CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8631|Reply: 10

Noraniza Idris Nangis Sujud Syukur Perniagaan Muruku Dapat Diselamatkan

[Copy link]
Post time 18-3-2025 12:11 PM | Show all posts |Read mode

BAGAI muncul pelangi selepas hujan, penyanyi Noraniza Idris menarik nafas lega apabila dapat meneruskan perniagaan makanan ringan yang diusahakan sejak beberapa tahun lalu.

Bersyukur atas rezeki yang diberi, Noraniza, 57, memberitahu dia sekeluarga melakukan sujud syukur sambil menangis selepas mengetahui produk muruku diusahakan menerima permintaan tinggi daripada pelanggan, sekaligus menyelamatkan perniagaannya itu.

"Rasa bersyukur yang amat sangat, sebab saya jatuh daripada terduduk dan tak tahu masa depan macam mana sampai hampir nak tutup kilang.

"Sampai saya, suami dan anak sujud syukur serta menangis bersama atas rezeki yang Allah kurniakan secara tiba-tiba,” katanya kepada mStar.

Noraniza berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran kerjasama produk Che Ani Premium bersama Mydin di Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya, Selangor pada malam Isnin.

Kata Noraniza, dia terkejut apabila mengetahui pasaraya Mydin berminat dan menawarkan peluang menjual produknya keluarannya itu.


Bagi memenuhi permintaan itu, penyanyi lagu Dikir Puteri ini segera menambah seramai 32 orang pekerja untuk membantu menyiapkan tempahan dibuat.

Malah, kilang Noraniza juga terpaksa beroperasi selama 24 jam tanpa henti demi menyiapkan tempahan yang dibuat.

"Bila Mydin datang beri tawaran bekerjasama saya bersyukur dan terkejut dengan tempahan mereka mahukan.

"Staf daripada hanya empat orang saya cari dan tambah lagi 32 orang.

"Operasi kilang juga terpaksa saya jadikan 24 jam tanpa henti bagi menyelesaikan segala tempahan yang sudah dibuat," ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin pula menyatakan sokongan terhadap perkembangan usahawan tempatan terutamanya produk yang berpotensi untuk dipasarkan.

Sebelum ini, perniagaan Noraniza diduga apabila mendakwa dirinya menjadi mangsa penganiayaan sebuah akademi latihan keusahawanan tahun lalu.

Pada 4 Mac lalu, Noraniza membuat laporan polis terhadap akademi berkenaan dan memberitahu dia dan syarikat terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM630,000.

Malah Noraniza memberitahu dia terpaksa merehatkan 20 orang pekerja kerana tidak mampu membayar gaji mereka.


Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2025 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Bleurgh.

Mentang2 artis.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2025 01:42 PM | Show all posts
acik2 porem dah order ke? mesti chuols tazzabar khuenz
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2025 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak Ani ni buat concert kena scam. Jual muruku kena scam. Tak buat due diligence dulu ke sebelum sign apa2 agreement? Yang penting statement paling legend masa menang AIM "kita tak gaduh kan?" yg disambut dengan ketawa kecil oleh penyanyi bernombor.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2025 04:58 PM | Show all posts
kalau jualan dekat mydin tak laku jangan kata datuk mydin scam pulek....
btw baru terbaca tadi mydin seremban 2 terbakar
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2025 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
pencintaABC replied at 18-3-2025 03:48 PM
Kak Ani ni buat concert kena scam. Jual muruku kena scam. Tak buat due diligence dulu ke sebelum sig ...

Jgn dilupa jual rumah pun scam. Sampai serak2 suara marah2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2025 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia scam org tak pe pulak
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2025 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Skang ni produk masya masyitah masih ada lagi tak?
Iols gi sri ternak kelmarin takdak nampak dah
Ke hijab iols terlindung
Haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2025 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Si tua ni, adalah contoh retis yg bodoh dangkal tak sekolah tinggi. Asyik kena tipu, then yg lebih menjengkelkan, degil nak mampos. Bila Netizen tegur, taknak dengar. Diaaaa je lah betul. Dahla tua, bodoh, degil. Package lengkap.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2025 12:59 AM | Show all posts

Mungkin sebab meruku salut telur masin first dlm pasaran tu pasai MAIDIn nak tolong jual.

Tapi rega RM$20 tak patut sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2025 05:55 AM From the mobile phone | Show all posts
kepompong replied at 18-3-2025 07:19 PM
Jgn dilupa jual rumah pun scam. Sampai serak2 suara marah2

Rumah RM10 katanya utk bantu retis2. Mungkin kafarah sebab busuk hati dgn penyanyi bernombor?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-3-2025 07:41 AM GMT+8 , Processed in 1.012356 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list