Edited by Kemaruk-Taikk at 23-12-2025 08:55 AM
KUALA LUMPUR – Kediaman Datuk Seri Najib Razak kembali lengang susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak semakan kehakimannya berhubung titah adendum semalam.
Setakat 10.55 pagi, hanya beberapa orang pengamal media kelihatan berada di luar perkarangan kediaman bekas Perdana Menteri itu.
Tiada kelibat penyokong mahupun sanak saudara beliau seperti petang dan malam kelmarin.
Terdahulu, Najib kekal menjalani baki hukuman penjara tiga tahun di Penjara Kajang selepas Mahkamah Tinggi hari ini menolak semakan kehakimannya.
Bagaimanapun, beliau memfailkan semakan kehakiman pada 1 April tahun lalu bagi memaksa kerajaan dan enam yang lain menguatkuasakan titah adendum bertarikh 29 Januari 2024 yang didakwa diperkenan Yang di-Pertuan Agong ke-16.-MalaysiaGazette

|