View: 7953|Reply: 32
|
Minyak Wangi Dicipta Khas Kerana Faizal Tahir - mstar
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by sicomel at 19-5-2011 12:41
Khamis Mei 19, 2011
Minyak Wangi Dicipta Khas Kerana Faizal Tahir
Oleh KEMALIA OTHMAN
SHAH ALAM: Penyanyi Faizal Tahir menganggap tawaran menjadi jurucakap kepada produk minyak wangi SG Men adalah satu penghargaan buat dirinya.
Kata Faizal, syarikat pengeluar barangan kosmetik tersebut telah menghasilkan dua jenis minyak wangi bersesuaian dengan imejnya sebagai penyanyi rock.
“Dua tahun lepas mereka sudah tawarkan saya untuk jadi jurucakap produk keluaran syarikat mereka tapi ketika itu saya menolak kerana tidak bersesuaian dengan imej saya dan tempat itu digantikan dengan Mawi.
“Dan kali ini mereka tawarkan lagi peluang dengan menghasilkan khas minyak wangi yang bersesuaian dengan imej saya. Saya rasa itu adalah penghargaan buat saya,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Produk Silky Girl dan Silky Men, di sini, Rabu.
Selain Faizal Tahir, Stacy juga turut dilantik sebagai jurucakap produk berkenaan untuk wanita iaitu Silky Girl.
Tambah Faizal sebelum ini banyak tawaran sebagai jurucakap produk diterimanya namun terpaksa ditolak berikutan tiada kepentingan untuk diri dan kerjayanya sebagai artis.
“Saya memang memilih produk sesuai yang mana ia boleh membantu atau berkepentingan dengan imej saya.
“Seperti kempen minum susu bersama Dutch Lady yang saya sertai, saya setuju sebab saya dan keluarga memang kuat minum susu,” katanya yang juga duta kepada produk pakaian jenama Superman.
Ketika ditanya kepentingan seorang selebriti menjadi jurucakap kepada sesebuah produk, kata Faizal ia adalah melambangkan kredibiliti seseorang artis tersebut.
“Bagi saya menjadi duta atau jurucakap produk adalah satu bonus kepada seorang artis."
"Bukan mudah untuk mendapat kepercayaan sesebuah syarikat untuk meletakan kepercayaan mereka kepada kita,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Faizal memberitahu dia kini sedang sibuk menyiapkan dua album terbaru yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi.
“Saya dalam proses menyiapkan album ketiga yang mana ada dua album dengan 20 buah lagu. Ini merupakan hasil kerjasama dengan Audi Mok, tapi kelainannya adalah kedua-dua album itu adalah berlainan konsep,” ujarnya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bgs aarr gituu..x usah tamak tuk sambar suma tawaran yg datang....harus selektif gak kan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Duit datang mencurah dari langit. vrom................ |
|
|
|
|
|
|
|
inilah contoh retis yang mementingkan kualiti
ni tak, sesetengah tuh, iklan be ...
cik.panda Post at 21-5-2011 09:55
dia sukaaa minum susu gak.... |
|
|
|
|
|
|
|
dia sukaaa minum susu gak....
cikmouse Post at 21-5-2011 10:02
minum susu sambil makan corntoz |
|
|
|
|
|
|
|
aku suka FT. dia adalah cth artis yg berbakat besar dan berkualiti, sangat2x popular tp low profile... aku suka dan respek cara dia |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by big_sky at 22-5-2011 20:30
silky men pour FT (faizal tahir).. |
|
|
|
|
|
|
|
bagi kat mawi sebab ft x sesuai ngan produk tersebut? ko biar betul pejal... |
|
|
|
|
|
|
|
inilah contoh retis yang mementingkan kualiti
ni tak, sesetengah tuh, iklan be ...
cik.panda Post at 21-5-2011 09:55
minyak wangi silky girl aka revlon ni mmg produk yang bagus...harga dia pun bukan laa murah sangat ...harga minyak wangi antarabangsa pun murah ajer tapi kena convert bagai..jadi seratus lebih... |
|
|
|
|
|
|
|
minyak wangi silky girl aka revlon ni mmg produk yang bagus...harga dia pun bukan laa mura ...
abgboroi Post at 23-5-2011 00:21
AB guna minyak wangi ni tak? |
|
|
|
|
|
|
|
AB guna minyak wangi ni tak?
cik.panda Post at 23-5-2011 00:24
minyak wangi ft ni kategori mahal jugak...ab tak pakai minyak wangi mahal... |
|
|
|
|
|
|
| |
|