paper..bukan topik sembang kat porum je..atok ni konpiden lebih sbb boleh hired lawyer power je..aku tak sabar nak tunggu cash atok ni..ramai sangat dah yg kena aniaya..paling teruk nafkah anak pun tak diberi..alasan dah masukkan dlm ASB yg penamanya dia sendiri..apo benak sgt..macam mana nak keluar duit tu buat belanja.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dy nak ikut styke bung nuar jen ke? Rambut mcm sepesen..dgn misai dan janggut sejemput jua |
|
|
|
|
|
|
|
Bisnes atuk ni mana ada yang menjadi.. Bisnes gelang pun scam.. Huhu |
|
|
|
|
|
|
|
bila la dia ni nak kena cash |
|
|
|
|
|
|
|
Rmh mal ayah alu pakai MyTV.. Mmg ada Suke TV tu tapi rancangan mcm purbakala dok jual2 barang.. Celah mana program menariknya pun tak tauu... |
|
|
|
|
|
|
|
Tah hapa2 post gambar dkt IG atas tu. Berlambak2 upload, tu tu je pose nya. Mcm taik, low class. Ingat upload byk2, ada variety. Ini, dekat corridor tu la jgk, pusing blkg tgk camera. Low class. Muka mcm pondan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|