CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12810|Reply: 197

Anak muda tak pandai bergaya

[Copy link]
Post time 29-5-2011 08:13 AM | Show all posts |Read mode
Perihal Orang Muda: Anak muda tak pandai bergaya
Oleh Alzahrin Alias
[email protected]
2011/05/29


PAKAIAN begini sudah tentu tidak sesuai untuk digayakan di pejabat.




Tidak tahu etika berpakaian, malas berhias jadi punca selekeh

KUALA LUMPUR: Gene--rasi muda hari ini me--ngakui aspek penampilan diri menjadi antara faktor penting dalam menjaga ketrampilan peribadi tetapi ramai tidak tahu bergaya mengikut keadaan atau majlis dihadiri termasuk sesi temu duga.
Maklum balas diterima melalui laman sosial Facebook Berita Harian mendapati, ramai anak muda menganggap ketrampilan diri cukup pen--ting kerana bimbang dengan persepsi masyarakat sekeliling termasuk rakan sebaya yang mengkritik cara mereka berpakaian atau menghias diri.



Perunding imej dan pensyarah fesyen dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Faizal Abdul Hamid, berkata soal ketrampilan diri sangat subjektif kerana ia merangkumi elemen fesyen.

“Fesyen adalah sesuatu yang ceria serta gaya ekspresi individu yang tersendiri. Fesyen dapat meningkatkan keyakinan serta ke--trampilan diri. Kita akui, cita rasa manusia sangat subjektif dan bersifat sejagat.

“Namun begitu, golo-ngan muda perlu menghormati budaya dan masyarakat setempat dalam berfesyen. Sama ada anda bersetuju atau tidak, pesan saya ha--nyalah satu iaitu tepuk dada, tanya selera,” katanya ketika dihubungi Berita Minggu di sini, semalam.

Faizal berkata, dalam soal menjaga ketrampilan diri, golongan lelaki sering dikatakan pemalas dan selekeh dalam bergaya.
“Untuk mengatasinya, kursus atau bengkel penampilan imej perlu diadakan. Ia bukan hanya untuk golongan muda tetapi untuk semua lelaki yang amat mementingkan an ketrampilan diri.

“Pakaian adalah ekspresi luaran dan dalaman seseorang. Adalah penting untuk berpakaian dengan gaya yang boleh me--nyampaikan mesej positif,” katanya.
Faizal berkata, 80 peratus daripada ketepatan gaya ialah apabila kita menya--rung pakaian sesuai bagi setiap acara yang dihadiri.

“Kod berpakaian dilihat sedikit longgar sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Tetapi, masih ada garis panduan yang perlu dipatuhi.

“Apabila kita sangsi mengenai pakaian formal yang harus dipakai terutamanya ketika menghadiri mesyuarat perniagaan atau majlis koktel, dinasihatkan supaya memakai tali leher sebagai pelengkap gaya.

“Ini bagi memastikan anda tetap profesional ketika menghadiri majlis itu,” katanya.

Faizal berkata, bagi individu konservatif, pakaian elemen gaya klasik dan ras--mi dengan rona hitam dan kelabu boleh menjadi pilihan.

“Elak memakai aksesori pelik, agak berat serta keter--laluan daripada yang sepatutnya digayakan ke pejabat.

“Secara mudahnya, gaya diterjemahkan sebagai gaya hidup yang bukan hanya dilihat melalui cara kita memi--lih pakaian, tapi bagaimana kita mengadaptasikannya. Ia bukan hanya pakaian tetapi termasuklah jenis kereta dipandu, muzik didengari, telefon bimbit yang digunakan dan sebagainya,” katanya.



P/S: Reporter (Alzahrin Alias) punya camera dah habis kodak, apesal amek gambar owang dr luar negara...sapo nak pakai baju tebal kat mesia nih pastu nak labelkan owang muda kat mesia nih selekeh......arus perdana dah takde idea ke nak kuar article yg bernas...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2011 08:19 AM | Show all posts
makcik mana la yg jadi wartawan ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2011 08:38 AM | Show all posts
entahlaaa...mcm dah ketandusan idea nak buat article zaman sekrg nih
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2011 08:54 AM | Show all posts
bodonye letak gambar camtu
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2011 08:57 AM | Show all posts


cam warge muda Jopun jer..........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2011 09:00 AM | Show all posts
walaupun selekeh...entah2 google staff kot...
biarlah owang nak kato apo wartawan berita harian oi...janji diowang lagi masyuk byk dr hang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2011 09:13 AM | Show all posts
“Secara mudahnya, gaya diterjemahkan sebagai gaya hidup yang bukan hanya dilihat melalui cara kita memi--lih pakaian, tapi bagaimana kita mengadaptasikannya. Ia bukan hanya pakaian tetapi termasuklah jenis kereta dipandu, muzik didengari, telefon bimbit yang digunakan dan sebagainya,” katanya.

kereta kena bergaya. Telefon bimbit kena bergaya

Adakah ini nasihat yg bernas?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2011 09:17 AM | Show all posts
“Secara mudahnya, gaya diterjemahkan sebagai gaya hidup yang bukan hanya dilihat melalui cara kita memi--lih pakaian, tapi bagaimana kita mengadaptasikannya. Ia bukan hanya pakaian tetapi termasuklah jenis kereta dipandu, muzik didengari, telefon bimbit yang digunakan dan sebagainya,” katanya.

kereta kena bergaya. Telefon bimbit kena bergaya

Adakah ini nasihat yg bernas?
ultra78 Post at 29-5-2011 09:13


kat mesia nih...ramai manager pakai kancil...henpon iphone ALIKE
teringin gak nak tau wartawan bharian nie pakai apa...benz kah...merz kah...henpon bertatahkan berlian kah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2011 09:21 AM | Show all posts
aku slalu berpegang pd prinsip :

You Never Get a Second Chance to Make a First Impression
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2011 09:23 AM | Show all posts
Reply 9# TanSriJess


   I loike
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2011 09:34 AM | Show all posts
wartawan yg mmentingkan kbendaan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2011 09:39 AM | Show all posts
wartawan yg mmentingkan kbendaan...
saaya Post at 29-5-2011 09:34
next time kalo nak apply keje kat berita harian...pakaian kena kemas...keta kena high kelas...sewa Merz pun takper utk sehari interbiu...henpon jgn lupa nokia communicator punya
confirm senang dpt kerja
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2011 09:51 AM | Show all posts
Reply 12# mrsakit

wlpn apply jawatan cleaner j...harus tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2011 09:56 AM | Show all posts
cam pengemis korea tuh pun ader........

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2011 10:00 AM | Show all posts
adakah fenomena org muda tak pandai bergaya ni ada kaitan dengan perempuan yang tak ka..


oh nevermind


tumpang lalu
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2011 10:09 AM | Show all posts
sokbaq hari ni kata jue evans suka org selekeh wooooo ... in your face wartawan oooiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2011 10:09 AM | Show all posts
aku slalu berpegang pd prinsip :

You Never Get a Second Chance to Make a First Impression

TanSriJess Post at 29-5-2011 09:21


nih mana ko sedut nih....aku baru abih baca buku apa ntah "Real Marketer DO It Differently" semalam ada gak mention pasal nih...memang pun first impression paling penting tambah2 berkaitan kerja/kerjaya.......
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2011 10:12 AM | Show all posts
adakah fenomena org muda tak pandai bergaya ni ada kaitan dengan perempuan yang tak ka..

...
ultra78 Post at 29-5-2011 10:00


ko......nie ultra....

ko jgn.............

jgn bina umah tepi bukit, klu tak sanggup ditimpa tanah runtuh !
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2011 10:27 AM | Show all posts
nih mana ko sedut nih....aku baru abih baca buku apa ntah "Real Marketer DO It Differently" sema ...
axl_bach Post at 29-5-2011 10:09



dia baca buku karangan dia sundrik.......
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2011 10:31 AM | Show all posts
awat x letak gbr org m'sia ja. Byk cth hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-12-2024 02:38 PM GMT+8 , Processed in 0.457130 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list