|
View: 5811|Reply: 77
|
[Tempatan]
Update : Datuk Bandar Medan pulangkan 30 tan beras dari UAE Walaupun bantuan itu bernilai tinggi dan amat diperlukan, RM 300k Nampak Besar Tapi Bantuan Dari Malaysia Tak Seberapa’
[Copy link]
|
|
|
Edited by YgBenar at 19-12-2025 08:52 AM
JAKARTA – Pemerintah Bandar Raya Medan mengambil keputusan memulangkan bantuan kemanusiaan berupa 30 tan beras yang diterima daripada Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) susulan arahan Kerajaan Pusat supaya bantuan bencana di wilayah Sumatera diuruskan secara dalaman tanpa melibatkan pihak asing buat masa ini.
Rico menjelaskan, selepas bantuan itu diterima secara simbolik pada 12 Disember lalu, pihak berkuasa tempatan segera menyemak aspek perundangan dan garis panduan berkaitan melalui BNPB dan Kementerian Pertahanan.
Hasil semakan mendapati, Kerajaan Pusat mengeluarkan arahan jelas supaya semua urusan bantuan bencana di Sumatera dikendalikan sepenuhnya oleh agensi tempatan tanpa penglibatan antarabangsa buat sementara waktu.
Intinya, setelah disemak dari sudut peraturan dan penyelarasan, bantuan luar negara ini ditangguhkan penerimaannya,” katanya.
Sebelum ini, Timbalan Duta Besar UAE, Shaima Al Hebsi, telah menyerahkan bantuan tersebut di pusat operasi kebajikan di Medan.
Selain 30 tan beras, bantuan lain yang dipulangkan turut merangkumi 300 pek barangan keperluan asas, 300 set keperluan bayi serta 300 set kelengkapan ibadah.
Walaupun bantuan itu bernilai tinggi dan amat diperlukan, kerajaan bandar Medan memilih untuk mematuhi sepenuhnya dasar Kerajaan Pusat demi memastikan pengurusan bencana kekal selaras dengan kepentingan nasional dan keselamatan logistik.
Sementara itu, Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, sebelum ini memaklumkan bahawa beberapa pemimpin dunia telah menghubunginya untuk menawarkan bantuan susulan bencana banjir dan tanah runtuh di Sumatera.
Namun, beliau menegaskan Indonesia masih berupaya mengendalikan situasi tersebut menggunakan kekuatan sendiri.
“Ramai pemimpin negara menawarkan bantuan, namun saya ucapkan terima kasih dan menyatakan bahawa Indonesia masih mampu mengatasinya,” kata Prabowo ketika mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Istana Negara, 15 Disember lalu.
Beliau menambah, kekuatan TNI, Polis Indonesia, BNPB dan Basarnas, selain penggunaan puluhan helikopter serta pesawat pengangkut, membuktikan keupayaan negara menangani bencana secara berdikari. - Agensi
Datuk Bandar Medan, Rico Tri Putra Bayu Waas berkata, keputusan tersebut dibuat selepas pihaknya menjalankan perbincangan dan penyelarasan dengan kementerian berkaitan serta Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB).
Menurut beliau, Kerajaan Pusat menetapkan bahawa semua bentuk bantuan bencana di Sumatera hendaklah diuruskan secara sendiri bagi memastikan keselamatan, penyelarasan logistik serta dasar negara terus terpelihara.
“Kami memulangkan bantuan ini kepada Emiriah Arab Bersatu kerana Kerajaan Pusat belum menerima bantuan daripada pihak asing ketika ini. Maka, bagi pihak Kota Medan, bantuan tersebut tidak dapat diterima,” katanya ketika meninjau sebuah pasar raya di Medan Barat, Khamis.
https://www.google.com/amp/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/761073
Menteri Dalam Negeri Indonesia, Tito Karnavian, tampil memberikan penjelasan berhubung isu bantuan dari Malaysia yang lebih pantas daripada kerajaan Indonesia sendiri.
Menurut beliau, bantuan yang diperkatakan secara meluas itu bukan disumbangkan oleh kerajaan Malaysia.
Sebaliknya ia datang daripada pihak swasta atas dasar simpati dan hubungan tertentu, petik Sinar Harian.
Bantuan itu digambarkan seolah-olah sangat besar, sedangkan hakikatnya ia bukan bantuan rasmi kerajaan. Ia disalurkan oleh pihak pengusaha,” katanya dalam satu sesi audio siar SLM – Suara Lokal Mengglobal baru-baru ini.
Menurut beliau, bantuan berkenaan kebanyakannya melibatkan bekalan ubat-ubatan dengan nilai kira-kira RM300,000.
Nilai tersebut dianggap kecil jika dibandingkan dengan skala bencana serta kemampuan kerajaan Indonesia yang melibatkan peruntukan bernilai berbilion rupiah, mengerahkan helikopter tentera, pasukan penyelamat, polis dan agensi berkaitan sejak hari pertama kejadian lagi.
“Isunya bukan pada bantuan itu sendiri, tetapi pada gambaran yang terbentuk,” katanya.
Beliau menegaskan bahawa salah faham sebegini boleh menjejaskan keyakinan rakyat terhadap keupayaan negara sendiri dalam menguruskan bencana.
Jelasnya lagi sumbangan berskala kecil tidak seharusnya mencetuskan gambaran seolah-olah Indonesia bergantung kepada negara lain.
“Kita memiliki keupayaan besar dan telah bertindak secara menyeluruh. Bantuan luar yang terhad tidak wajar disalah tafsir,” katanya. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ntah le. Maleh dah nak pikior. Simpati pada mangsa yg terlibat sebab dapat pemimpin macam ni. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sombong betul diorg ni bodoh sombong |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
PMX kami siap kasi student korang dari Aceh ngan Sumatera yang kena banjir tu, RM 500 sorang kayyyyyyy!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Buritan replied at 17-12-2025 09:33 AM
Hahahahaha
Hahaha. Bukan aritu kata nak buang 000 yang banyak2 tu ke?  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau Malaysia taknak tolong, salahkan NusaMahaIndoDesh tu sebab dia tak perlukan Malaysia katanyer |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Yelah tuuu... lagi beberapa hari jer nak masuk sebulan dah ni.
Yang tak makan minum pun ada.
Skala besar dan berkemampuan la sangat.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Itukan sumbangan/bantuan awam, kenapa mahu dinilai dari negara itu, negara ini.
Aneh aneh aja Indonesia |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau orang bodoh tu boleh diajar lagi jadi pandai
Tapi kalau org bodoh sombong.smpai kiamatla jadi mcm menteri tu |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tak tau malu. tak bersyukur. dah kena musibah macam2 jenis pon masih bodoe sombong
Allah Maha Kaya, Maha Melihat, Maha Adil |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
1 billion rupiah = RM245k.. kira lebih satu billion jugak la sumbangan Msia tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak pelik la @nusaraya @Friska perangai kat forum mcm tu. Menteri indon pun sama bodoh sombong. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesian betul rakyat indon... sudahlah ditimpa musibah dapat pulak menteri yang hanya pentingkan jawatan menteri dia
Menteri indon ni pun kesian.. sebab nak kekalkan kuasa maka terpaksa perbodohkan rakyat dia sendiri... bantuan negara luar pun cuba diperkecilkan sebab bukan bantuan dr kerajaan korup dia tu  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Minami2013 replied at 18-12-2025 08:42 AM
Tak pelik la @nusaraya @Friska perangai kat forum mcm tu. Menteri indon pun sama bodoh sombong.
Termasuklah c @trisnalovezul jelek.. Yg tak tau bersyukur.. Bodoh punya indon pprt |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ni marah dah sampai tahap personal ni... bertabahlah semua rakyat indo yang terkena musibah banjir..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|