CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7539|Reply: 0

Barisan dibiar lompong, wanita geram tengok geng makcik-makcik degil tak mahu rapat saf solat

[Copy link]
Post time 18-3-2025 11:58 AM | Show all posts |Read mode


Setiap kali tibanya bulan Ramadan, masjid dan surau di seluruh negara meriah dengan program berbuka puasa serta solat tarawih berjemaah.

Namun, seorang individu di TiKTok tular selepas dia mendedahkan sikap segelintir jemaah wanita yang mementingkan diri ketika solat di masjid.

Dalam video tular itu, dia mempersoalkan tindakan segelintir wanita yang tidak mahu merapatkan saf walaupun sedang solat secara berjemaah.

"Saya nak tanya, kenapa jemaah wanita di Malaysia susah nak rapatkan saf? Kenapa nak kena ada penjarakan yang masa zaman Covid-19, macam ada 1 meter jarak? Boleh masuk seorang lagi dalam saf tu.

"Saya tak faham kenapa, adakah sebab tak nak bagi orang sebelah bau telekung kau busuk? Lepas tu, contoh kalau dalam saf depan ada kosong, yang kat belakang tu anjaklah ke depan. Apa yang susahnya?

"Fahamlah mungkin nak solat jemaah dengan kawan-kawan, tapi buat apa? Tak payah sekali-sekali, bukannya boleh berborak. Kau nak gosip lagi masa tarawih?" luah wanita itu.

Dalam hantaran sama, dia turut mempersoalkan jemaah yang gagal merapatkan saf kerana menggunakan sejadah sendiri yang bersaiz besar.

"Lagi satu pasal sejadah, fahamlah ada bawa sejadah masing-masing, contohlah sejadah tu besar, lepas tu kawasan tu kau seorang saja? Boleh je orang sebelah tu nak rapatkan.

"Kau tengah solat jemaah kot, kau kena rapatkan saf. Jadi apa yang susah sangat?" ujar wanita itu menerusi video yang meraih lebih 80,000 tontonan.

Menurut pemilik TikTok itu lagi, dia bukanlah seorang ustazah, namun mahu orang ramai sama-sama beringat dan saling menegur untuk kebaikan bersama.

"Saya minta maaf makcik-makcik, saya bukan nak condemn, tapi kebanyakanannya kenapa makcik-makcik ni susah sangat nak rapatkan saf?

Jemaah tidak boleh bersikap mementingkan diri sendiri ketika beribadah di masjid. -Gambar hiasan

"Saya bukan ustazah, tapi saya faham waktu solat jemaah kita kena rapatkan saf. Tolonglah kalau nak solat di masjid, tolong faham untuk rapatkan saf, bukannya jarakkan saf.

"Kalau nampak, tegurlah mereka untuk rapatkan saf. Hanya perlu anjak sikit je, saf dah rapat," ujarnya mengakhiri bicara.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-3-2025 06:19 AM GMT+8 , Processed in 1.717443 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list