Serambi Pantun - Sireh Bertepuk Pinang Menari
makan sireh berpinang tidak
pinang ada di bawah tangga
makan sireh mengenyang tidak
canang petanda budi bahasa
Bagi meneruskan legasi kesantunan dan lambang pemikiran Melayu yang bijaksana dan kreatif, maka disediakan sebuah serambi untuk kita semua menjual-membeli pantun dalam usaha merapatkan dan memesrakan tautan ukhwah antara kita. SERAMBI PANTUN ini serambi kita.
Pantun-pantun yang baik (dari segala aspek, akan diberikan mata kredit). Untuk itu peliharalah kesantunan dan keindahan bahasa dalam berpantun.
Selamat berpantun~
|