CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9387|Reply: 0

Lagi kemalangan dahsyat kereta api di Sepanyol, seorang terbunuh empat parah

[Copy link]
Post time 21-1-2026 03:46 PM | Show all posts |Read mode





BARCELONA – Seorang terbunuh, manakala empat lagi parah selepas sebuah kereta api merempuh runtuhan tembok dekat Barcelona semalam, nahas tren kedua yang membawa maut di Sepanyol dalam masa cuma beberapa hari.

Nahas terbaharu itu menimbulkan lebih banyak persoalan tentang tahap keselamatan kereta api Sepanyol selepas 42 orang terbunuh dan lebih 120 yang lain cedera dalam kemalangan dua tren berkelajuan tinggi di rantau Andalusia, Ahad lalu.

“Pada hari Selasa,  tembok penahan runtuh menimpa landasan, menyebabkan sebuah kereta api penumpang  kemalangan di perbandaran Gelida, kira-kira 40 kilometer ke barat Barcelona, ​” kata pihak berkuasa di media sosial.

Pekerja-pekerja  kecemasan meninjau bangkai gerabak kereta api tergelincir yang hancur, demikian menurut wartawan AFP di lokasi kejadian.

Jurucakap perkhidmatan bomba wilayah Catalan, Claudi Gallardo memberitahu pemberita: “Empat orang  parah dan seorang meninggal dunia di dalam kereta api itu yang menuju ke Barcelona. ​​Penumpang di gerabak pertama paling terus terjejas.”

Pengendali tren  komuter di rantau itu, Rodalies de Catalunya berkata, mangsa yang maut  ialah pekerjanya.

Perkhidmatan kecemasan Catalan  merawat 37 orang yang kebanyakannya cedera ringan, dengan 20 ambulans berada di tempat kejadian.

Badan yang menguruskan infrastruktur kereta api Sepanyol, Adif berkata, tembok itu runtuh semasa ribut, manakala perkhidmatan komuter Catalan masih digantung. – AFP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel
kukukud4rttravel
Views : 1112 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 1818 Replies : 0
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 15810 Replies : 31
SATURO GOJO TAVEL TIPS
saturo1gojoSATURO GOJO TAVEL TIPS
Views : 4444 Replies : 0
Quiz : Personality Test [Who is the biggest fool?]
gekkouQuiz : Personality Test [Who is the bigg
Views : 5741 Replies : 28
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2297 Replies : 19
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 2559 Replies : 69
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 59687 Replies : 35
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 25404 Replies : 101
TRAVEL WITH GOJO
saturo1gojoTRAVEL WITH GOJO
Views : 10406 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.043413 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list