CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sabrinadzri

HANTU BONCENG - 31 OGOS 2011

[Copy link]
Post time 6-9-2011 10:05 AM | Show all posts
dapat emel....

Maaf sekiranya review ini sedikit terlewat. Walaupun Hantu Bonceng telah lama ditayang, saya baru sahaja menonton Hantu Bonceng semalam. Jujur saya katakan, saya kurang gemar menonton filem Melayu melainkan filem tersebut mendapat pujian yang melambung seperti Adnan Sempit dan juga Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Dalam review ini, saya akan kupas beberapa perkara tentang Hantu Bonceng. Kemudian anda putuskan lah sendiri sama ada filem tersebut perlu ditonton atau tidak.

Unsur seram

Dah nama tajuk pun hantu, tak kan lah cerita ni sedikit pun tak seram. Filem ini mengisahkan Amran (lakonan Zizan) yang merupakan seorang Mat Rempit. Di permulaan filem ini, Amran berjaya memenangi perlumbaan haram dan mendapat seorang bohsia sebagai ganjaran. Malang tidak berbau, mereka dilanggar lori ketika dalam perjalanan pulang. Oh, Amran terselamat, tetapi bohsia tersebut tidak.



Semenjak itu, Amran terus diganggu hantu jelmaan bohsia tersebut. Dalam filem ini, terdapat beberapa adegan saspens dan juga ‘close up’ wajah hantu Juliana Evans. Juliana Evans memang cantik, tetapi tidak semasa dia menjadi hantu. Bagi yang bercadang nak bawa anak kecil menonton Hantu Bonceng, pastikan anda dah bersedia untuk menutup mata anak anda ketika situasi-situasi saspen.

Unsur komedi

Macam saya kata sebelum ini, saya tak minat menonton cerita Melayu. Tetapi gandingan Zizan dan Juliana Evans yang cun berjaya membuka pintu hati saya sedikit sebanyak. Dalam hati memang risau juga andai kata Hantu Bonceng akan mengikut jejak langkah Lu Fikirlah Sendiri.

Saya peminat Maharaja Lawak, peminat Nabil, dan peminat Jozan. Tetapi saya sedikit pun tak tergelak semasa menonton Lu Fikirlah Sendiri The Movie. Saya sedikit pun tak tergelak apabila menonton Zizan Show. Selama ini, saya rasa Zizan hanya mampu member lawak komedi yang berkesan dengan kehadiran Johan. Dan saya risau dalam filem Hantu Bonceng, Zizan tidak mampu menyengat tanpa kehadiran Johan.



Ternyata saya salah. Lawak komedi yang dipamerkan Zizan dalam Hantu Bonceng memang mantap dan berkesan. Memang lawak filem ini. Dari awal sehingga ke penghujung saya sentiasa mendengar gelak ketawa dari penonton. Dan ada juga penonton yang ketawa mengilai. Huh, menyeramkan. Bagi peminat Jambu Maharaja Lawak dan Zahid, pastikan anda menonton filem ini kerana terdapat beberapa babak yang menampilkan mereka.

Anda pernah tonton Adnan Sempit? Bagi anda cerita itu lawak? Sekiranya ya, anda akan rasakan Hantu Bonceng lebih lawak.

Unsur sosial

Dari segi watak utama, Hantu Bonceng mempunyai persamaan dengan Adnan Sempit di mana kedua-duanya ialah Mat Rempit. Jadi dalam Hantu Bonceng anda tidak dapat lari dari istilah-istilah yang kurang sesuai untuk didengari kanak-kanak yang belum matang. Tetapi jangan risau, cerita ini menyampaikan beberapa pengajaran kepada penonton. Walaupun pengajaran yang disampaikan tidaklah sekuat mana, tetapi sekurang-kurangnya cerita ini tidak mengajak penonton menjadi Mat Rempit.

Jalan cerita

Sekiranya dibandingkan Adnan Sempit dan Hantu Bonceng, jalan cerita Adnan Sempit lebih menarik dan sedap. Walaubagaimanapun, jalan cerita Hantu Bonceng masih lagi menarik dan terdapat sedikit ‘twist’ dalam cerita tersebut.

Sepanjang menonton, soalan ini akan berada di kotak fikiran anda,

• Siapakah bohsia yang mati tersebut

• Mengapa hantu bohsia tersebut menggangu Amran

Anda ingin tahu jawapannya?

Anda benar-benar ingin tahu?

Senang sahaja. Pergi ke wayang terdekat dan tonton filem ini. Akhir kata, tahniah kepada Ahmad Idham kerana menghasilkan filem komedi seram yang tidak mengecewakan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2011 04:58 PM | Show all posts
komedi ringan untuk seisi keluarga..so far lakonan semua pelakon bagus x over acting..
x terlalu bosan..elemen seram tu x berapa la..tapi ada la part2 tu terkejut jugak la dibuatnya.. aku nak tunggu filem 'Satu Malam Kubur Berasap'..tngok trailer dia lawak jgak..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 03:13 PM | Show all posts
So lepas balik tue Abang Nara ushar-usharlah review orang lain tentang filem Hantu Bonceng. Tertarik dengan kata-kata seseorang tentang filem ini yang dikatakan mempersendakan agama Islam:-

citer ni banyak hina agama islam..wat lawak x beringat..main-main ngan azan..g masjid pakai baju death note yg ade lambang salib tu..ada scene mengucap xhabis..agak2 la wat lawak pown..aku terasa ngan citer ni..sal x sensitif ngan agama ISLAM,tambah2 lagi pelakon dan pengarah nya org ISLAM…ada ke bogel depan hantu kalu jumpe..ni tahyul ****w name nya..org baca la ayat kursi ke hape..nt jawab la esok2 kat akhirat…time tu baru tau lawak ke x..

Terhenti sejenak Abang Nara membaca kata-kata di atas. Ada betul jugak katanya. Mungkin lawak yang digunakan keterlaluan dan secara tak langsung mempersendakan hukum Islam. Apa pendapat anda yang sudah menonton filem ini?
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 11:41 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 11:42 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 02:31 PM | Show all posts
nmpk sgt la rakyat Msia ni mmg suka KOMEDI SERAM kan. bodow camne pun, pengarah yg arahkan mcm !@@#$%%^&&, penulis skrip ntah apa2pun, kalu dah genre komedi seram, confirm laku la.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2011 02:49 PM | Show all posts
Ok la komedi seram...daripada komedi cinta mcm cter nasi lemak 50 sen, sangap l*bang...lagi muntah ijoooooooo...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 10:44 PM | Show all posts
aku dah tengok citer ni; betul...aku pun setuju, beberapa adegan yang blh dikira sbg tak sensitif terhadap agama Islam yang suci antaranya ialah;

i. adegan zizan mengucap tapi tak habis di hospital.

ii. gelfren 'abang' jue aziz (klu tak silap lakonan zizi; akademi fantasia) yang mengingatkan jue supaya 'jangan lupa solat' (masa jue dlm kesedihan sbb bengang dengan zizan)walhal dia sndri (watak zizi tu) digambarkan sebagai bohsia jugak, yang duduk serumah dengan boyfren (abang jue) - penonton pun ketawa; bkn sebab lawak tapi sebab bohsia suruh orang solat....kan ke tak patut tu...seolah-olah nak gambarkan bohsia beriman kot...tak sesuweiiii....

iii.  adegan 2 mat rempit pegi masjid dengan pakaian yang memang tak sesuai...konon nak jumpa ustaz, nak mintak pandangan ustaz tu...sepatutnyalah digambarkan watak amran dengan kunyit tu berpakaian yang sesuai.

iv. adegan amran seperti terliur, tepegun tengok ayu (juliana evan) tido kat sofa sehingga ternampak pehanya...yang tak sesuai disitu ialah, watak kunyit siap azan di telinga amran (untuk sedarkan amran supaya jangan terliur sgt tengok peha ayu) - tak sepatutnya laungan azan digunakan - buat ajelah sikunyit tu menampar pipi amran, drpada melaungkan azan; lain la kalau masa tu adegan menakutkan...buleh la guna azan)

v.  adegan amran menanggalkan tuala; berbogel utk takutkan hantu maya...yang best tu digambarkan, dia teringat pesanan neneknya yang menyuruh dia bogel kalau jumpa hantu; sedang dalam adegan lain, ditunjukkan neneknya mengajar dia mengaji masa kanak2....takkanlah nenek yang paham agama nak beri nasihat tahyul macam tu; kok ye pun nak tunjuk dia bogel, buatlah watak yang nasihatkan tu datang dari kawan yang seperangai dengan dia aje, macam si kunyit, kenapa nak buat watak nenek yang ajar dia ngaji tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2011 12:11 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 11:04 AM | Show all posts
lawak2 dalam hantu bonceng dah biasa sangat la....citer2 camni mesti de watak mcm kunyit tu tuk hidupkan cerita... entahlah..aku tak gelak langsung tengok cerita ni..

lagipun lam trailer dah tunjuk sume mana part yg akan buat kita gelak..so bila tgk muvi nye aku tak gelak langsung....

pada aku la...cerita tolong, awek aku pontianak tu lagi kelakar & best!
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 12:23 PM | Show all posts
hrmm...citer ni ok la...cuma xde la lawak sgt...kekadang jer. Tertengok cerita ni sbb nk tgk conan the barbarian..full house plak. Pun rasa sebenarnya citer awek aku pontianak way too batter than hantu bonceng...tp xtau la apsal movie tu x laku.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 03:02 PM | Show all posts
Dah tengok.. 4/10... Apa celuppp...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 11:06 PM | Show all posts
baru tengok movie ni semalam.. ok la naiss jugak..
neh aku da tulis review kat blog aku nih
http://theaniqin.blogspot.com/20 ... onceng-ni-tokk.html
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2011 11:02 PM | Show all posts
hantu bonceng best...menghiburkan !!! zizan awesome !
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2011 01:16 AM | Show all posts
Ok apa citer hantu bonceng.. baru tengok tadi.. Hilarious.. Pada aku kawan zizan yg naik kan mood cerita ni.. cantek...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2011 11:05 AM | Show all posts
habes citer nie ok ke tdk...
kalau cam2 aku tunggu tv siarkan...
kalau tak hampeh jer kalau tengok macam biasa jer....
huhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2011 11:06 AM | Show all posts
habes citer nie ok ke tdk...
kalau cam2 aku tunggu tv siarkan...
kalau tak hampeh jer kalau tengok macam biasa jer....
huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2011 11:15 AM | Show all posts
banyaknya mixed reactions.....so cerita nih ok ker ko ?
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2011 04:41 PM | Show all posts
lain org lain pandangan bagi aku cite nie lawak giler....
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 09:16 AM | Show all posts
Reply 48# amieab


   setuju..sebenarnya ai tekan butang DISLIKE tuk filem ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.059213 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list